Memandu di Australia

Great Ocean Road, Lorne, VIC.

Memandu di Australia

Selain daripada perjalanan sepanjang pantai dan pengembaraan kawasan pedalaman, perjalanan darat di Australia adalah antara cara terbaik untuk menghayati kawasan yang terbentang luas di Australia serta pemandangannya yang menakjubkan.

Memandu adalah antara cara yang terbaik untuk melihat Australia. Daripada perjalanan darat hinggalah percutian pandu sendiri dan pengembaraan pacuan empat roda, perjalanan darat Australia meliputi setiap jalan dan landskap.

Laluan Pelancongan Pacific Coast dari Sydney ke Cairns di kawasan pinggir laut timur serta Pemanduan Lautan Hindi dari Perth ke Geraldton di kawasan pinggir laut barat bermula sepanjang garis pantai Australia yang mempunyai pemandangan menakjubkan. Pandulah merentasi Lingkaran Australia Selatan dari Adelaide ke Barossa Valley dan Kangaroo Island. Atau berehatlah seketika dan berhenti di beberapa pantai selatan Australia di Pemanduan Pesisir Pantai Sydney ke Melbourne; kemudian ikut Great Ocean Road yang berpemandangan indah dari Melbourne ke Adelaide.

Mulakan pengembaraan pacuan empat roda di kawasan pedalaman Kimberley, Australia Barat di Gibb River Road yang terkenal, atau ikut jejak pemandu yang telah merintis jalan dari Adelaide ke Darwin di Explorers Highway. Lawati Red Centre Australia dan pandu di Red Centre Way dari Alice Springs menuju ke Uluṟu-Kata Tjuṯa National Park. Dari Darwin, ikut Nature's Way untuk ke Kakadu dan Litchfield National Parks.

Hayatilah keindahan Tasmania di laluan pemanduan East Coast Escape atau Circle Tasmania. Nikmati pemandangan pantai, desa dan alam sekitar yang menakjubkan.

Walaupun laluan pemanduan di Australia kebanyakannya mudah, anda tetap perlu bersedia untuk berpandu jarak yang jauh, mengikut peraturan jalan raya, laluan pacuan empat roda dan jalan kawasan pedalaman yang anda mungkin lalui. Pastikan anda melengkapkan diri anda untuk membuat perjalanan darat di Australia dengan panduan keselamatan jalan raya yang kami sediakan.

Laluan Pelancong Pinggir Pantai Pasifik, New South Wales

Jelajahi pantai yang berkilauan dan daerah pedalaman yang hijau di Central Coast, tempat penghasilan wain di Hunter Valley dan serokan Pelabuhan Stephens yang cantik.

Pelajari lebih lanjut

Laluan Pelancong Pinggir Pantai Pasifik, Queensland

Alami sebahagian daripada tarikan pinggir pantai terbesar Queensland- dari Terumbu Sawar Besar yang tersenarai sebagai Warisan Dunia ke pulau dan taman negara hutan hujan yang asli.

Pelajari lebih lanjut

Pemanduan Pinggir Pantai Sydney ke Melbourne

Berenang dari pantai yang memutih di Teluk Jervis, nikmati tiram segar di Pambula dan perhatikan ikan paus di Eden.

Pelajari lebih lanjut

Laluan Pelancongan Selatan yang Hebat

Laluan Pelancongan Selatan yang hebat mengubah suasana romantik perjalanan kepada kisah percintaan yang hebat.

Pelajari lebih lanjut

Dari Melbourne ke Adelaide melalui Great Ocean Road

Meluncur air di Pantai Bells, lihat Twelve Apostles, naiki kapal persiaran Coorong dan terokai Semenanjung Fleurieu dalam perjalanan yang mengagumkan di sepanjang pesisir pantai tenggara Australia. 

Pelajari lebih lanjut

Lingkaran Australia Selatan

Nikmati makanan dan wain yang baik di Lembah Barossa dan Lembah Clare, jelajahi Banjaran Flinders yang berceranggah dan temui banyak hidupan liar di Kanggaru Island.

Pelajari lebih lanjut

Lebuh Raya Penjelajah, Australia Selatan

Jejaki jejak perintis John McDouall Stuart apabila anda membuat perjalanan dari Adelaide ke Darwin dalam Lebuh Raya Penjelajah.

Pelajari lebih lanjut

Jalan Red Centre, Wilayah Utara

Berenang di Gaung Glen Helen dan lihat walabi batu di Simpsons Gap, kedua-duanya terdapat di Banjaran MacDonnell Barat.

Pelajari lebih lanjut

Jalan Semula Jadi, Wilayah Utara

Lalui Adelaide dan tanah lembap Mary River sehingga ke Taman Negara Kakadu yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia.

Pelajari lebih lanjut

Yang Indian Ocean Drive, Australia Barat

Jelajahi jaluran pantai putih bersih, terumbu karang, pekan nelayan yang damai, dan taman negara yang lasak dalam perjalanan hebat dan menakjubkan sepanjang Coral Coast (Pantai Karang), Australia Barat.

Pelajari lebih lanjut

Menyusuri Gibb River Road dan kawasan sekitarnya

Hadapi cabaran pengembaraan lasak pacuan empat roda yang terhebat di Australia dalam perjalanan 660-kilometer melalui Kimberley yang amat luas.

Pelajari lebih lanjut

Mengelilingi Tasmania

Alami sejarah banduan Hobart sebelum menuju ke Taman Negara Freycinet dan lengkungan sempurna Wineglass Bay.

Pelajari lebih lanjut

Mencari Kedamaian di Pantai Timur, Tasmania

Asyikkan diri anda dengan kecantikan pantai timur Tasmania semasa perjalanan penuh tarikan ini.

Pelajari lebih lanjut