Taman Negara Namadgi

Namadgi National Park

Terokai hutan belukar asli dan sejarahnya di Namadgi National Park, sebahagian Alps Australia berdekatan Canberra. Nikmati aktiviti mendaki atau menakik turun batu granit, mengembara di Great Alpine Walk dan berbasikal di bukit, memancing dan 4WD. Lihat tinggalan penjaga Orang Asli, ahli pastoral dan pencari emas serta temui emu, kangaru, walabi dan burung kakak tua di Tidbinbilla Nature Reserve yang berdekatan.

Namadgi Ranges, ACT
Namadgi Ranges, ACT

1. Tempat untuk aktiviti luar bangunan

Ikuti Yerrabi Walking Track yang menawarkan pemandangan hutan belantara Bimberi yang sukar dan mengagumkan. Ianya merupakan rumah kepada sesetengah ekosistem yang kurang gangguan di Banjaran Alp Australia. Terokai hutan pokok gam salji dan alpin abu di laluan perjalanan Square Rock. Atau sertai renjer Namadgi untuk eksplorasi berpemandu pelancong untuk melihat pemandangan yang berubah begitu cepat. Pergi menunggang kuda mengikut rintis kebakaran ke timur Old Boboyan Road atau di National Bicentennial Horse Trail. Atau ikut salah satu rintis kebakaran yang banyak dengan menunggang basikal lasak sebelum memasang khemah anda di tanah belukar. Daki atau menakik turun singkapan batu granit atau tingkatkan adrenalin anda dengan terbang menggunakan paraglider, melakukan terjunan udara, memasuki gua dan mendaki ngarai. Pada musim sejuk, anda boleh berski merentasi desa di Mount Franklin dan Mount Gingera serta bermalam di Pryor's Hut.

Ngunnawal Rockart, ACT
Ngunnawal Rockart, ACT

2. Catatan kehidupan Orang Asli

Lihat tapak perkhemahan lama dengan serpihan batu dan tulang haiwan yang ditinggalkan oleh orang Ngunnawal semasa Zaman Ais yang lalu. Kemudian terokai tapak kuari purba tempat mereka mengumpul batu untuk dibuat peralatan. Ikut Yankee Hat Walking Track menuju ke tapak lukisan batu di Yankee Hat Shelter. Lihat tempat orang Ngunnawal mengutip rama-rama bogong berperisa kacang di Mount Kelly. Kemudian lawati susunan batu istiadat mereka di puncak Mount Namadgi yang tinggi. Lihat lebih daripada 50 tapak orang Ngunnawal dalam lawatan dengan pemandu pelancong di Namadgi. Di Tidbinbilla Nature Reserve yang berdekatan, anda boleh menjejaki Birrigai Time Trail dan mengundur masa hingga 21,000 tahun lalu menuju ke Birrigai Rock Shelter iaitu tapak Orang asli tertua negeri ini. Di sini anda juga boleh melawat Bogong Cave, tempat suku kaum berkumpul untuk mengutip rama-rama bogong serta Tidbinbilla Mountain iaitu tapak upacara suci untuk lelaki muda Orang asli.

Namadgi, ACT
Namadgi, ACT

3. Cerita penternak, pemburu emas dan stesen pengesan angkasa lepas

Orang pastoral pertama menternak biri-biri dan lembu di lembah serta di atas cerun yang kini penuh dengan emu dan kanggaru. Anda boleh jejaki sejarah mereka dengan melihat pagar, laman, pondok dan rumah ladang yang masih kekal di lembah yang luas tempat penempatan mereka pada tahun 1830-an. Kemudian lihat sebahagian denai emas Kiandra yang dilalui oleh pencari harta pada tahun 1860-an di Gudgenby. Berjalan di Orroral Heritage Walking Track di antara stesen pengesan angkasa lepas Apollo di Orroral Valley dan Honeysuckle Creek – tempat pertama di dunia ini yang menerima imej Neil Armstrong berjalan di atas bulan. Baca memorial yang dipamerkan dan ketahui lebih lanjut tentang rombongan Australia ke angkasa lepas di Deep Space Communication Complex di Tidbinbilla Nature Reserve yang berdekatan.

Kangaroo
Kangaroo

4. Alam semula jadi yang pelbagai dan bermacam-macam jenis hidupan liar

Ikut Naas Valley ke Horse Gully Hut Walking Track menuju ke Nature’s Boarding House iaitu sebatang pokok besar di mana hampir 400 spesies burung, kelawar dan mamalia Australia membina jerumun, tempat bertenggek dan sarang. Lihat ikan asli Mountain Galaxias di Naas Creek. Lihat pemandangan tumbuh-tumbuhan berubah dari hutan kayu dan hutan kering di dataran rendah menjadi pokok eucalypt tinggi serta galur pakis di cerun terlindung. Semakin tinggi anda mendaki, anda akan nampak kanggaru dan walabi makan rumput di padang rumput terbuka serta lompang ibun kemudian anda akan nampak pula Australian Paper Daisies menutupi kawasan semak di puncak tertinggi. Cuba lihat tikus bergigi lebar yang jarang ditemui, katak corroboree utara dan ikan hitam sungai (river blackfish) di tanah paya sendayan di lembah dan lihat rawa di puncaknya. Lihat helang berekor baji yang hebat terbang di angkasa atau lihat Kestrel Australia yang lebih kecil saiznya mengepak-ngepak di udara merentasi kawasan berumput untuk mencari makanan.

Namadgi, ACT
Namadgi, ACT

5. Memandu dan berkhemah ditemani pemandangan yang indah

Ikut Two Sticks Road merentasi puncak Brindabella Ranges menuju ke puncak Mount Coree dan di sini anda dapat melihat pemandangan 360 darjah yang mempesonakan. Atau ikut Annie Trail yang tidak lasak menuju ke tapak perkhemahan yang ditinggalkan di sebelah Goodradigbee River. Tempuhi Mount Franklin Road hinggalah ke jalan pintu masuk Ginini menuju ke Bendora Dam. Jalan-jalan ini yang terletak di hujung utara taman ini, bersama-sama dengan Old Mill Road dan Warks Road amat sesuai khususnya untuk kenderaan pacuan empat roda. Memandu ke Corin Dam untuk mendaki curam ke Stockyard Spur. Jika anda memandu campervan atau hanya ingin memasang khemah, pergi ke Honeysuckle Campground berdekatan tapak bersejarah Honeysuckle Tracking Station. Atau pasang khemah di Orroral Campground di Orroral Heritage Walking Track. Dari Mount Clear Campground anda boleh pergi ke Naas Valley menuju ke jalanan Horse Gully Hut.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut di laman web Australian Capital Territory.