Jadual perjalanan yang lebih panjang
Buat percutian Australia anda sendiri dengan idea jadual perjalanan mudah ini. Bermula dari setiap pintu masuk antarabangsa kami, segmen tiga minggu yang versatil ini memberikan idea kepada anda tentang berapa banyak anda dapat lihat dan buat walaupun dengan percutian dalam jangka masa yang pendek di Australia. Asingkan atau gabungkan idea ini supaya sepadan dengan jangka masa, tempat tiba dan senarai destinasi ‘mesti lihat’ anda. Melawat bandar, pantai dan hutan belantara berselang-seli atau gabungkan Red Centre dengan Daintree Rainforest dan Great Barrier Reef. Australia adalah negara yang luas tapi dengan perancangan anda dapat menjelajah pelbagai landskap dalam hanya beberapa minggu.
Melawat Sydney, Melbourne, Great Ocean Road dan Red Centre, Australia dalam jadual perjalanan yang penuh aksi ini.
Pelajari lebih lanjut
Dari Brisbane, anda boleh melawat Gold Coast, Fraser Island, Whitsundays dan Great Barrier Reef sebelum menaiki kapal terbang ke Sydney.
Pelajari lebih lanjut
Bermula dengan tarikan asli Australia Selatan yang mengagumkan, kemudian naik kereta api Ghan melalui Red Centre Australia ke Darwin.
Pelajari lebih lanjut
Gabungkan pulau, hutan hujan dan terumbu di North Queensland yang beriklim tropika dengan Uluru, Alice Spring dan Kings Canyon di Red Centre Australia.
Pelajari lebih lanjut
Gabungkan Melbourne, Hobart dan Adelaide dengan pantai, ladang anggur dan hutan belantara yang tersenarai dalam Warisan Dunia dalam pengembaraan melalui tenggara Australia.
Pelajari lebih lanjut
Jelajahi Margaret River, Ningaloo Reef, Broome dan malah Darwin serta Sydney dalam satu pengembaraan yang penuh aksi dari ibu kota yang terletak paling ke barat Australia.
Pelajari lebih lanjut
Dari Darwin yang beriklim tropika anda boleh mengembara melalui Red Centre, Australia ke Adelaide atau memandu di Savannah Way ke barat menuju Broome.
Pelajari lebih lanjut