Tiga hari hebat di Canberra

Tiga hari hebat di Canberra

Ambil kursus singkat tentang sejarah dan budaya Australia di Canberra yang merupakan pusat pentadbiran dan politik Australia.  Tugu kebangsaan dan galeri bagi bandar yang terancang dan luas ini kesemuanya terletak dekat antara satu sama lain jadi anda boleh berjalan kaki di jalan yang bercabang keluar dari pesisiran Lake Burley Griffin.   Tinjau politik Australia yang lampau dan budaya kreatifnya sambil anda mengelilingi tasik dan lihatlah sendiri tumbuhan aslinya dalam taman dan tanah belukar.  Berbincang tentang penemuan Australia anda semasa makan malam di Dickson, Civic, Manuka atau Kingston.  Kemudian semaikan rasa cinta anda terhadap alam semula jadi di Namadgi National Park dan anda boleh berjalan, berbasikal, menunggang kuda, memanjat batuan dan mengikuti jejak sejarah Orang asli dan Eropah yang mempesonakan.

Lake Burley Griffin, ACT
Lake Burley Griffin, ACT

Hari 1: Tarikan-tarikan di Capital

Bersarapan di Lake Burley Griffin sambil melihat orang berjoging dan berbasikal, melihat perahu layar dan pasukan bot naga yang begitu tekad.  Tasik buatan manusia yang besar ini terletak di tengah-tengah Canberra dan dikelilingi oleh banyak tarikan negara.  Dengarlah cerita tentang Canberra di National Capital Exhibition, dengar bunyi 55 loceng gangsa di National Carillon di Aspen Island dan kunjungi War Memorial.  Pergi ke Parliamentary Triangle untuk menjelajah Parliament House dan Old Parliament House di Capital Hill.  Ketahui tentang kelahiran sistem politik Australia dan kunjungi galeri awam untuk menonton ahli politik Australia membahaskan isu-isu di Question Time.  Lihat orang Australia yang terkenal dilukis di atas kanvas di National Portrait Gallery atau kaji dokumen sejarah di National Library of Australia atau lihat perlembagaan pertama Australia di  National Archive yang berdekatan.  Lengkapkan keasyikan anda tentang kebudayaan Australia dengan pertunjukan di Theatre Centre Canberra di Civic.

National Gallery of Australia, ACT
National Gallery of Australia, ACT

Hari 2: Peneroka, seni dan sains ganjil

Memandu ke Australian National Botanic Garden, di sini lorong utama berliku-liku merentasi galur hutan hujan Tasmania dan pelbagai tumbuhan asli.   Daki Telstra Tower yang terletak di Black Mountain untuk minum kopi dan untuk mendapat pemadangan meluas tugu peringatan Canberra dan jalan-jalan yang terancang.  Ikut denai merentasi belukar dan melepasi tumbuh-tumbuhan asli dan haiwan serta bunga liar yang cantik pada musim bunga dan awal musim panas.  Selepas anda turun, tinjau kehidupan peneroka  abad ke 19 di Blundells Cottage dan lihat pameran di National Museum of Australia.  Menyeberangi tasik ke Questacon yang merupakan tempat kegemaran orang berkeluarga.   Alami gunung berapi, sertai jatuh bebas secara maya setinggi enam meter atau petik hap dengan pancaran cahaya.  Apabila anda stabil semula, lihat koleksi seni terbaik negara Australia di National Gallery of Australia.  Pada sebelah petang, nikmati makan malam eksklusif di Civic, Kingston, Manuka atau Griffith.

Namadgi National Park, ACT
Namadgi National Park, ACT

Hari 3: Namadgi National Park

Memandu ke Namadgi National Park untuk meredah belukar dan melakukan pengembaraan luar di Alp Australian seharian.  Jelajah hutan snow gum dan alpine ash di trek perjalanan Square Rock atau mendaki sebentar ke Booroomba Rock untuk melihat pemandangan yang indah. Untuk pulang ke pangkuan alam semula jadi yang sebenar, pergi ke hutan belantara Bimberi yang bercabang melalui jalan Mt Franklin Road. Cuba cari kanggaru,wallaby, crimson rosella dan katak corroboree utara di antara galur basah dan hutan jarang.   Kunjungi rumah ladang Eropah awal di Orroral Valley atau jejaki cerita orang Ngunnawal yang tinggal di sini beribu-ribu tahun dahulu.   Tapak perkhemahan Orang asli, istiadat susun batu dan seni batu bertaburan merentasi taman ini di lebih kurang 400 tempat.  Berbasikal dengan basikal lasak (mountain bike) mengikut rintis kebakaran, menunggang kuda melalui National Bicentennial Trail atau mendaki batuan dan menakik turun singkapan granit yang berceracak.  Memancing di anak sungai gunung pada musim panas dan berski merentas desa di cerun pada musim sejuk.  Bermalam atau pulang ke Canberra untuk lebih selesa.

Canberra

Canberra

Berapa lama saya perlukan:
1 hari.

Waktu terbaik untuk pergi :
Canberra merupakan tempat yang boleh dilawati sepanjang tahun tetapi Musim Bunga dan Musim Luruh khususnya amat cantik.

 

Idea Australia selanjutnya