Red Centre

Red Centre

Anda mungkin tahu tentang monolit merah di Red Centre, Australia.

Anda mungkin tahu bahawa ia suci untuk Orang asli tempatan dan ia menghasilkan warna-warna yang menakjubkan pada waktu matahari terbit dan terbenam. Anda mungkin tidak tahu bahawa anda boleh mengalaminya melalui kaca mata Orang asli atau terdapat banyak lagi tapak suci dan mengagumkan di pusat Australia yang luas. Sepupu Uluru iaitu Kata Tjuta terletak hanya 40 kilometer dari sini dan anda akan temui Kings Canyon yang menakjubkan tidak jauh dari Alice Springs.

Anda mungkin tidak sedar bahawa lanskap ini mempunyai tumbuh-tumbuhan hijau dan lubang air yang subur serta jalan merah berdebu dan bidur batu besar. Dan anda mungkin tidak akan betul-betul faham tentang keajaiban, kehebatan, kesunyian dan keterasingan yang baik di Red Centre, Australia hinggalah anda tiba di sini.

Lima tempat yang mesti anda kunjungi di Red Centre:

Simpson Desert, NT
Simpson Desert, NT

1. Alice Springs dan sekitarnya

Menginap di bandar pedalaman terkenal di Alice Springs yang terletak di pusat merah Australia dan hanya 200 kilometer selatan dari pusat geografi. Dari sini anda boleh meredah belukar, memandu kenderaan pacuan empat roda atau menyertai tunggangan unta merentasi gumuk pasir di Simpson Desert. Berbasikal ke Simpsons Gap semasa fajar menyinsing dan terokai gaya seni Orang asli yang berbeza-beza di sepanjang Tanami Track dan terokai seni batu, artifak dan tapak istiadat berdekatan komuniti kecil Orang asli di St Teresa.

Uluru-Kata Tjuta, NT
Uluru-Kata Tjuta, NT

2. Uluru-Kata Tjuta National Park

Lihat Uluru menaik 348 meter dari gurun jauh di tengah Australia, memadankan cahaya dan iklim dengan begitu hebat sekali sehingga menyaingi sang suria yang melabuh.
Berjalan di kaki Uluru dengan pemandu pelancong Anangu dan ketahui cara ia dicipta oleh leluhur Dreamtime. Malah anda boleh mengesan tanda pergelutan yang ditinggalkan. Lihat Uluru dengan menunggang motosikal, dari atas belakang unta atau ketika menaiki helikopter. Minum segelas champagne semasa matahari terbenam, kemudian pulang untuk menikmati makan malam berupa ikan barramundi, emu atau daging kanggaru di hadapan unggun api dan di bawah langit yang bercahayakan bintang. Hanya 40 kilometer dari sini anda akan bertemu Kata Tjuta – kubah curam, bulat dan kemerah-merahan yang terbentuk hasil daripada hakisan selama 500 juta tahun. Anda boleh mengalami kedua-dua keajaiban ini di Uluru-Kata Tjuta National Park yang menawarkan lawatan oleh pemandu pelancong Orang asli dan pelbagai penginapan dari tapak perkhemahan hinggalah tempat peranginan.

Kings Canyon, Watarrka National Park, NT
Kings Canyon, NT

3. Kings Canyon dan Watarrka National Park

Trek hingga ke lereng Kings Canyon untuk melihat pemandangan yang mempesonakan merentasi cenerung dan gaung yang berceranggah di Watarrka National Park.
Dinding batu yang tinggi di ngarai ini melindungi rekahan yang dipenuhi pokok palma dan kawasan kecil yang subur menghijau. Lihat tumbuh-tumbuhan yang jarang ditemui dari zaman yang lebih lembap yang kini tiada lagi dan berenang di dalam kolam tropika di Garden of Eden. Terokai kubah batu yang dimamah cuaca di Lost City. Lihat matahari terbenam di Carmichael Crag, berjalan mengikut Kathleen Springs Walk menuju ke lubang air yang cantik atau berjalan semalaman di Giles Track. Jika anda tidak suka berkhemah, bermalam di pusat peranginan atau rumah di hutan.

