Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania

Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania

‘Tiada yang seumpama menaiki unta pada waktu fajar untuk menyaksikan matahari terbit di tengah-tengah Australia yang disayangi – Uluru.'

Melihat matahari terbit di Uluru merupakan pengalaman yang memberi kesan mendalam kepada Rookie, bapa kepada dua anak dan pengurus jualan farmaseutikal dari Sydney. Kewujudan semangat Uluru menawan Rookie dan memberi inspirasi untuknya melihat lebih banyak tempat di Australia.

“Ia mencergaskan saya, merangsang saya, dan membuatkan saya terlupa kesibukan kota di mana tempat saya tinggal,” kata Rookie.

“Di pedalaman, semuanya dilakukan dengan lebih santai.” Saya tak pasti ia disebabkan oleh iklimnya yang panas atau masa seperti seolah-olah terhenti. Perjalanan dengan unta itu luar biasa dan lain daripada yang lain, tetapi Uluru benar-benar meninggalkan kesan kepada saya. Anda boleh juga katakan yang perjalanan tersebut suatu perjalanan yang memulihkan semangat dan jiwa. Begitu menenangkan!”

Rookie dan isterinya, bersama beberapa rakan sekerja Rookie, berada di Red Centre kerana mendapat perjalanan insentif daripada syarikat. Mereka meluangkan hari meneroka tempat suci dengan jurupandu Orang Asli – berjalan kaki di sekitar Uluru dan melalui kubah curam coklat kemerah-merahan di Kata Tjuta berdekatan. Pada malamnya mereka menikmati pesta pedalaman, dan melihat bintang di langit gurun yang terang-benderang, ketahui cerita Dreaming untuk gugusan buruj berbeza.

“Ia menyedarkan saya yang Australia mempunyai banyak kelebihan untuk ditawarkan,” kata Rookie, yang datang semula ke Red Centre untuk percutian keluarga. Kali ini, dia dan isterinya menjadikan Alice Springs sebagai tapak mereka, agar anak-anaknya dapat merasai landskap pedalaman di sekitarnya.

“Kami melawat Palm Valley menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Ia sukar dibayangkan untuk melihat tanaman yang subur di tengah-tengah tanah tandus. Standley Chasm merupakan tempat wajib dikunjungi di Alice Springs – pergi ke situ pada tengah hari untuk melihat rahsianya. Kami juga melihat matahari terbit daripada belon udara panas, pengalaman yang saya dan anak perempuan saya takkan lupa,” kata Rookie.

Untuk menukar pemandangan sepenuhnya, Rookia membawa keluarganya ke Tasmania pada percutian berikutnya, di mana Rookie berkata “Setiap pekan memiliki sesuatu untuk ditawarkan kepada pelancong.” Di Launceston, keluarganya gembira meneroka Cataract Gorge yang subur, melawat Beaconsfield Mine dan terbang menerusi atas pokok di hutan Tarkine. Berdekatan Hobart, mereka melawat Bruny Island, ladang buah Sorell semasa pesta musim sakura, dan Port Arthur yang bersejarah, satu daripada kemuncak percutian tersebut.

“Ianya seperti anda dibawa kembali ke zaman di mana kehidupan begitu mudah tetapi susah – tiada TV, komputer, telefon bimbit atau elektrik. Anda perlu menghargai kemewahan yang kita ada sekarang. Sekiranya anda berminat dengan kuasa ghaib, saya cadangkan anda ikuti lawatan hantu pada malamnya,” kata Rookie.

Selepas perjalanan Tasmanian, Rookie merancang merayakan Krismas di Gold Coast, di mana “anak-anaknya sukakan taman temanya.” Bertekad menerokai lebih banyak keindahan berbeza Australia, Rookie memikirkan Selatan Australia atau Barat Australia untuk percutian berikutnya.

“Tiada yang seumpama Australia” . Saya menyeru semua keluar dan pergi melihat belakang rumah, anda tidak perlu berbelanja banyak untuk menikmatinya,” katanya.



Baca lebih lanjut mengenai Cerita Percutian Australia

Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar
Percutian impian di Gold Coast
Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian
Keajaiban Geologikal di Karijini
Dari Perth ke Pinnacles
Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia
Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania
Keseronokan keluarga di Margaret River
Keajaiban Kakadu yang sentiasa berubah

Tangalooma, Pulau Moreton
Taman Negara Tasman, Tasmania
Kimberley: cerita Australia yang takkan dilupakan
Valley of The Giants
Percutian Australia yang Hebat
Percutian Tasmania yang boleh diingati
Keseronokan sepanjang Great Ocean Road
Wave Rock: Satu Keajaiban Australia Barat

Idea Australia selanjutnya