Wineglass Bay, Tasmania

Wineglass Bay, Taman Negara Freycinet, TAS. © Tourism Tasmania & Chris Bray Photography

Wineglass Bay, Tasmania

Wineglass Bay di Freycinet Peninsula, Tasmania, dianggap sebagai salah satu antara sepuluh pantai terbaik di dunia. Bentuk bulan sabit pasir putih yang bergemerlapan dan laut berwarna biru nilam berlatarkan puncak granit berwarna merah jambu dan kelabu merupakan antara alam sekitar semula jadi yang paling indah di Australia. Ini merupakan lokasi terbaik bagi memancing, berlayar, meredah belukar, berkayak laut, mendaki batu, atau hanya menikmati pemandangan pinggir laut yang mengagumkan. Wineglass Bay telah menjadi destinasi bulan madu kegemaran oleh pasangan yang ingin melarikan diri dan bersantai jauh dari dunia luar. Dengan pantai berpasir yang terlindung, rumah persinggahan eko yang mewah, dan makanan Tasmania bertaraf tinggi, Freycinet Peninsula adalah pengembaraan penuh pemanjaan diri.

Wineglass Bay adalah sebahagian Freycinet Peninsula, singkapan pantai yang murni dan liar di pinggir laut timur Tasmania. Keseluruhan semenanjung, yang terdiri daripada Friendly Beaches, Wineglass Bay dan Schouten Island, semuanya terletak di dalam Freycinet National Park.

Lengkungan pasir putih murni yang hampir sempurna dipinggiri perairan biru firus telah memberi reputasi Wineglass Bay sebagai antara sepuluh pantai terbaik dunia.

Tempat yang sama indahnya adalah pantai lengang yang luas dan kawasan laut cetek di pantai Bryans dan Cooks di sebelah barat semenanjung yang mengadap Great Oyster Bay. Di sebelah timur Freycinet Peninsula, terdapat cenuram tinggi, suak terlindung, dan pantai lautan yang dramatik. Puncak granit merah jambu yang hebat yang dikenali sebagai Hazards yang menjaga semenanjung ini di hujung utaranya, dan ke selatan adalah Schouten Island yang tidak berpenghuni.

Jarak Wineglass Bay hanya perjalanan singkat ke kawasan perkhemahan di Coles Bay. Perjalanan kaki ke Wineglass Bay melibatkan pendakian melalui Hazards ke tempat meninjau berbatu, diikuti berjalan kaki menuruni bukit ke pantai. Berjalan kembali ke Wineglass Bay dari pintu masuk ke Freycinet National Park akan mengambil masa kira-kira dua jam.

 Freycinet Experience Walkyang diiktiraf merupakan perjalanan berpandu selama empat hari yang meliputi keseluruhan kepanjangan semenanjung ini termasuk Wineglass Bay. Semenanjung ini merupakan tempat tinggal Orang Asli Tasmania kaum Oyster Bay selama sekurang-kurangnya 20,000 tahun. Sesetengah laluan ini adalah jejak yang dilalui oleh penduduk Orang Asli asal kawasan ini sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Ketahui tentang penjelajah Perancis yang mula-mula menjumpai syurga dunia ini. Perhatikan haiwan liar, termasuklah helang laut berperut putih, quoll, walabi, wombat dan Tasmanian devil.

Bertolak dengan pelayaran berpemandangan di mana anda mungkin bernasib baik melihat kumpulan ikan lumba-lumba atau ikan paus yang sedang berhijrah dalam musimnya. Naiki kenderaan 4WD ke pantai berbatu bundar di Bluestone Bay atau Cape Tourville Lighthouse untuk menyaksikan pemandangan yang tidak akan dapat anda lupakan.

Kawasan ini juga terkenal dengan aktiviti memancing di laut dalam, mendaki tembok, menyelam skuba dan berbasikal di kawasan bukit. Penerbangan berpemandangan menunjukkan panorama yang mengagumkan dari udara.

Rasai udang karang, kekapis dan tiram segar yang diambil terus dari perairan yang terbersih di dunia, yang dilengkapi wain cuaca sejuk Tasmania yang diiktiraf dunia.

Berehatlah di dalam tempat penginapan mewah anda sambil menyaksikan matahari terbenam di air dan anda akan benar-benar terhubung dengan keindahan dan kedalaman alam semula jadi.

Wineglass Bay jauhnya kira-kira dua setengah jam perjalanan berkereta ke utara Hobart atau ke selatan Launceston.

Lebih Lanjut Mengenai Idea Australia