Freycinet

Freycinet

Saksikan keindahan Freycinet Peninsula, syurga gunung granit merah jambu, pantai putih dan lautan berwarna firus di pantai timur Tasmania. Jelajahi Hazard Ranges untuk melihat pemandangan Wineglass Bay yang mengagumkan. Meluncur, kayak laut dengan ikan lumba-lumba, 4WD ke rumah api bersejarah dan nikmati tiram yang baru dikupas bersama pemandangan Great Oyster Bay. Rehat di sini dari Hobart melalui East Coast Escape.

Wineglass Bay, TAS
Wineglass Bay, TAS

1. Dengan dikelilingi keindahan alam semula jadi

Berjalan merentasi puncak bercerancang di Hazards untuk melihat pemandangan yang cantik merentasi Wineglass Bay dan di sinilah gunung berwarna merah jambu muram, laut biru kehijauan dan pasir putih bertemu. Anda dapat melihat burung laut, bunga liar Tasmania dan kolam batu tersusun dalam perjalanan selama sejam setengah di sini. Kemudian turun melalui hutan menuju ke pantai pasir yang terpencil. Ada juga boleh menaiki pesawat untuk melihat pemandangan indah dari Friendly Beach dan lihatlah Freycinet Coast yang menakjubkan dari udara. Untuk benar-benar menghayati keajaiban semula jadi di Freycinet ini, naik bot dari Coles Bay dan pergi berkhemah sendirian di hutan belantara di Bryan’s Beach.

Wineglass Bay, Freycinet, TAS
Wineglass Bay, TAS

2. Ketika dalam perjalanan

Menakik turun cenuram laut granit di Hazards dan mendaki batuan terjal kelabu yang curam di Whitewater Wall dan Lassies Wall. Memandu kenderaan pacuan empat roda ke pesisir batu buntar di Bluestone Bay dan Cape Tourville Lighthouse, tempat dengan pemandangan yang akan anda ingati selama-lamanya. Memancing, berenang dan meluncur air di Friendly Beaches kemudian bermalam dan berkhemah di atas pasir yang putih. Untuk cabaran berjalan kaki, jejaki dan berkhemah di denai sejauh 27-kilometer merentasi Hazard Ranges. Atau berjalan ke Wineglass Bay. Temui pemandangan yang akan anda hargai selama-lamanya. Belayar menuju ke Wineglass Bay dengan menaiki katamaran. Atau berkayak laut pada waktu senja kala menuju ke Honeymoon Bay dan anak teluk serta pantai yang terlindung. Jika anda ingin ditemani pemandu pelancong yang mahir, sertai lawatan dengan bot untuk melihat ikan paus serta dolfin atau belajar tentang buruj yang terdapat di langit selatan.

Wallaby
Wallaby

3. Dengan pelbagai jenis haiwan

Berenang dengan dolfin di Wineglass Bay. Belayar di sekitar Great Oyster Bay dan lihat burung helang laut berperut putih berterbangan dan olek-olek Australasian yang besar menyelam mencari makanan. Jika tiada penguin kecil mencari ikan betul-betul berdekatan jeti di Coles Bay, pergi lebih jauh dan anda boleh melihat penguin di situ. Naik bot menuju ke Schouten Island dan lihat dolfin melompat serta ikan paus mengikut laluan migrasi nenek moyang antara bulan Jun dan September. Snorkel atau menyelam di sekitar Coles Bay dan Great Oyster Bay dan lihat ratusan ikan yang berwarna-warni berenang di antara rumpai laut, bunga karang dan batuan. Cuba cari tikus New Holland yang jarang ditemui di sekitar Friendly Beaches. Lihat walabi, possum, tenggiling duri dan potoroos ketika melalui salah satu daripada banyak jalan untuk meredah belukar di sini. Di tanah lembap Moulting Lagoon di luar Freycinet, anda boleh melihat swan hitam, burung undan, dan pied oyster catcher bangun pada hari yang baru.

Maria Island, TAS
Maria Island, TAS

4. Memburu sejarah

Lihat cangkerang yang terbakar dari longgokan besar tinggalan Orang asli di Richardsons Beach dan ketahui tentang Great Oyster Bay serta suku Orang asli Big River yang mencari makanan laut dan telur swan di sini dalam satu lawatan dengan pemandu pelancong. Dengar cerita kapal karam kepunyaan pemburu ikan paus, penduduk awal dan peneroka Perancis semasa lawatan berkayak di laut di sekitar pantai bersih dan anak teluk yang terpencil di Freycinet. Sejarah hebat East Coast Tasmania ini tertulis pada nama tempatnya. Freycinet Peninsula dinamakan sempena pelayaran Perancis manakala Schouten Island dinamakan oleh navigator Belanda awal.

Freycinet, TAS
Freycinet, TAS

5. Dengan pinggan dan gelas wain yang lebih daripada separuh isinya

Rasa tiram yang baru dikeluarkan dari cangkerangnya di Freycinet Marine Farm atau lihat dari atas geladak bot semasa tiram ini dikutip. Rasalah buah anggur pinot noir, chardonnay, sauvignon blanc dan riesling di tujuh kilang wain beriklim nyaman yang terletak dalam jarak sejam memandu dari Freycinet. Sertai lawatan makanan dan wain dengan orang Freycinet tempatan yang berpengetahuan dalam bidang ini. Atau nikmati hidangan yang lazat ditemani unggun kayu api di rumah persinggahan di Great Oyster Bay. Semenanjung yang beriklim sederhana dan cerah ini terkenal dengan daging lembu dan daging bebiri muda kerana lembu dan bebiri ini diberi makan rumput sahaja, daging buruan berperisa dan makanan laut segar dari bot nelayan termasuk udang getak, kekapis dan tiram masin-manis.

Wineglass Bay di Freycinet Peninsula, Tasmania, dianggap sebagai salah satu antara sepuluh pantai terbaik di dunia. Bentuk bulan sabit pasir putih yang bergemerlapan dan laut berwarna biru nilam berlatarkan puncak granit berwarna merah jambu dan kelabu merupakan antara alam sekitar semula jadi yang paling indah di Australia. Ini merupakan lokasi terbaik bagi memancing, berlayar, meredah belukar, berkayak laut, mendaki batu, atau hanya menikmati pemandangan pinggir laut yang mengagumkan. Wineglass Bay telah menjadi destinasi bulan madu kegemaran oleh pasangan yang ingin melarikan diri dan bersantai jauh dari dunia luar. Dengan pantai berpasir yang terlindung, rumah persinggahan eko yang mewah, dan makanan Tasmania bertaraf tinggi, Freycinet Peninsula adalah pengembaraan penuh pemanjaan diri.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut di laman web Tourism Tasmania.