Keseronokan sepanjang Great Ocean Road

Keseronokan sepanjang Great Ocean Road

'Tiada yang seumpama dikejutkan dan terpesona dengan tempat luas yang indah di negara ini, di mana kanak-kanak yang berlari pun akan berhenti  kerana kagum.'

Ahli perniagaan Malaysia, Tiat Yen menemui kedua-dua kenangan dan kejutan semasa pulang ke Victoria bersama anak angkat dan keluarganya. Dia pulang semula ke kampung halaman lamanya Melbourne, dan dia mendapat keseronokan baru menerokai Great Ocean Road dengan anak berumur dua tahun yang hiperaktif.

“Ianya percutian hebat untuk saling bertanya khabar kerana saya kembali ke Melbourne untuk masa yang terhad,” terang Tiat Yen yang pernah tinggal di Melbourne hampir sedekad.

“Untuk pulang ke “kampung halaman” dan menikmati Melbourne tetapi turut melihat tempat hebat ini melalui kaca mata pelancong adalah sesuatu yang sangat menyegarkan,” katanya.

Keluarga itu turut meluangkan hujung minggu di ladang yang masih beroperasi tidak jauh dari bandar, di mana mereka sempat berinteraksi dengan haiwan dan merasai kebiasaan cara hidup di ladang.

“Kami melihat cara susu lembu diperah hari ini menggunakan mesin besar. Ianya sangat memberangsangkan! Walaupun saya sebenarnya sedikit sedih kerana tidak dapat memerah susu dengan cara tradisional. Saya juga melihat betapa bijaknya seekor kambing apabila Billy membawa keluar anak angkat saya dan menyondolnya,” kata Tiat Yen.

Dari ladang tersebut, keluarga itu membuat lawatan harian sepanjang Great Ocean Road, melawat pekan di tepi pantai dan menghayati pemandangan tepi pantai yang menakjubkan. Di Port Campbell, berdekatan Twelve Apostles yang terkenal, Tiat Yen mengambil gambar anak angkatnya, yang terpegun seketika dengan pemandangan sekeliling.

“Ianya amat menakjubkan melihat budak berusia dua tahun yang sedang berlari pun boleh berhenti untuk merenung Australia yang sangat hebat, dan itulah yang memberikan saya gambar cantik ini,” kata Tiat Yen.

Sebagai penggemar fotografi, Tiat Yen “selalu menangkap gambar mental”. Untungnya, pekerjaannya dengan perniagaan keluarga membenarkannya berjalan dengan banyak dan merakam pelbagai detik berbeza dengan kameranya. Dia juga berharap untuk membuat dokumentasi tentang percutian Australia berikutnya – dia sudah ada dua percutian yang menunggu.

Yang pertama merupakan perjalanan dari Melbourne sehingga ke Darwin tropika, mengikut laluan Explorers Way melewati Uluru dan Alice Springs di Central Australia.

“Saya juga teringin membuat perjalanan merentasi Tasmania, berhenti untuk mengikuti kursus di Lachlan, berdekatan Hobart, di mana seorang tukang masak yang pernah memenangi anugerah dari Sydney telah membuka sekolah memasaknya,” kata Tiat Yen.

Tidak ragu-ragu lagi yang dia bersedia untuk lebih kejutan, dan barangkali sedikit kenangan, apabila dia melawat Australia lagi.



Baca lebih lanjut mengenai Cerita Percutian Australia

Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar
Percutian impian di Gold Coast
Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian
Keajaiban Geologikal di Karijini
Dari Perth ke Pinnacles
Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia
Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania
Keseronokan keluarga di Margaret River
Keajaiban Kakadu yang sentiasa berubah

Tangalooma, Pulau Moreton
Taman Negara Tasman, Tasmania
Kimberley: cerita Australia yang takkan dilupakan
Valley of The Giants
Percutian Australia yang Hebat
Percutian Tasmania yang boleh diingati
Keseronokan sepanjang Great Ocean Road
Wave Rock: Satu Keajaiban Australia Barat

Idea Australia selanjutnya