Laluan Jalan Kaki Australian Alps, Victoria, New South Wales, Wilayah Ibu Kota Australia

Laluan Jalan Kaki Australian Alps, Victoria, New South Wales, Wilayah Ibu Kota Australia

650km/sehingga 50 hari dan berjalan berhari-hari.

Rentasi tiga negeri, empat taman negara dan antara puncak tertinggi di Australia semasa berjalan mengikut laluan yang panjang dan mencabar ini. Jejak ini mengikut rabung Alps Australia untuk 650 kilometer, dari Walhalla di Victoria ke Tharwa di selatan Canberra. Jelajahi Baw Baw Plateau, Mt Howitt, Bogong High Plains dan Cobberras di Victoria. Rentasi gunung yang berceranggah di Taman Negara Kosciuszko di New South Wales dan tanah gersang Taman Negara Namadgi berdekatan Canberra. Dirikan khemah di kawasan liar, tinggal di kawasan perkhemahan, pondok bersejarah atau di tempat peranginan alp berhampiran kepada laluan. Ambil trek siang atau gabungkan bahagian jejak yang lebih pendek dan mudah diuruskan. Perjalanan dari mula ke akhir mengambil 50 ke 60 hari dan hanya untuk pengembara yang berani.

Mount Hotham, VIC
Mount Hotham, VIC

Bahagian 1:Walhalla ke Mount Hotham

Laluan bermula (atau habis) di bandar perlombongan emas yang lama, Walhalla di Taman Negara Baw Baw. Dari sini, anda boleh memilih dari banyak dakian harian dan beberapa hari merentasi hutan tebal, hutan berkayu diliputi salji dan kawasan semak heath alp. Daki 1,100 meter ke puncak Mt Erica, sambil memerhatikan kumpulan tumbuhan berubah dengan altitud. Terdapat pokok ash yang hebat dan tinggi di kawasan rendah, paku pakis gajah dan pokok bic myrtle rapat bersama seolah berbicara, dan kemudian hutan pokok gam salji dan kawasan belukar alp di atas Baw Baw Plateau. Untuk pendakian yang betul-betul mencabar, anda boleh mencuba pendakian empat hari dari Mt Howitt melalui kawasan Razor Viking ke Viking Saddle. Nama-nama ini menceritakan sejarah muka bumi ini: Mt Buggery, Mt Despair, Horrible Gap dan Terrible Hollow. Jangan mencuba jejak ini tanpa persediaan yang rapi. Sumber air amat kurang dan selepas Mt Despair, laluan tidak bertanda. Pendakian yang lebih senang membawa anda dari Macalister Springs ke Mount Howitt untuk pemandangan panoramik merentasi Mount Buller, Stirling and Buffalo, Razor dan Viking serta puncak Bogong High Plains.

Threadbo, NSW
Threadbo, NSW

Bahagian 2: Mount Hotham ke Thredbo

Ketatkan tali kasut untuk banjaran gunung tertinggi Victoria di Bogong High Plains. Ikuti jejak bushman yang lepas melalui perjalanan warisan setengah hari ke Wallace dan Cope Huts. Pengembala lembu membina Wallace Hut pada 1889, dan ia merupakan yang tertua di atas dataran tinggi ini. Mengembara dari Hotham ke Mount Feathertop, berjalan di atas aras pokok di atas Razorback Ridge yang dramatik. Atau ambil pendakian semula ke atas cerun berbahaya Mount Bogong – gunung tertinggi Victoria – merentasi Mountain Creek. Mendaki melalui hutan pokok gam peppermint, berehat di Bivouac Hut, dan kemudian bawa diri anda melalui pokok gam salji dan belukar alp di atas dataran puncak. Menjelajah lagi, bandar Omeo yang cantik juga satu destinasi popular untuk memulakan perjalanan merentasi semak di sepanjang laluan. Mendaki ke puncak berbatu granit Mount Wills melepasi pokok gam salji dan hamparan wangi herba pada laluan bulatan sepanjang 6 km. Ikuti Harrington’s Track yang bersejarah untuk 20km sepanjang Murray River dari Tom Groggin ke Bunroy Station. Merayau mengikut laluan semak ke tempat peranginan pergunungan Glen Wills, yang dahulunya sebuah bandar perlombongan emas yang berkembang pesat. Lihat Pioneer Mine yang merupakan lombong emas potongan terbuka yang terbesar negeri di antara 1859 dan 1913. Atau bersiar sepanjang laluan pendek dari Taylor’s Crossing sepanjang tebing Mitta Mitta River yang redup.

Namadgi National Park, ACT
Namadgi National Park, ACT

Bahagian 3: Thredbo ke Canberra

Bahagian ini meliputi gunung gersang yang menjulang tinggi di Banjaran Utama, Taman Negara Kosciuszko. Ini termasuk Mount Kosciuszko pada ketinggian 2,228 meter yang merupakan puncak tertinggi di Australia. Mendaki ke puncak Charlotte Pass, sambil menikmati pandangan tasik glasier, bunga liar yang hebat dan pemandangan mewah lembah dan banjaran di bawah. Anda akan melintasi pokok alp yang jarang dan kepelbagaian hidupan liar yang hebat. Berhenti di pelana antara Carruthers Peak dan Mt Twynam, sambil merenung merentasi rabung berhutan ke Mt Sentinel dan Watsons Crags yang jauh. Bergerak ke utara, berdekatan dengan penempatan perlombongan emas yang lama di Kiandra, anda boleh selami diri dalam sejarah sepanjang Kiandra Heritage Trail dan Gold Seekers Track. Atau ambil laluan senang dengan pemandangan hebat sepanjang 10km dari mula ke akhir ke Four Mile Hut. Di utara Kiandra, jejak membawa anda merentasi Gurrangorambla Range ke Cooleman Plain yang dipenuhi gua. Lihat Blue Waterholes dan air terjun dramatik di sepanjang Cave Creek. Satu lagi tempat permulaan yang popular untuk perjalanan harian dan semalaman ialah titik paling utara laluan di Taman Negara Namadgi. Mendaki 4km ke Mount Tennent untuk pemandangan Canberra di utara, Brindabellas ke barat dan Alps di selatan. Dari sini ialah trek 9km ke kawasan letak kereta Booroomba Rocks atau 4km ke kawasan perkhemahan Honeysuckle. Jika anda melintasi Mt Tennent dari arah selatan, cuma ingat bahawa perjalanan turun adalah panjang dan memenatkan.

Laluan Jalan Kaki Australian Alps

Laluan Jalan Kaki Australian Alps

Masa terbaik untuk berjalan :
Dari November ke April apabila hari lebih panas dan panjang. 

Bandar raya utama terdekat :
Melbourne, Canberra dan Sydney

Ketahui lebih lanjut :
Untuk bersedia untuk perjalanan ini, lawati
Taman Negara Australian Alps

 

Idea Australia selanjutnya