Jejak Pemburu Haram, Wilayah Ibu Kota Australia

Jejak Pemburu Haram

Canberra – Murrumbateman – Yass – Canberra
Perjalanan 3 hari dengan kenderaan

Alami pemanduan yang menyenangkan ke beberapa daripada 140 ladang anggur dan 33 pusat wain yang berselerak di kawasan desa di pinggiran luar Canberra. Padankan wain berkualiti dan hidangan makanan di pusat wain Fall dan Murrumbateman dan beli seni buatan tangan, barangan kaca dan tembikar dari galeri di Lembah Yass. Terokai gua di Wee Jasper Valley atau memancing dari Lake Burrinjuck atau Goodradigbee River. Makan malam di Gunning atau di Gundaroo, kampung kurun ke-19, di mana orang kampung masih melepaskan lembu untuk meragut rumput di tempat umum dalam pekan. Di penghujung hari, rehatkan kepala anda di tempat bermalam dan sarapan butik, rumah ladang bersejarah atau tempat berehat gaya desa yang mewah. Nikmati makanan dan wain yang hebat, seni dan pertukangan tempatan serta pemandangan yang mengagumkan dalam pemanduan desa dari Canberra yang klasik ini.

Murrumbateman, NSW
Murrumbateman, NSW

Hari 1 – Canberra ke Murrumbateman

Nikmati sarapan pagi di Queanbeyan, atau jika ia adalah hari Ahad, di Pasar Depot Bas Lama Canberra. Kemudian hala turun ke Lebuh Raya Barton ke Hall, yang tersohor dengan kawasan desa yang indah dan lawati mana-mana dari tiga pusat wain yang pernah memenangi anugerah. Pada hari Ahad pertama setiap bulan, anda boleh melihat-lihat satu daripada pasar terbesar Australia untuk barangan buatan tangan dan tanaman sendiri. Terokai galeri dan kedai hadiah berhampiran Gold Creek Village sebelum memandu ke Murrumbateman. Kampung yang meriah ini berkembang di sekitar lombong emas, kemudian bulu biri-biri dan sekarang menjadi pusat untuk banyak pusat wain beriklim sejuk. Singgah sebentar untuk merasa kepelbagaian campuran mereka, dari sangiovese ke riesling, chardonnay ke shiraz. Sekiranya anda berada di sini pada hujung minggu sepanjang bulan Oktober, pusat wain yang mengambil bahagian akan memadankan buah anggur anda dengan hidangan makanan yang enak di Pesta Bergerak Murrumbateman. Jika tidak, makan di restoran ladang anggur, pub desa atau di beranda tempat bermalam dan sarapan, kotej atau rumah ladang tempat penginapan anda. Anda boleh padankan pintu bilik wain bawah tanah anda dengan pemandangan banjaran bukit dan kanggaru penghuni.

Yass, NSW
Yass, NSW

Hari 2 – Murrumbateman ke Yass

Beli barangan antik dan barangan rumah gaya desa sebelum memandu ke Yass yang bersejarah.
Rumah untuk Hamilton Hume, seorang penjelajah dan juga untuk bulu biri-biri merino yang sangat halus. Lawati rumah Hume Kotej Cooma, yang sekarang dijadikan muzium Amanah Nasional. Kemudian ziarah kubur beliau di bahagian Gereja England tanah perkuburan Yass. Malah anda boleh menjejaki sebahagian daripada ekspedisi 1824 beliau ke Port Philip dan William Hovell. Anda akan perlukan stamina anda untuk lakukan semuanya – ia menjangkau lebih 440 kilometer ke Albury! Terokai perkampungan yang menawan, galeri seni dan pusat wain beriklim sejuk Yass Valley. Lawati kilang meniup kaca di Binalong, di mana Banjo Paterson, seorang penyajak Australia pernah tinggal suatu masa dahulu, dan galeri eklektik Bowning. Lawati Gua Carey di Wee Jasper Valley di bawah Banjaran Brindabella atau memandu ke Empangan Burrinjuck untuk berkelah. Berenang, memancing, berkanu dan naik bot di Lake Burrinjuck dan Goodradigbee River atau berkhemah dan meredah belukar di sekitarnya.

Gundaroo, NSW
Gundaroo, NSW

Hari 3 – Yass ke Canberra

Dari Yass, ikut Lebuh Raya Hume ke Gunning di tengah-tengah salah satu kawasan penumbuhan bulu biri-biri terkaya di dunia. Pandu di lingkaran Jalan Old South melewati bangunan batu biru 1820an dan berjalan atau berbasikal di Jambatan Ingleburn merentasi Lachlan River. Lihat pam lama yang mengepam air dari sungai ke tangki untuk enjin wap dan Bangunan Mahkamah yang dibina pada tahun 1879. Dalam perjalanan pulang ke Canberra, pandu melalui pekan kecil Collector dan pekan Sutton yang cantik di bahagian hulu Swan River. Singgah untuk makan di Gundaroo, kampung aneh namun menarik kurun ke-19, di mana orang kampung masih melepaskan lembu untuk meragut rumput di tempat umum dalam pekan. Lawati penjara polis tahun 1830an dan melihat-lihat harta karun barangan seni, antik dan yang jarang dijumpai. Nikmati perkelahan yang menyenangkan di tepi Yass River atau makan di restoran yang pernah memenangi anugerah di bandar. Jika anda mempunyai masa untuk menikmati lebih wain, hala keluar ke pusat wain Lake George yang indah. Rasai dan nikmati cahaya pengembaraan gourmet anda sambil anda menuju pulang ke Canberra.

Jejak Pemburu Haram

Jejak Pemburu Haram

 

Idea Australia selanjutnya