Pesta Wain Margaret River

Pesta Wain Margaret River

Makanan, wain dan keindahan semula jadi tidak pernah hilang di Margaret River, di mana adanya ladang anggur , pantai, pepohon kari dan gua bawah tanah. Sepanjang lima hari Pesta Wain Margaret River pada bulan April, seni, muzik dan semua jenis sambutan berwarna-warni bergabung. Dengarilah muzik kabaret semasa lelongan wain, vaudeville dalam konsert ladang anggur atau jazz dalam kelab supper yang romantik. Juga pergi di bawah bukit di mana berlangsungnya parti jalanan ataupun berpakaian rasmi tali leher hitam untuk majlis tari menari gala. Nikmati hasil segar semasa makan malam, parti koktel dan berkelah atau pelajari cara menyediakannya sendiri hidangan anda dalam kelas memasak. Anda juga boleh membeli hasil kerja seni tempatan atau jamu mata di sebuah pesta di tengah-tengah hutan karri.
 
Dari Perth, perjalanan mengambil masa selama empat jam atau cuba penerbangan  helikopter selama 80 minit ke Margaret River. Setibanya di sana anda akan dapati pesta yang menyeronokkan yang ditawarkan dari Busselton ke Augusta. Acara yangdianjurkan dari kasual hingga ke santai, tetapi semuanya mempamerkan makanan, wain, pemandangan dan layanan mesra yang luar biasa.

Sertai penduduk tempatan di Vintage Vibe Street Fiesta, sebuah parti hebat di sepanjang jalan utama Margaret River. Dapatkan meja di restoran, kafe, bar atau hotel dan bersorak ketika perlumbaan kereta sorong wain menuruni bukit. Di Pusat Pengunjung Margaret River, berbuallah dengan pengeluar wain dari seluruh wilayah atau uji rasa wain yang ditawarkan. Pada waktu petang, masuki kelab makan malam untuk menikmati irama santai dan pelbagai pilihan wain yang hebat.

Bagi mereka yang sukakan glamor, Pesta Wain Margaret River menawarkan pelbagai acara yang menarik. Berpakaian segak dan beli hasil kerja seni dan sebotol wain di Cabernet Cabaret. Malam yang gilang-gemilang, lengkap dengan pertunjukan pentas berkelip-kelipan, kanape buatan tangan dan wain tempatan yang meraih anugerah. Ayuh menari untuk melepaskan keinginan anda di acara tahunan Vignerons Ball, yang diadakan di Augusta Hotel yang mempunyai pemandangan indah Blackwood River. Atau tukar kisah pesta dengan penggemar lain dalam makan tengah hari penuh cita rasa diiringi wain yang sepadan.

Hari di Pesta Vintage yang lebih santai, diadakan di panggung dipinggir hutan di ladang anggur ternama. Dengarkan muzik live, lihat kerja pelukis tempatan dan kunjungi gerai dari lebih 40 ladang anggur dan 20 pengeluar makanan di seluruh wilayah ini. Rasai hidangan terkenal yang dimasak oleh chef terkemuka tempatan sambil berehat di bawah pepohon karri.. Ketika pesta ini, tempat yang sama menjadi hos konsert jazz popular. Bersantai di atas rumput sambil pemuzik jazz Australia seperti James Morrison memainkan muzik klasik daripada Ella Fitzgerald, Billie Holiday, Nina Simone dan Aretha Franklin.

Rasai beberapa adunan terkenal kawasan ini – termasuk sauvignon blanc, semillon, cabernet sauvignon dan pinot noir – dalam kelas master wain. Nikmati sajian gourmet, seperti beri, keju, zaitun, udang krai dan fudge semasa perkelahan di atas padang rumput. Berehat di bawah kanape dengan pertunjukan vaudeville ladang anggur, bermain petanque dengan orang tempatan atau rasai piza gourmet dalam ketika berkunjungan ke ladang anggur.

Musim luruh ini pastikan anda menikmati buah-buahan di kawasan ini di samping suasana tempatan Pesta Wain Margaret River.

Cari acara









Idea Australia selanjutnya