Byron Bay

Byron Bay

Tenangkan minda di pekan Australia paling timur – pantai luncur luas, hutan hujan subur, makan mewah yang menarik dan tempat peranginan era baru. Berjalan di Cape Byron Track ke rumah api yang unik, berkayak dengan ikan lumba-luma, berpukat tunda di laut dan nikmati spa. Pandu melalui Pacific Coast Touring Route dari Sydney atau Brisbane dan terokai taman negara sekitar Rainforest Way.

Byron Bay, NSW
Byron Bay, NSW

1. Dengan pasir di celah-celah jari kaki anda

Ombak epik telah menarik peluncur ke Wategos dan Main Beach sejak bertahun-tahun dahulu. Pengunjung hari ini datang ke pantai Byron untuk bermeditasi, berurut, meluncur terjun, berjalan serta berenang di tempat terlindung di samping ombak yang bergulung. Berkayak dengan dolfin dari Main Beach atau snorkel atau menyelam skuba di Julian Rocks Marine Park. Naik pecahan (break) ombak luncur yang popular iaitu The Pass atau pergi menunggang kuda dan memancing di pantai di Seven Mile Beach, berdekatan Lennox Head. Berjalan di sepanjang semenanjung di Cape Byron Walking Track dan lihat matahari terbit pertama di Australia mengubah pemandangan rumah api di Cape Byron menjadi warna merah jambu.

Mullumbimby Market, NSW
Mullumbimby Market, NSW

2. Dengan makanan yang enak

Beli buah-buahan eksotik dari Byron Bay Community Markets yang terkenal dan diadakan sebulan sekali dan di sini penjugel, pelakon mimos dan pemuzik menambah lagi suasana ceria. Atau berhenti di gerai tepi jalan untuk minum kopi, makan avokado dan kacang makadamia. Semasa festival September Taste of Byron, anda boleh merasa makanan dan kopi serta dilayan oleh barista yang terbaik di restoran terkemuka di Byron. Nikmati segala-galanya dari sarapan yang amat lazat hingga jus segar dan gelato di kafe Byron yang berkembang maju. Atau makan hidangan organik yang disediakan dengan begitu rapi di restoran terkemuka dan rumah tumpangan mewah. Untuk benar-benar menyelami gaya hidup di Byron yang bersahaja, duduk dan makan tengah hari dengan hidangan makanan laut tempatan.

Main Beach, Byron Bay, NSW
Byron Bay, NSW

3. Dengan nadi anda berdenyut pantas

Terbang umpama burung merentasi Cape Byron Lighthouse dan Wategos Beach dengan meluncur angin bersama-sama. Atau sertai penerbangan bersuka-suka meluncur di Mount Warning. Terapung merentasi pantai dan kawasan desa subtropika dengan menaiki belon udara panas atau jatuh bebas merentasinya dengan melakukan terjunan udara. Belajar meluncur air dari Main Beach atau memandu kenderaan pacuan empat roda melalui air terjun yang menghasilkan warna pelangi dan hutan hujan daerah pedalaman Byron. Bergayut dari trapeze yang terbang tinggi di Circus Arts Trapeeze School di Byron dan menunggang kuda di bukit-bukau di Bangalow.

Nightcap National Park, NSW
Nightcap National Park, NSW

4. Dengan dikelilingi alam semula jadi

Berjalan di Cape Byron Track dan jadilah salah seorang di Australia yang pertama melihat matahari terbit. Kemudian bersiar-siar melalui hutan hujan tebal, tumbuh-tumbuhan pinggir laut yang jarang ditemui dan cenuram yang terdedah kepada angin di Cape Byron Headland Reserve. Lihat ikan paus kelasa berhijrah sepanjang pantai antara bulan Mei dan November dan lihat penyu, ikan pari, dolfin dan ikan yu yang tidak berbahaya di dalam air yang jernih. Berjalan ke lereng gunung berapi purba dan lihat pemandangan hutan Gondwanan dan tanah ladang di Mount Warning National Park. Di Nightcap National Park, anda boleh berjalan ke kaki Minyon Falls dan bertemu haiwan yang aktif pada waktu malam semasa berjalan di tanah belukar. Keindahan alam semula jadi dapat dilihat ke mana saja anda pergi di Byron.

Watego's Beach, NSW
Watego's Beach, NSW

5. Bahagia bersantai

Cergaskan badan, minda dan jiwa anda di Byron Bay yang merupakan pusat kawasan pelangi yang terkenal dengan amalan penyembuhan alternatif. Dapatkan ketenangan dalaman dengan bermeditasi atau berbaring di atas pantai yang tidak dicemari. Bersantai dengan melakukan yoga, pilates, akupunktur, refleksologi, aroma terapi, urut, reiki dan rawatan spa harian di salah sebuah tempat mencari ketenangan yang dikelilingi hutan hujan dan banyak terdapat di Byron. Jika anda sedang mencari bimbingan rohaniah, dapatkan bacaan astrologi, tarot atau psikik atau duduk bersama-sama guru yang datang melawat ke sana. Ia merupakan sebahagian pengalaman Byron yang menakjubkan.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Ketahui lebih lanjut dengan mengunjungi laman web Tourism New South Wales.