Ningaloo

Ningaloo

Sertai parti yang penuh dengan warna-warna tropika di Ningaloo Marine Park, habitat kepada 200 spesies karang keras, 50 karang lembut dan lebih daripada 500 spesies ikan.

Ningaloo merupakan salah sebuah terumbu pinggir terbesar di dunia yang terbentang sepanjang 260 kilometer di tengah pantai utara Australia Barat. Apatah lagi, tempat paling dekat terletak dalam jarak 100 meter dari pesisir jadi anda boleh menyertai festival hanya dengan melangkah keluar dari pantai.

Lima perkara yang mesti dilakukan di Ningaloo:

Ningaloo Reef, WA
Ningaloo Reef, WA

1. Bertemu hidupan marin yang menarik

Ningaloo adalah tempat yang sempurna untuk berenang dengan ikan yu paus yang jinak, iaitu ikan terbesar di dunia yang biasanya datang ke sini dari bulan April hingga Jun. Lihat ikan paus kelasa dari bulan Jun hingga November dan lihat spesies penyu yang jarang menetas semasa lawatan dengan pemandu pelancong melalui denai eko-interaktif pada bulan Januari dan Februari. Berkayak di laut dari Exmouth dan melihat ikan paus berhijrah serta kunjungi tapak pedalaman yang penuh dengan ikan pari manta dan penyu. Atau, sertai lawatan menaiki bot untuk melihat terumbu yang banyak dan cantik pada bulan Mac dan April. Anda hanya perlu melangkah keluar dari pantai di Exmouth atau Coral Bay untuk melihat ikan badut berenang-renang di tempat yang dipenuhi buran tentakel, ikan singa dan malung pemangsa dan ratusan spesies ikan tropika lain.

Coral Bay, WA
Coral Bay, WA

2. Pakai alat snorkel dan kaki sirip

Bersnokel melalui lagun dan taman karang di Coral Bay yang tenang dan terlindung serta temui ikan pari manta, penyu dan lebih daripada 500 spesie ikan terumbu yang berbeza. Jika anda bersedia ke laut yang lebih dalam, naiki bot yang mempunyai lantai lutsinar atau sertai lawatan bersnorkel dari Exmouth. Pergi ke Lighthouse Bay atau gurun klasik Muiron Island untuk menyelam dan menyaksikan terumbu yang mempesonakan. Lihat haiwan laut dari yang kecil hingga yang besar di perlindungan terumbu Bundegi Bombies, di sini airnya cetek sesuai untuk penyelam dan pensnorkel yang baru mula belajar. Penyelam yang lebih berpengalaman boleh meneroka pelbagai koleksi bunga karang besar, gorgonia dan cambuk laut di taman karang di pintu masuk ke Exmouth Gulf. Walau apa pun tahap pengalaman anda, Ningaloo mempunyai secebis taman firdaus dasar laut untuk anda.

Coral Bay, WA
Coral Bay, WA

3. Menginap di pekan di tepi laut

Menginap di Exmouth yang indah dan di sini anda boleh menyewa kereta, menyertai eko safari atau melawat pantai, terumbu dan memancing ikan rekreasi. Belajar meluncur air di atas ombak yang perlahan di Wobiri, atau meluncur atas ombak besar left-handed di The Bombie atau tunggang pecahan (break) karang di Dunes Beach dan Murion serta Montebello Islands. Kembali ke pekan, anda akan temui tempat penginapan yang sesuai dengan semua bajet dari apartmen lengkap hingga ke kediaman backpacker dan tapak perkhemahan. Bersiar-siar di marina kapal persiar dan lawati kafe, restoran, butik dan bar wain bandar ini. Kemudian berborak-borak dengan penduduk tempatan atau dengan pengembara lain sambil minum bir di inapan pinggir tempatan. Di pekan tepi laut yang indah di Coral Bay, anda boleh bersiar-siar ke mana sahaja. Snorkel, berenang dan beri makan ikan di pantai, pergi menyertai lawatan menyelam atau naik pesawat untuk melihat pemandangan indah merentasi terumbu.

Shothole Canyon Road, WA
Shothole Canyon Road, WA

4. Mengembara di atas tanah dan pasir

Memandu kenderaan pacuan empat roda di Shothole Canyon Road atau Charles Knife Canyon menuju ke Cape Range National Park yang terletak hanya 35 kilometer dari pusat Exmouth. Di sini anda boleh berkhemah di tempat gaung indah hasil hakisan sungai purba bertemu terumbu karang Ningaloo, laut biru terang dan pantai pasir. Berjalan ke Yardie Creek melepasi hidupan liar dan bunga liar, melihat walabi berkaki hitam yang jarang ditemui bercangkung pada dinding curam. Kawasan bakau ini menjadi tempat perlindungan banyak spesies burung dan haiwan marin. Atau ikut denai sejauh tiga kilometer melalui Mandu Mandu Gorge untuk melihat lautan yang indah. Apabila tiba masa untuk mengeringkan badan, jelajahi lebih banyak lagi kawasan pinggir laut ini dengan memandu kenderaan pacuan empat roda atau menunggang quad bike.

Muiron Islands, WA
Muiron Islands, WA

5. Bersantai

Sertai lawatan seharian ke Muiron Islands yang tenang iaitu pulau gurun klasik dengan air tropika yang penuh dengan hidupan marin dan terumbu karang kompleks. Menyelam atau snorkel di Turtle Bay iaitu kawasan pelindungan pembiakan penyu. Anda akan temui lebih banyak tapak menyelam yang hebat di luar pesisir dengan taman terumbu yang berwarna-warni sedalam 3 hingga 20 meter. Bersantai di atas pantai yang terpencil atau lontarkan joran anda ke dalam air cetek untuk menangkap ikan trevally gergasi. Untuk bersendirian dan menikmati suasana romantik, dapatkan kebenaran untuk bermalam dan berkhemah di sini.

Dengan langit biru dan sinaran matahari hampir setiap hari sepanjang tahun, Monkey Mia yang terletak kira-kira 850 kilometer ke utara Perth, amat ideal sebagai tempat rehat yang santai atau pengembaraan di pedalaman yang menguja.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut di laman web Tourism Western Australia