Mission Beach, Queensland

Mission Beach, QLD. © Susan Wright

Mission Beach, Queensland

Mission Beach adalah pekan pantai yang terletak berdepan dengan pantai, ia berada di tengah-tengah antara Cairns dan Townsville di pinggir laut Queensland. Menghadap perairan berwarna biru kobalt Coral Sea, Mission Beach mempunyai lebih daripada 14 kilometer pantai berpasir keemasan yang hebat. Di sini, dua Kawasan Warisan Dunia iaitu Great Barrier Reef dan Hutan Hujan Wet Tropics membentuk alam sekitar semula jadi yang tiada duanya di dunia ini. Mission Beach adalah pintu masuk ke Great Barrier Reef dan tapak terbaik untuk melawati kepulauan Dunk, Bedarra dan Hinchinbrook yang berhampiran. Di Mission Beach, anda boleh mendapati sama ada pengembaraan ekstrem atau syurga tropika tempat memanjakan diri.

Mission Beach dibentuk oleh empat buah perkampungan yang terdiri daripada South Mission Beach, Wongaling Beach, North Mission Beach dan Bingil Bay. Pantai dipinggiri pohon palma menghubungkan keempat-empat pekan kecil ini, dari Kennedy Bay di selatan hinggalah ke Garners Beach di utara.

Dikelilingi hutan hujan Warisan Dunia di satu sisi dan Great Barrier Reef, sebahagian senarai Warisan Dunia di sisi yang lain, tempat permainan akuatik ini boleh menjadi santai atau mencabar mengikut kehendak anda. Iklim tropika Queensland yang sederhana amat sesuai untuk menikmati aktiviti air sepanjang tahun. Terjun udara merentasi Great Barrier Reef dan mendarat di pantai yang belum tercemar. Terdapat kawasan yang baik bagi aktiviti renang, selam snorkel dan skuba yang hebat, atau pergi berakit meredah jeram di Tully River.

Terdapat juga aktiviti memancing di terumbu dan muara yang hebat, berjalan kaki di hutan hujan serta memerhati buaya. Berhampiran dengan pantai, terumbu dangkal dari Porter's Creek di penghujung sebelah selatan North Mission Beach sehingga hampir ke Clump Point, di penghujung utara pantai. Penduduk setempat menyatakan bahawa terdapat tempat memancing yang baik di jeti Clump Point dan dinding batuan di tanjakan bot Clump Point.

Mission Beach merupakan tempat tinggal pelbagai spesies hidupan liar dan yang paling terkenal adalah burung kasuari yang terancam. Burung yang tidak boleh terbang ini boleh dijumpai di hutan hujan yang mengelilingi kawasan ini. Kebanyakan kawasan ini merupakan sebahagian Kawasan Perlindungan Burung Wet Tropics Pantai, yang dinamakan oleh BirdLife International disebabkan kepentingannya dalam pemuliharaan burung hutan hujan tropika.

Mission Beach juga mempunyai rangkaian luas restoran, kedai kopi, galeri seni, dan butik, yang kebanyakannya terdapat di jalan utama Porter Promenade. Queensland adalah syurga buah-buahan tropika dan kilang wain artisan yang mengkhusus pada wain buah-buahan tropika, yang boleh ditemui di Mission Beach dan berhampiran Kurrimine Beach berhampiran. Terdapat juga padang golf kejohanan berhampiran pekan yang mengalu-alukan para pelawat.

Mission Beach merupakan salah satu pintu masuk tanah besar yang terdekat ke Great Barrier Reef, kira-kira satu jam perjalanan menaiki bot. Pantai ini adalah pintu gerbang utama ke Dunk Island, yang hanya empat kilometer jauhnya di luar pantai. Teksi air dan feri membawa pelanggan dan pelawat harian ulang alik ke pulau ini dan tempat peranginannya. Bedarra Island, yang mempunyai tempat penginapan eksklusif bagi hanya empat belas orang penginap, hanya terletak tujuh kilometer jauhnya. Hinchinbrook Island National Park yang berdekatan, taman negara pulau yang terbesar di Australia ini merupakan salah satu kawasan belantara yang begitu berpelbagai dan indah.

Dari Mission Beach anda boleh pergi ke utara di sepanjang Great Pacific Touring Route ke Cairns atau Port Douglas yang jaraknya kurang dua jam perjalanan melalui jalan raya atau ke selatan Whitsunday Islands.

Lebih Lanjut Mengenai Idea Australia