Karnival Perlumbaan Musim Bunga Australia

Karnival Perlumbaan Musim Bunga Australia

Karnival Perlumbaan Musim Bunga adalah festival bertaraf dunia yang berlangsung selama tiga bulan mempamerkan perlumbaan kuda berbaka baik, fesyen dan hiburan terbaik. Dari Camperdown ke Caulfield dan dari Manangatang ke Moonee Valley, para pengunjung akan mendapati keseronokan lumba kuda, fesyen yang hebat dan acara sosial di kedua-dua bandar Victoria dan trek perlumbaan. Sorotan utama karnival adalah Piala Melbourne yang diadakan setiap tahun pada hari Selasa pertama dalam bulan November. Dikenali sebagai ‘perlumbaan yang memukau rakyat jelata’, Hari Piala Melbourne adalah hari cuti am di Victoria. Ia diraikan dengan jamuan tengah hari dan acara social di tempat-tempat kerja dan mana-mana tempat di sekitar negara.

Dari pertengahan bulan September hingga ke pertengahan bulan November Victoria digamit demam perlumbaan digabungkan dengan perlumbaan elit, fesyen, keseronokan dan keriangan. Dari Camperdown ke Caulfield dan dari Manangatang ke Moonee Valley, Karnival Perlumbaan Musim Bunga menampilkan segalanya yang hebat mengenai Victoria di kedua-dua ibu negeri Melbourne serta di balapan lumba kuda yang indah bak lukisan di seluruh Victoria.

Sorotan utama karnival adalah Piala Melbourne, yang dikenali sebagai ‘perlumbaan yang memukau rakyat jelata’. Namun, Karnival Perlumbaan Musim Bunga lebih dari sekadar Piala Melbourne. Ia termasuk beberapa perlumbaan berprofil tinggi iaitu Piala Caulfield dan Plat Cox.

Julung kali diadakan pada tahun 1879, Piala Caulfield merupakan handicap 2400 meter dengan hadiah kemenangan termahal di dunia. Ia adalah perlumbaan pertama antara tiga perlumbaan musim bunga paling besar iaitu: Piala Caulfield; Plat Cox dan Piala Melbourne.

Julung kali diadakan pada tahun 1922, Plat Cox merupakan perlumbaan berat mengikut umur yang utama di Australia. Ia adalah perlumbaan kedua daripada perlumbaan ‘tiga terbesar' musim bunga dan perlumbaan yang ketiga paling mahal di Australia selepas Piala Melbourne dan Golden Slipper.

Terdapat juga banyak acara kebudayaan dan fesyen semasa di karnival, suasana di jalan-jalan serta lorong penuh keriangan.

Hari perlumbaan Karnival Perlumbaan Desa Musim Bunga juga berwarna-warni, glamor dan mengujakan serta memberi peluang untuk para pengunjung menikmati perlumbaan musim bunga dengan suasana lebih santai di samping menjiwai suasana desa Victoria. Fesyen, makanan dan wain, aktiviti luar kanak-kanak, hiburan dan perlumbaan kuda penuh aksi Perlumbaan Musim Bunga semuanya dapat dialami bersama di beberapa lokasi desa yang mempesonakan. Terokai kawasan tanah tinggi untuk menyertai kelab berkelah, melihat pemandangan mengagumkan dan menghirup udara segar. Kunjungi Murray dan saksikan beberapa trek perlumbaan paling lama di Victoria.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia