Blue Mountains

Blue Mountains

Anda akan sukakan keindahan Blue Mountains World Heritage Area yang berkabut kebiruan– satu juta hektar yang dipenuhi hutan pokok tinggi, cenuram batu pasir, ngarai, air terjun dan tanah belukar.

Nikmati keindahan yang mempesonakan ini sambil berjalan di belukar, berbasikal lasak, mendaki batuan, mendaki ngarai atau menakik turun. Kagumi tarikan semula jadi seperti Wentworth Falls dan Three Sisters – tiga kemuncak berbatu yang dinamakan sempena legenda Orang asli. Terokai sungai bawah tanah dan ruang Jenolan Caves kemudian berjalan di Six Foot Track yang bersejarah hingga ke Katoomba. Di antara singkapan batu pasir dan hutan eucalypt anda akan temui hidangan enak, ketenangan penuh kemewahan, landasan keretapi paling curam di dunia dan komuniti artis yang ceria.

Lima cara untuk menikmati keindahan Blue Mountains:

Pergi berjalan-jalan dengan pemandu pelancong Orang asli
Pergi berjalan-jalan dengan pemandu pelancong Orang asli

1. Pergi berjalan-jalan dengan pemandu pelancong Orang asli

Jelajahi warisan kaya Orang asli di Blue Mountains – dari legenda Three Sisters hingga ke seni purba dan tapak istiadat.
Berkunjung ke gua cetek Lyrebird Dell iaitu tapak perkhemahan Orang asli yang berusia lebih kurang 12,000 tahun. Lihat stensil tangan dan lukisan yang halus di Red Hands Cave berdekatan Glenbrook. Anda boleh sampai ke gua ini dengan berjalan melalui denai melepasi Camp Fire Creek. Di sini bertahun-tahun dahulu, suku kaum Orang asli meninggalkan alur yang diasah dengan kapak pada batu gunung berapi. Pergi berjalan-jalan dengan pemandu pelancong Darug tempatan dan ketahui tentang putaran lagu (songline) yang menghubungkan tapak-tapak suci. Lihat demonstrasi lukisan kulit kayu dan lukisan badan, rasa makanan asli bush tucker dan berenang dalam tasik ladam yang jernih airnya di bawah air terjun pelangi. Melihat dari jarak dekat hidupan liar, jelajahi gua batu pasir dan mendengar cerita Dreamtime yang telah mendasari hutan belantara ini.

Blue Mountains, NSW
Blue Mountains, NSW

2. Berjalan dengan menghirup udara gunung

Nikmati keindahan pemandangan Blue Mountains – anak sungai, air terjun, lembah berhutan, gaung gelap dan cenuram yang curam – di salah satu denai yang ditandakan dengan baik. Ikut laluan asal kuda pada tahun 1884 dari Katoomba ke Jenolan Cave melalui Six Foot Track selama tiga hari. Atau ikut Princes Rock Walk yang senang menuju ke tempat peninjau untuk melihat merentasi Wentworth Falls, Kings Tableland dan Mount Solitary. Anda boleh harungi dan melompat dari satu batu tongkol ke batu tongkol lain menuruni Glenbrook Gorge di Glenbrook Gorge Track. Atau berjalan perlahan-lahan ke cenuram yang curam di sekeliling Wentworth Falls di National Pass yang begitu mencabar. Jejaki Pulpit Rock Track melepasi paya, hutan eucalypt dan tanah pedalaman terbuka dan nikmatilah pemandangan indah 280-darjah hutan pokok gam biru di Grose Valley.

Blue Mountains, NSW
Blue Mountains, NSW

3. Bersebelahan tarikan negara

Anda akan terpegun melihat pernyataan alam semula jadi yang menakjubkan di Blue Mountains. Beri penghormatan kepada Three Sisters dari Katoomba. Kemudian berkunjung ke Wentworth Falls iaitu air terjun indah di tepi Jamison Valley. Lihat ia menjunam jatuh hampir 300 meter dan lihat pemandangan lembah dari laluan yang mengelilinginya. Berdiri di atas puncak singkapan batu pasir sempit di Hanging Rock dan dengar suara anda bergema melalui lembah berhutan yang sangat besar di bawahnya. Jangan ketinggalan untuk melawat sungai bawah tanah, pembentukan prasejarah dan ruang yang besar di Jenolan Caves iaitu tempat terdapatnya sistem gua bawah tanah terbuka dan tertua di dunia. Biarkan bulu roma anda meremang ketika lawatan hantu atau nikmati konsert gua bulanan dengan akustik semula jadi dan suasana umpama dalam cerita dongeng pari-pari. Di Mount Tomah Botanic Gardens, anda boleh kembali ke zaman silam dengan Wollemi Pine yang merupakan pokok tertua di dunia dan jarang ditemui.

Blue Mountains, NSW
Blue Mountains, NSW

4. Dengan minum lewat petang atau makan malam yang enak

Blue Mountains ialah tempat untuk makan, minum dan menikmati sepenuhnya. Makan tengah hari di Leura iaitu jalan yang cantik dan dikelilingi pokok, kemudian melihat-lihat galeri, butik dan kedai aneka hiasan. Nikmati hidangan enak di hadapan api yang bergejolak atau minum kopi dan makan kek di kafe art deco di Katoomba. Beli makanan gourmet di Blackheath atau minum lewat petang di rumah yang bersejarah dan menakjubkan di Jenolan Cave. Pada bulan Jun, Julai dan Ogos, anda boleh raikan perayaan Yulefest dengan juadah panggang dan puding Krismas sambil duduk mengelilingi api yang bergejolak. Apa pun yang anda makan dan minum, anda akan sukakan hidangan yang disediakan dengan rapi dan suasana kawasan pergunungan yang menggoda.

Zig Zag Railway, NSW
Zig Zag Railway, NSW

5. Ketika dalam perjalanan yang jauh dan menyeronokkan

Pergi mengembara di Greater Blue Mountains Drive – satu siri laluan bersambungan dan denai penerokaan yang mengelilingi 10,000 kilometer persegi kawasan Blue Mountains World Heritage. Anda boleh mengembara ke kawasan sekelilingnya seperti Macarthur dan Southern Highlands, Mudgee, Hunter Valley dan Hawkesbury. Atau terokai tempat menakjubkan dalam Blue Mountains – termasuklah Kurrajong, The Mounts, Blackheath dan Megalong – dengan melalui 18 denai penerokaan. Jika anda letih memandu, naik kereta api Zig Zag Railway iaitu kereta api stim warisan yang lmengikut laluan asal dari Bell ke Lithgow.

Kira-kira dua jam dari Sydney anda akan menemui salah satu tanda tempat yang paling ikonik di New South Wales, iaitu Three Sisters.

Puncak batu pasir ini yang merupakan sebahagian daripada Kawasan Warisan Dunia Greater Blue Mountains, telah terbentuk dan dimamah cuaca selama ribuan tahun dan menjulang tinggi pada ketinggian lebih daripada 900 meter di antara cenuram Jamison Valley. Pemandangan terbaik adalah dari tempat meninjau Echo Point di Katoomba.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Ketahui lebih lanjut dengan mengunjungi laman web Tourism New South Wales.