Gippsland

Gippsland

Larikan diri daripada bandar untuk meneroka Gippsland, pantai belantara yang terbentang dari pinggir bandar timur Melbourne ke hujung timur Victoria. Pandu di Great Alpine Way ke Ninety Mile Beach, Gippsland Lakes dan pekan pesisir pantai. Pergi mengembara belukar, berkayak, bersnorkel dan memancing di sepanjang pantai Croajingolong National Park dan Wilsons Promontory, kemudian terokai sejarah Orang Asli dan makanan gourmet lazat.

Tarra-Bulga National Park, VIC
Tarra-Bulga National Park, VIC

1. Kelilingi diri anda dengan alam semula jadi

Jelajahi pantai putih bersih, cenuram granit, hutan dan galur pakis di Wilsons Promontory National Park. Atau pakai topeng muka serta kaki sirip dan menjelajah hidupan marin yang berwarna-warni hanya di luar kawasan pantai. Jangan ketinggalan melawat Croajingolong National Park yang mempunyai pantai putih, pokok eucalypt yang tinggi, hutan hujan yang subur dan puncak granit yang dilindungi oleh World Biosphere Reserve. Pergi ke bawah tanah dan masuk ke Buchan Caves yang berusia 400 juta tahun atau berakit di Snowy River National Park. Lihat bunga liar di Mt Baw Baw serta pokok pakis dan pokok abu yang tinggi di Tarra-Bulga National Park. Anda boleh berkelah bersebelahan Agnes Falls yang merupakan air terjun yang mempunyai jarak jatuh tunggal tertinggi di Victoria. Atau beristirehat di kawasan hutan kayu dan Gippsland Lakes yang dikelilingi kawasan rawa.

Gippsland Lakes, VIC
Gippsland Lakes, VIC

2. Aktifkan diri anda dengan kegiatan luar bangunan

Uji stamina anda di Gippsland, tempat terdapatnya begitu banyak denai yang menghubungkan pinggir pantai dengan Apls melalui hutan belantara dan taman negara.
Di tanah tinggi Gippsland anda boleh berski atau meluncur menuruni Mount St Gwinear dan Dinner Plains dengan papan salji pada musim sejuk. Atau berjalan di antara bunga liar di Bogong High Plains pada musim bunga. Pada musim panas, anda boleh nikmati pemandangan Victorian Alps semasa meredah belukar, menunggang kuda dan berbasikal dengan basikal lasak anda. Memancing di Mitchell Lakes atau berkanu atau berkayak di Snowy River. Pergi berski air di Bunga Arm, Newlands Arm atau North Arm di Gippsland Lakes. Atau meluncur air dengan pecahan (break) bertaraf dunia di Cape Paterson, Venus bay dan Waratah Bay

Waratah Hills Vineyard, VIC
Waratah Hills Vineyard, VIC

3. Makan, minum dan bersuka-ria

Penuhi selera anda dengan makanan Gippland yang lazat, produk dari padang ragut yang subur, tanah gunung berapi yang subur serta tasik dan laut yang bersih.
Bersiar-siar melepasi ladang, ladang anggur, kilang keju dan kedai yang menjual makanan istimewa di sepanjang Gourmet Deli Trail sejauh 40 kilometer. Atau terus saja menjelajah ke banyak kawasan wain yang beriklim nyaman termasuklah Phillip Island, Wilsons Promontory, Lakes Entrance dan Ninety Mile Beach. Beli buah-buahan dan sayur-sayuran organik dari pasar peladang di Koonwarra, Drouin, Sale, Tyers dan Bairnsdale. Petik buah beri anda sendiri dari dusun di Warragul atau sediakan makan tengah hari anda sendiri dengan menangkap ikan trout di ladang ikan trout di Lakes Entrance

Inverloch, Gippsland, VIC
Inverloch, Gippsland, VIC

4. Godaan pasir yang indah

Tunggang ombak yang kuat di Venus Bay atau Sandy Point. Atau meluncur air, berenang, snorkel dan menyelam skuba di pantai yang sunyi dan mesra keluarga di Cape Paterson. Menginap di pekan peranginan tepi laut yang indah pemandangannya di Inverloch yang merupakan tempat terbaik untuk menaiki bot, melihat burung, meluncur angin dan berjalan. Berhampiran kawasan ini anda akan nampak kesan penggalian dinosaur dan Eagles Nest iaitu struktur batu berbentuk seperti bahagian atas Australia. Jelajahi tanur batu kapur bersejarah, kolam batu yang cetek dan suak pasir di Walkerville Beach. Dari Seaspray dan Lakes Entrance anda boleh berjalan di Ninety Mile Beach – kawasan pasir yang terbentang dan memisahkan Gippsland Lakes dari Bass Strait.

Gippsland, VIC
Gippsland, VIC

5. Ikut denai warisan Orang asli

Berkunjung ke Den of Nargun dan ketahui tentang cerita Dreamtime, gaya hidup tradisional, tempat simpanan barang suci Orang asli serta impak penempatan orang Eropah di Batatuk Cultural Trail.
Jalan ini mengikut beberapa laluan yang dilalui oleh orang Gunai dan Monaro selama lebih 18,000 tahun. Lihat tapak arkeologi seperti pokok suci dan timbunan sisa cangkerang yang berusia lebih 10,000 tahun dan jelajahi warisan budaya orang Gunai (Kurnai) di Krowathunkoolong Keeping Place di Bairnsdale.

Ninety Mile Beach, terletak di kawasan Gippsland di garis pantai tenggara Victoria merupakan salah satu pantai terpanjang tanpa gangguan di dunia. Berdirilah di pantai dan saksikan pantai hilang ke dalam semburan laut masin di kejauhan. Anda mungkin akan mendapati bahawa bekas tapak kaki anda merupakan satu-satunya yang ada di pasir pada hari itu. Ini merupakan salah satu pantai yang paling semula jadi dan tidak tercemar di dunia. Ia amat ideal bagi aktiviti memancing di pantai dan berenang hinggalah berjalan kaki dan memerhatikan ikan paus dan ikan lumba-lumba, atau hanya bersantai di bawah sinar mentari. Cahaya matahari, pasir dan taman negara yang subur semuanya mewujudkan suasana percutian terbaik.

World Biosphere Reserve of Croajingolong National Park di East Gippsland menyusuri pesisir pantai yang indah dan liar di timur Victoria sepanjang 100 kilometer.

Gippsland yang terletak di sudut timur Victoria, ialah wilayah penuh kepelbagaian dengan landskap indah termasuklah World Biosphere Reserve di Croajingolong National Park. Berehatlah di pantai yang bersih, cubalah hasil tani yang segar atau lakukan aktiviti luar di tasik, sungai dan gunung di wilayah ini. Anda boleh melawat pekan pesisir pantai yang unik, lebih 100 kilometer pesisiran pantai dan daerah pedalaman yang menawarkan segala-galanya dari aktiviti merentas desa hinggalah meluncur dan juga melihat hidupan liar asli Australia.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut di laman web Tourism Victoria