Taman Negara Kakadu

Kakadu National Park

Datang dan terokai Kakadu National Park yang tersenarai dalam Warisan Dunia yang terletak lebih kurang tiga jam ke timur Darwin

Dalam taman negara terbesar Australia, anda akan temui tubiran berceranggah, hutan hujan subur dan galeri seni batu yang berusia sehingga 50,000 tahun. Ketahui tentang budaya Orang asli dari pemilik tradisi orang Bininj/Mungguy. Saksikanlah berjuta-juta burung migrasi di antara tanah lembap. Lihat telipuk lembut, buaya prasejarah, air terjun yang hebat bunyinya dan lubang air yang berkilau-kilauan. Alami keajaiban Kakadu dalam enam musim berbeza yang dramatik. Daripada telipuk lembut hingga ke buaya prasejarah, Kakadu mempunyai pelbagai khazanah yang menunggu untuk diterokai.

Lima cara untuk berseronok di Kakadu:

Mt Borradaile, NT
Mt Borradaile, NT

1. Menyelami seni Orang Asli

Kakadu ialah tempat koleksi seni batu Orang asli, antara yang terbesar di dunia. Lihat potongan rekahan batu oleh nenek moyang Dreamtime di Nourlangie Rock. Atau lihat lukisan Lightning Man iaitu nenek moyang Dreamtime yang masih mengawal ribut ganas dengan kilat pada musim lembap di Anbangang Gallery yang berdekatan. Lihat lukisan Rainbow Serpent dan antara contoh seni X-ray terbaik di dunia di Ubirr Rock. Anda akan lihat kesan tapak tangan haiwan, pemburu dan lembaga Dreamtime dan juga tempat perlindungan, peralatan batu, batu pengasah, seni batu dan oker untuk lukisan upacara istiadat. Ketahui cara seni ini memaparkan sejarah sosial, budaya dan alam semula jadi Kakadu dengan lawatan bersama-sama pemandu pelancong atau melalui tanda-tanda yang memberi tafsiran.

Jabiru, Taman Negara Kakadu, NT
Jabiru, Taman Negara Kakadu, NT

2. Dengan flora dan fauna purba yang jarang ditemui

Sertai Gubarra Pools Walk melepasi cenuram batu pasir menuju ke hutan monsun yang teduh atau Bubba Walk melalui tanah lembap yang dikelilingi pokok gelam, pokok pandanus, sikad dan teratai. Lihat Jim Jim Falls yang mempesonakan yang jatuh menjunam lebih daripada 250 meter. Belayar di East Alligator River dan Yellow Water melepasi buaya, ikan barramundi dan burung seperti angsa murai, brolga, jabiru dan helang laut yang berperut putih. Lihat burung kenanga (jacana) dan jesus terbang di antara bunga lili yang mekar. Satu per empat daripada semua spesies ikan air tawar Australia dan lebih daripada satu per tiga spesies burung Australia boleh ditemui di Kakadu.

Barramundi Gorge, NT
Barramundi Gorge, NT

3. Dengan semangat pengembaraan

Memandu kenderaan pacuan empat roda menuju ke Koolpin Gorge atau di kaki tubir Arnhem Land dan berkhemah semalaman di sana.
Atau sertai lawatan sambil memandu kenderaan pacuan empat roda ke lokasi utama seperti Jim Jim Falls dan Barramundi Gorge. Lihatlah keagungan dan saiz Kakadu semasa penerbangan indah atau menangkap ikan barramundi dengan pemandu yang berpengalaman dalam sukan memancing. Susuri East Alligator River dalam pelayaran budaya Orang asli atau kayuh kanu ke Twin Falls yang menakjubkan. Berjalan dalam belukar melalui hutan monsun, melepasi air terjun dan kolam junam yang jernih.

Yellow Water Billabong, NT
Yellow Water Billabong, NT

4. Mengikut musim yang berbeza-beza

Anda mesti berkunjung ke Kakadu lebih daripada sekali untuk menghargai keunikan musimnya yang begitu berbeza. Orang Bininj tempatan telah mengelaskan musim ini kepada enam musim bermula dengan air terjun yang menjunam turun dan pancaran kilat yang berkilau-kilauan semasa musim monsun Gudjewg antara bulan Januari dan Mac hinggalah ke cuaca panas dan kering bulan Gurrung dari Ogos hingga September. Lihat pokok gelam bersebelahan dengan billabong yang penuh dengan burung air pada musim Banggerreng pada bulan April. Nikmati suhu yang nyaman dan langit yang cerah pada musim sejuk Wurrgeng antara bulan Jun hingga Ogos. Alami perubahan pemandangan ini ketika menaiki pesawat merentasi lanskap atau lihat dari jarak dekat semasa meredah belukar, billabong atau semasa belayar menyusuri sungai.

Gunlom Falls, NT
Gunlom Falls, NT

5. Memandu di Nature’s Way

Bermula di Darwin dan ikut jalan berliku-liku ke hutan tanah lembap yang kaya dengan budaya Orang asli dan sejarah penerokaan di laluan perjalanan Nature's Way Jalan ini akan membawa anda dari Kakadu National Park yang tersenarai dalam Warisan Dunia ke Litchfield National Park dan Nitmuluk National Park. Berkanu menyusuri Katherine River, berenang di dalam air terjun di Litchfield dan lihat koleksi seni batu Orang asli terbesar di dunia di Kakadu. Di sini anda boleh berjalan hingga ke puncak Gunlom Falls yang dikenali dalam filem Crocodile Dundee sebagai Echo Pool dan terokai kolam batu serta memasak hidangan dengan unggun api di kaki tubir Arnhem Land. Bagi penggemar penggambaran, hidupan liar dan pemerhati burung, ini merupakan pemanduan impian kerana semua perjalanan ini meliputi jalan berturap yang sesuai untuk kenderaan pacuan dua roda.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut di laman web Tourism Northern Territory.