Finke Gorge, NT
Finke Gorge, NT

4. Finke Gorge National Park

Memandu kenderaan pacuan empat roda di sebelah cenuram batu pasir yang tinggi dan Finke River yang kebanyakannya berpasir. Kebanyakannya kering di Finke Gorge National Park. Terokai oasis gurun Palm Valley iaitu satu-satunya tempat di dunia ini di mana anda boleh menemui Red Cabbage Palm. Anda boleh bersiar-siar melalui pokok palma yang tinggi di Arankaia Walk atau Mpulungkinya Walk yang lebih panjang. Selepas itu, sertai perjalanan pendek Kalaranga Lookout Walk untuk mendapat pemandangan indah amfiteater batu yang dikelilingi cenuram berceranggah. Atau ketahui tentang mitologi Orang asli Western Arrernte ketika berjalan selama dua jam di Mpaara Walk yang popular. Lihat pokok gam berdahan panjang di sepanjang air yang berkilau-kilauan dan banjaran gunung bertukar daripada warna ungu kepada warna merah kekuningan ketika matahari terbenam.

MacDonnell Ranges, NT
MacDonnell Ranges, NT

5. MacDonnell Ranges

Berjalan di Larapinta Trail atau di lorong Emu Dreaming menuju ke Ormiston Gorge dan Pound, melepasi pokok gam sungai merah, walabi dan lubang air yang dingin dan jernih. Kagumi dinding curam gaung yang menaik setinggi 300 meter dari Ormiston Creek, kemudian menyelam ke dalam lubang air sedalam 14 meter. Anda juga boleh menenangkan fikiran di Ellery Creek Big Hole, Redbank Gorge dan Glen Helen Gorge yang cantik. Lihat walabi batu di rabung dan sekitarnya dan pokok gam hantu di Simpsons Gap. Berjalan ke Standley Chasm dan lihat dinding curamnya menjadi merah menyala di bawah cahaya sang suria pada waktu tengah hari. Jangan ketinggalan melihat kawah selebar 20 kilometer di Gosse Bluff, atau Tnorala mengikut orang Asli Western Arrernte. Cerita kerohanian mereka lebih magikal berbanding penerangan saintifiknya yang mengatakan bahawa semua ini terbentuk oleh komet yang terhempas ke Bumi lebih kurang 130 juta tahun lalu. Di East MacDonnell Ranges, anda boleh berjalan di belukar, berkhemah, memandu kenderaan pacuan empat roda dan berkunjung ke Trephina Gorge serta pekan hantu kerubut emas di Arltunga.

Devils Marbles adalah batu tongkol granit besar yang berterabur di satu kawasan lembah yang luas dan dangkal, 100 kilometer sebelah selatan Tennant Creek di Wilayah Utara.

Devils Marbles terletak di tanah desa asal kaum Warumungu, Kaytetye, Alyawarra dan Warlpiri. Mereka memanggil Devils Marbles sebagai Karlu Karlu, yang bermaksud ‘batu tongkol bulat’.

Kata Tjuta, dahulunya dikenali sebagai The Olgas, adalah kumpulan pembentukan batu purba yang besar kira-kira 30 kilometer dari Uluru di Red Centre Australia. Pembentukan batu gergasi ini bersama-sama membentuk dua mercu tanda utama di dalam kawasan Uluru-Kata Tjuta National Park.

36 kubah yang membentuk Kata Tjuta tersebar ke seluruh kawasan seluas lebih 20 kilometer. Puncak tertinggi adalah Mount Olga, yang dinamakan sempena penghormatan kepada Queen Olga dari Württemberg.

Kings Canyon adalah sebahagian daripada Watarrka National Park di Wilayah Utara Australia . Terletak di hujung barat George Gill Range, lokasi Kings Canyon berada kira-kira separuh jalan antara Alice Springs dan Uluru.

Bentukan muka batu merah purba yang menjulang tinggi mengatasi hutan palma yang tebal merupakan kawasan pemuliharaan dan menjadi tempat perlindungan yang penting kepada lebih 600 spesies tumbuh-tumbuhan dan haiwan asli, yang kebanyakannya hanya terdapat di kawasan ini sahaja.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut di laman web Tourism Northern Territory.