Penerokaan Alam Semula Jadi
Anda akan mendekati alam semula jadi apabila anda mengembara di Australia. Di sini terdapat 550 taman negara dan 15 keajaiban yang tersenarai dalam Warisan Dunia. Jelajahi tanah lembap dan hidupan liar di Kakadu National Park yang tersenarai dalam Warisan Dunia dan Litchfield National Park semasa memandu di Natures Way dari Darwin. Ikut Great Alpine Way melalui Alp Australia dan tasik, pantai serta taman negara di Gippsland. Kelilingi Tasmania dan lihatlah pantai yang tenang, gunung merah jambu, dan laut yang biru kehijauan di timur dan hutan World Heritage yang tebal serta sungai deras di sebelah barat. Selami diri anda sepenuhnya dengan kecantikan semula jadi Australia dengan berjalan di denai kami yang banyak terdapat di sini.
Lalui Adelaide dan tanah lembap Mary River sehingga ke Taman Negara Kakadu yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia.
Pelajari lebih lanjut
Alami sejarah banduan Hobart sebelum menuju ke Taman Negara Freycinet dan lengkungan sempurna Wineglass Bay.
Pelajari lebih lanjut
Nikmati makanan dan wain yang baik di Lembah Barossa dan Lembah Clare, jelajahi Banjaran Flinders yang berceranggah dan temui banyak hidupan liar di Kanggaru Island.
Pelajari lebih lanjut
Rentasi tiga negeri, empat taman negara dan antara puncak tertinggi di Australia semasa berjalan mengikut laluan yang panjang dan mencabar ini.
Pelajari lebih lanjut
Mengembara berjalan kaki sepanjang perjalanan dari Tanjung Jervis di Semenanjung Fleurieu ke pekan pergunungan Parachilna melalui Denai Heysen sejauh 1,200 kilometer.
Pelajari lebih lanjut
Izinkan diri anda terpegun dengan pemandangan Blue Mountains dan sejarahnya yang berusia 200 tahun di atas laluan kuda asal tahun 1884 dari Katoomba ke Gua Jenolan.
Pelajari lebih lanjut
Alami pemanduan yang menyenangkan ke beberapa daripada 140 ladang anggur dan 33 pusat wain yang berselerak di kawasan desa di pinggiran luar Canberra.
Pelajari lebih lanjut
Mulakan perjalanan dari Melbourne melalui Alps Australia ke tasik, pantai dan taman negara Gippsland.
Pelajari lebih lanjut
Asyikkan diri anda dengan kecantikan pantai timur Tasmania semasa perjalanan penuh tarikan ini.
Pelajari lebih lanjut
Buat perjalanan melintasi tengah hutan yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia di Tasmania, di laluan sejauh 65 kilometer yang terkenal ini dari Cradle Mountain ke Lake St Clair.
Pelajari lebih lanjut
Berjalan melalui hutan hujan Gondwanan dan di sepanjang lingkaran gunung berapi kuno yang telah terhakis pada siri jalan-jalan siang hari yang luar biasa ini.
Pelajari lebih lanjut
Jelajahi kawasan perlindungan semulajadi Wilsons Promontory melalui mana-mana jejak berjalan yang ditanda dengan baik.
Pelajari lebih lanjut
Perjalanan 4 hari dengan kenderaanKembali ke zaman silam di perkampungan kolonial yang aneh namun menarik seperti Berrima dan Braidwood dan terokai taman yang indah, galeri seni dan kedai barangan antik dan Moss Vale di Tanah Tinggi Selatan. Perjalanan 4 hari dengan kenderaan
Pelajari lebih lanjut
Terokai hutan hujan yang tersenarai sebagai Warisan Dunia, taman negara, pergunungan dan pekan nan damai dengan memandu kenderaan melalui kawasan dengan pemandangan indah di kawasan pedalaman Gold Coast dan Byron Bay.
Pelajari lebih lanjut