Berjalan di Australia

Berjalan di Australia

Regangkan kaki anda dan luaskan jiwa anda semasa berjalan di denai epik di Australia.  Berjalan pada siang hari dalam perjalanan mengikut bahagian-bahagian jarak dekat atau berjalan dari satu hujung ke hujung lain yang mengambil masa berminggu-minggu malah berbulan-bulan untuk menghabiskannya.  Merentasi hutan belantara Tasmania yang tersenarai dalam Warisan Dunia melalui Overland Track atau ikut Larapinta Trail melintasi West MacDonnell Ranges di Northern Territory.  Berjalan di Heysen Trail di South Australia yang dibahagikan kepada bahagian-bahagian perjalanan jarak dekat dan terbentang dari Fleurieu Peninsula hingga ke Flinders Ranges.  Luangkan masa tiga hari di Blue Mountain yang tersenarai dalam Warisan Dunia atau berjalan melalui hutan hujan Gondwanan di Gold Coast.  Berjalan pada waktu siang melalui Wilsons Promontory di Victoria atau selami keindahan hujung barat daya Western Australia melalui Bibbulmun Track.

Laluan Darat, Tasmania

Buat perjalanan melintasi tengah hutan yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia di Tasmania, di laluan sejauh 65 kilometer yang terkenal ini dari Cradle Mountain ke Lake St Clair.

Pelajari lebih lanjut

Laluan Hebat Di Kawasan Pedalaman Gold Coast

Berjalan melalui hutan hujan Gondwanan dan di sepanjang lingkaran gunung berapi kuno yang telah terhakis pada siri jalan-jalan siang hari yang luar biasa ini.

Pelajari lebih lanjut

Laluan Larapinta, Wilayah Utara

Lakukan treking sepanjang tulang belakang Banjaran MacDonnell Barat untuk ke tempat menarik seperti Simpsons Gap, Ellery Creek Big Hole, Ormiston Gorge dan Glen Helen Gorge.

Pelajari lebih lanjut

Six Foot Track, New South Wales

Izinkan diri anda terpegun dengan pemandangan Blue Mountains dan sejarahnya yang berusia 200 tahun di atas laluan kuda asal tahun 1884 dari Katoomba ke Gua Jenolan.

Pelajari lebih lanjut

Kanangra ke Katoomba Walk, New South Wales

Daki empat puncak gunung dan turuni secara dramatik dalam pengembaraan jalan kaki melalui Kanangra-Boyd dan taman negara Blue Mountains.

Pelajari lebih lanjut

Laluan Thorsborne Trail – Pulau Hinchinbrook

Selami syurga tropika yang masih terpelihara di Pulau Hinchinbrook– taman negara pulau yang terbesar di Australia – di atas laluan sejauh 32km Thorsborne Trail.

Pelajari lebih lanjut

Laluan Jalan Kaki Australian Alps, Victoria, New South Wales, Wilayah Ibu Kota Australia

Rentasi tiga negeri, empat taman negara dan antara puncak tertinggi di Australia semasa berjalan mengikut laluan yang panjang dan mencabar ini.

Pelajari lebih lanjut

Denai Heysen, Australia Selatan

Mengembara berjalan kaki sepanjang perjalanan dari Tanjung Jervis di Semenanjung Fleurieu ke pekan pergunungan Parachilna melalui Denai Heysen sejauh 1,200 kilometer.

Pelajari lebih lanjut

Wilsons Promontory, Victoria

Jelajahi kawasan perlindungan semulajadi Wilsons Promontory melalui mana-mana jejak berjalan yang ditanda dengan baik.

Pelajari lebih lanjut

Laluan Bibbulmun, Australia Barat

Ketahui hutan yang menjulang, tanah ladang yang aman dan pantai liar di sepanjang laluan jarak jauh ini merentasi kawasan barat daya Australia.

Pelajari lebih lanjut

Sydney's Great Coastal Walk - Barrenjoey to Royal National Park

Susuri keseluruhan jalur pantai Sydney yang amat indah - dari Barrenjoy di utara ke Cronulla di selatan – dalam pengembaraan seminggu yang unik ini.

Pelajari lebih lanjut