Taman Negara Purnululu

Purnululu National Park

Ia telah wujud selama 350 juta tahun dan dipuja oleh penjaga Orang Aslinya selama 40,000 tahun. Tetapi Bungle Bungle Range yang menakjubkan dalam Purnululu National Park yang tersenarai dalam Warisan Dunia tersorok daripada dunia luar sehinggalah pada tahun 1983. Hari ini, lorong-lorong kubah batu pasir belang oren dan hitam ini, yang selalunya kelihatan seperti sarang tebuan gergasi, merupakan suatu tarikan Kimberley yang paling disukai. Lihatlah Bungle Bungle Range yang mengagumkan melalui penerbangan pemandangan. Atau kembara berjalan kaki, berkhemah dan pandu kenderaan pacuan empat roda di tengah-tengah keajaiban geologikal Purnululu, temui lukisan batu kuno, hidupan liar yang sukar dijumpai, kolam tropikal dan gaung berceracak.

Purnululu National Park terletak di timur Kimberley, sekitar 100km dari Halls Creek dan 250km dari Kununurra. Lawatan helikopter dan kenderaan pacuan 4 roda bertolak dari kedua-dua bandar, atau anda boleh sewa kenderaan pacuan 4 roda dan mengembara ke dalam taman dengan pengembaraan pandu sendiri. Bergerak mengikut Great Northern Highway, melewati desa penternakan yang luas, sebelum memasuki trek 50 km yang tidak rata dan sempit, menuju ke pintu masuk taman.

Walaupun terletak begitu dekat dengan lebuh raya utama, kewujudan Bungle Bungle Range hanya diketahui oleh pemilik tempatan Orang Asli dan ahli pastoral sehinggalah sebuah kumpulan dokumentari membawanya ke perhatian dunia pada tahun 1983. Hari ini ia dilindungi sebagai sebahagian daripada Purnululu National Park, yang meliputi kawasan seluas 240,000 hektar dan memenangi senarai Warisan Dunia pada tahun 2003.

Sebagai sebuah mercu tanda, Bungle Bungle Range yang dinamakan sempena sebuah ladang lembu berdekatan, terletak di selatan taman ini. Menara seperti sarang tebuan meninggi beberapa ratus meter di tepi banjaran, meneduhkan gaung yang dalam dan kolam batu berpagarkan palma. Ambil penerbangan helikopter pemandangan melintasi formasi batu pasir yang menakjubkan, dipercayai terbentuk lebih 350 juta tahun daripada enapan dasar sungai lama. Belang oren, kelabu dan hitam unik ini adalah hasil enapan yang berselang-seli, setiapnya mengandungi tanah liat berbeza.

Di bahagian selatan taman, anda juga boleh mengembara berjalan kaki ke Cathedral Gorge yang besar, dikenali dengan akustik semula jadinya yang menakjubkan. Uji kod vokal anda di sini atau tawan jalan denai indah ke Piccaninny Creek. Lakukan putaran pergi balik sejauh 3km atau teruskan memanjat Piccaninny Gorge, di mana anda berpeluang berkhemah semalaman. Di utara Purnululu, gaung yang lebih sempit menawarkan pengalaman yang sangat berbeza. Jalan mudah sejauh 2km menuju ke Echidna Chasm, di mana anda boleh merenung dan menghayati dinding batu yang meninggi beberapa ratus meter di kedua-dua sisi anda. Atau cuba mengembara berjalan kaki 5km pergi balik ke Mini Palms Gorge, tempat asal kluster palma Livingstonia yang kurus dan gua kesuburan Orang Asli tradisional.

Orang Asli dikatakan telah tinggal di kawasan ini lebih daripada 40,000 tahun dan taman ini menyimpan jejak peninggalan mereka yang pelbagai dan masih bertahan. Lukisan batu kuno dan tapak pengebumian boleh ditemui di seluruh taman, yang dibantu urus oleh Orang Asli Djaru dan Kija. Nama Purnululu yang bermaksud batu pasir merupakan nama yang diberi kepada kawasan ini oleh penjaga tradisinya daripada suku Kija.

Jangan ketinggalan menimba pengalaman di rumah purba mereka, yang baru sahaja ditemui oleh kita semua.

Idea Australia selanjutnya