Percutian Australia yang Hebat

Percutian Australia yang Hebat

“Tiada yang seumpama rasa keajaiban dengan kecantikan semulajadi Remarkable Rocks, semasa sedang mandi dengan tiupan angin selatan.”

Pengembara Jepun, Rie melawat banyak tempat yang hebat semasa tempoh berada di Australia. Tetapi antara kenangan paling manis ialah di Kangaroo Island, Australia Selatan, dengan hidupan liar dan kecantikan semula jadi yang pelbagai.

“Kangaroo Island pada saya, ialah versi Australia yang padat. Saya dapat melihat pelbagai hidupan liar, termasuk kanggaru, koala, anjing laut, penguin, ikan lumba-lumba dan possum. Saya kagum apabila saya dapat mendekati anjing laut. Saya mendapati diri saya berada antara haiwan yang cantik ini dan terpegun dengan begitu cepatnya mereka bergerak,” Rie menambah.

Rie juga amat menyukai landskap purba pulau ini, termasuk Remarkable Rocks yang "sangat hebat".

“Saya terfikir bagaimana ia terbentuk merentasi ribuan tahun untuk kini berdiri sepanjang pinggir laut. Kami berempat amat seronok bermain ‘hide and seek’ di sekeliling batuan,” dia menambah lagi sambil ketawa.

Keseronokan dan pengembaraan merupakan komponen utama dalam pengalaman Australia Rie, yang bermula sebagai percutian bekerja tiga bulan di Perth. Dia kemudiannya menuju ke utara di sepanjang pinggir Australia Barat, merentasi Ningaloo Reef ke Broome.

“Saya menghayati kecantikan laut di Coral Bay semasa pengembaraan dari Perth ke Broome. Saya belum pernah melihat air laut yang begitu jernih, bersilih dengan warna semulajadi. Jika saya tutup mata saya, saya masih boleh mengimbas kembali sehingga sekarang,” kata Rie.

Pelabuhan mutiara di Broome, Rie menyelami sejarah tempatan dan menikmati sepinggan tiram segar kilpatrick. Dia kemudian mengambil tour koc merentasi benua, bermula dari Broome merentasi Uluru di Red Centre Australia, ke Cairns di bahagian utara tropikal Queensland.

Dari Cairns, Rie dan tiga pengembara dari Belanda dan Germany bergabung untuk menerokai kawasan lain negara ini. Mereka mengembara bersama-sama sepanjang enam bulan, berkongsi pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

“Saya memenuhi hasrat saya untuk terjun payung di Mission Beach, dan menyelami pemandangan hebat dari udara,” kata Rie.

Perjalanan penuh aksi mereka juga membolehkan Rie untuk berinteraksi dengan orang lain dari pelbagai budaya bertabirkan pemandangan Australia yang hebat.

“Lebih dari perkara lain, Australia untuk saya semuanya adalah tentang kecantikan semulajadi. Langit malam penuh dengan bintang, dan Southern Cross tidak boleh dilihat di Jepun.”

Rie sudah sedang merancang perjalanan Australia seterusnya, di mana dia ingin menerokai lagi pantai barat.

“Saya ingin sekali lagi menyelami diri saya dalam pemandangan ufuk 360 darjah sekeliling saya pada waktu senja, menikmati misteri kepelbagaian warna dan merasai masa telah terhenti seketika,” katanya.



Baca lebih lanjut mengenai Cerita Percutian Australia

Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar
Percutian impian di Gold Coast
Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian
Keajaiban Geologikal di Karijini
Dari Perth ke Pinnacles
Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia
Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania
Keseronokan keluarga di Margaret River
Keajaiban Kakadu yang sentiasa berubah

Tangalooma, Pulau Moreton
Taman Negara Tasman, Tasmania
Kimberley: cerita Australia yang takkan dilupakan
Valley of The Giants
Percutian Australia yang Hebat
Percutian Tasmania yang boleh diingati
Keseronokan sepanjang Great Ocean Road
Wave Rock: Satu Keajaiban Australia Barat

Idea Australia selanjutnya