Hutan belantara Tasmania

Hutan belantara Tasmania

Terokai keindahan kuno belantara Warisan Dunia dan taman negara Tasmania. Dari Hobart, terokai hidupan liar Bruny Island dan lalui denai dengan berjalan kaki serta nikmati pemanduan East Coast Escape ke Wineglass Bay di Freycinet National Park. Launceston ialah pangkalan anda untuk ke Overland Track melalui Cradle-Mountain-Lake St Clair National Park dan sungai serta jeram di pantai barat yang tidak terusik.

Freycinet National Park dan Wineglass Bay
Wineglass Bay, TAS

1. Freycinet National Park dan Wineglass Bay

Menginap di Coles Bay yang tenang di pintu masuk ke Freycinet National Park dan berjalan menuju ke Wineglass Bay. Ambillah gambar pemandangannya yang sempurna dengan kamera anda, berenang, aktiviti snorkeling, memancing ikan atau berkayak di laut yang putih lagi bersih. Lihat kehidupan liar seperti quoll, walabi, wombat and burung helang laut berperut putih. Mendaki ke tempat melihat Wineglass Bay, menikmati pemandangan yang menakjubkan dan memerhatikan kecantikan cerun curam berwarna merah jambu dan batu granit kelabu Hazard Ranges. Naiki pelayar indah memasuki Bay, mengayuh perahu dan menyelam skuba di beberapa perairan terjernih yang belum pernah anda alami.

Cradle-Mountain-Lake St Clair National Park
Cradle Mountain, TAS

2. Cradle-Mountain-Lake St Clair National Park

Mengembara ke zaman silam berjuta-juta tahun dahulu dalam hutan belantara ini yang terletak hanya beberapa jam dari Launceston jika anda memandu. Berjalan di sekitar Dove Lake melepasi air terjun dan melalui hutan pain King Billy menuju ke puncak dolomit yang bercerancang di Cradle Mountain. Untuk cabaran sebenar, ikut Overland Track yang terkenal sejauh 80 kilometer hingga ke selatan Lake St Clair iaitu tasik semula jadi paling dalam di Australia. Dalam perjalanan, kagumi Mount Ossa iaitu gunung tertinggi di Tasmania dan lihat satu spesies pokok bic yang berusia lebih daripada 60 juta tahun. Bersiar-siar bersebelahan sungai yang melata dan hutan hujan tumbuhan lama yang tebal di Enchanted Walk atau luangkan kebanyakan hari ini untuk mendaki ke kemuncak. Anda juga boleh meluangkan masa selama satu hingga lima jam di salah satu perjalanan yang popular termasuklah Mount Campbell, Hanson's Peak, Twisted Lakes, Lake Rodway, Lake Lilla dan Ballroom Forest.

South Cape Bay, Southwest National Park, TAS
Southwest National Park, TAS

3. Southwest National Park

Memandu dari Hobart dan lihat Scotts Peak Dam yang besar dan puncak Mount Anne yang tinggi, Mount Eliza dan Western Arthurs di pesisir Lake Pedder. Atau terbang merentasi 608,000 hektar taman di hutan hujan Gondwanan iaitu kawasan semak mendatar dan pokok pain Huon yang jarang ditemui semasa penerbangan untuk melihat pemandangan yang indah. Berjalan merentasi dinding Gordon Dam atau menakik turun gaungnya yang berperingkat. Lihat burung nuri dengan perut berwarna oren dari spesies yang terancam di sekitar Bathurst Harbour antara bulan Oktober dan Mac. Berjalan di celah-celah pokok yang dilitupi lumut dan kayu balak gergasi di Creepy Crawly Nature Trail yang dekat jaraknya. Atau luangkan waktu siang untuk menjejaki Lake Judd yang bulat serta dalam dan bertatah ais. Terokai beberapa muka bumi paling mencabar di Australia di Port Davey and South Coast Tracks yang memakan masa beberapa hari menuju ke pedalaman Melaleuca dan di sini anda perlu diambil dengan pesawat. Berkayak ke Recherche Bay dan di sini anda akan lihat taman Perancis abad ke-18 yang dikelilingi hutan tebal dan pantai putih yang terbentang luas.

Russell Falls, Mount Field National Park, TAS
Russell Falls, TAS

4. Mount Field National Park

Anda hanya perlu memandu selama sejam dari Hobart untuk melihat tiga peringkat Russell Falls, dan hutan pakis yang subur serta beberapa pokok tertinggi di dunia. Berjalan ke Lady Barron Falls melepasi Lake Dobson, dusun pokok pandani yang kelihatan seperti pokok palma dan hutan pokok gam paya yang tinggi di Lady Barron Falls Circuit. Mendaki lebih tinggi lagi menuju ke penara tanah tinggi dan tebing terjal Tarn Shelf dan di sini anda dapat melihat tasik yang terbentang luas dalam lembah di bawahnya. Pada bulan April dan Mei, cerun gunung disinari dedaun fagus berwarna emas, merah dan jingga iaitu satu-satunya pokok daun luruh musim sejuk di Australia. Dalam bulan musim sejuk iaitu bulan Jun hingga Ogos anda akan temui padang ski kecil untuk berski merentas desa di antara pokok gam salji dan pokok pain yang terbantut.

Franklin-Gordon Wild Rivers National Park
Franklin River, TAS

5. Franklin-Gordon Wild Rivers National Park

Belayar menyusuri Gordon River yang indah dari perkampungan nelayan pantai barat di Strahan. Atau memandu melepasi landskap yang dramatik di Lyell Highway yang berliku-liku. Sebaik sahaja tiba di sini anda boleh berakit di Franklin River yang deras arusnya melepasi lembah berhutan, gaung yang dalam dan gunung yang bertatah glasier. Ketika dalam perjalanan, ketahui cara penunjuk perasaan yang memperjuangkan persekitaran menyelamatkan alam semula jadi ini daripada dijadikan empangan untuk penjanaan hidro-elektrik. Dengan menaiki bot anda juga boleh menyusur Picton and Huon Rivers sehingga sampai ke Hobart. Ikut Donaghys Lookout Walk untuk mendapatkan pemandangan merentasi Franklin River atau puncak gunung. Atau berjalan di Frenchmans Cap Track yang mencabar dan memakan masa beberapa hari melepasi dataran rumput butang (buttongrass), lembah glasier dan hutan hujan pokok pain Huon purba dan pokok pain King Billy. Destinasi anda ialah Lake Tahune yang terletak di bawah puncak tinggi Frenchmans Cap iaitu tempat terdapatnya beberapa batu terdedah yang tertua di Australia.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut di laman web Tourism Tasmania.