BESAR Pacific Coast Touring Route

BESAR Pacific Coast Touring Route

Perjalanan 14 hari berkenderaan

Australia ialah sebuah negara besar yang amat menggemari ‘Benda Besar-Besar’ – arca teramat besar untuk memperingati segala-galanya, dari udang hinggalah ke nanas serta haiwan asal dan Ned Kelly. Anda akan menemuinya di sepanjang Pacific Coast Touring Route yang amat indah pemandangannya yang mengunjur dari Sydney ke Cairns. Terokai Hunter Valley, Byron Bay, Gold Coast yang berkilauan dan lihatlah keajaiban Pulau Fraser dan Terumbu Sawar Besar yang tersenarai sebagai Warisan Dunia. Berhenti untuk mengambil gambar Big Banana, but getah gergasi, burung undan raksasa dan berbagai-bagai monumen yang besar-besar belaka di sepanjang perjalanan. Tidak kira sama ada anda menganggapnya sebagai hasil seni di lebuh raya atau cuma satu jenaka, Benda Besar-besar ini berbaloi dicari di sepanjang perjalanan berkenderaan yang amat mempesona ini.

Sydney ke Pantai Tengah
Sydney ke Pantai Tengah

Hari 1 - Sydney ke Pantai Tengah

Tinggalkan pinggir bandar utara Sydney yang menghijau untuk menuju ke Pantai Tengah yang dikurniai pantai yang indah. Nisbah individu kepada ruang berpasir di sini amatlah kecil. Kunjungi Woy Woy dan Pantai Ettalong yang mesra keluarga, kedua-duanya gerbang ke taman negara Bouddi dan Brisbane Water. Susuri laluan meredah belukar dan lihat seni batu Orang Asli. Lebih jauh ke utara, anda akan menemui Pantai Avoca dan Terrigal, syurga luncur air yang aman damai , di mana anda boleh cuba memancing dari tepi pantai atau menerokai suasana santapan yang semakin berkembang di sini. Bertukar suasana untuk berkaki ayam di pantai berpasir Bateau Bay atau Towoon Bay yang terpencil, dipinggiri kawasan pedalaman yang kaya dengan hidupan liar. Kedua-dua teluk ini hampir dengan bandar The Entrance yang sibuk. Lakukan aktiviti ski-air di Tasik Tuggerah Lake, di belakang pekan, atau meluncur air, berenang dan memancing dari pantai lautan. Apabila anda telah selesai menjelajah, anda boleh bermalam di mana-mana pekan Central Coast. Terdapat pelbagai jenis penginapan di sini, dari hotel dan rumah mewah hinggalah ke perkhidmatan menginap dan sarapan, tapak perkhemahan dan taman karavan.

Central Coast ke Hunter Valley
Central Coast ke Hunter Valley

Hari 2 - Central Coast ke Hunter Valley

Memandu melalui Newcastle, sambil berhenti untuk melihat Big Mosquito (‘mozzie’ jika anda bertutur dalam slanga Australia) di Old Maitland Road. Meluncur di Pantai Nobby, berenang di Pantai Bar, meluncur gantung di Dixon Park atau menyelam skuba di pelbagai bangkai kapal berhampiran Pelabuhan Newcastle. Dapatkan makanan atau minuman berkafein di sepanjang Queens Wharf sebelum menuju ke Hunter Valley. Terdapat sekitar 120 kilang wain di sini dan anda akan tahu bahawa anda berada di tempat yang betul apabila anda melihat botol wain gergasi di Pokolbin. Lehernya membentuk serombong untuk api terbuka yang terdapat di dalam botol tersebut. Beli terus daripada tempat simpanan wain di bukit-bukau Lovedale dan rasai wain buatan tangan di Broke, desa yang damai. Jika anda sukakan kembara lasak, cuba terjun udara tandem, meredah belukar di Taman Negara Yengo atau terapung di atas ladang anggur dalam belon udara panas. Bermalam di rumah tamu butik di Lovedale, Cessnock atau pekan bersejarah Wollombi.

Hunter Valley ke Port Stephens
Hunter Valley ke Port Stephens

Hari 3 – Hunter Valley ke Port Stephens

Melencong ke pedalaman untuk melihat jam matahari terbesar di dunia, di Singleton, dan Big Blue Heeler di Muswellbrook. Atau tuju ke utara untuk ke Port Stephens, sebuah syurga percutian dengan 26 pantai dan semenanjung bergunung-ganang dipinggiri hutan hujan. Memandu ke Rumah Api Nelson Head atau berjalan ke puncak Tomaree Headland di Taman Negara Tomaree. Kedua-dua tempat ini menawarkan panorama indah dari atas teluk. Sertai pelayaran mencari ikan lumba-lumba dari Nelson Bay atau bersnorkel dengan ikan yang berwarna-warni dan cergas di Fly Point. Tunggangi motosikal beroda empat atau naiki  pacuan empat roda melalui gomok pasir yang luas di Pantai Stockton atau naiki feri ke Tea Gardens. Tidak jauh dari sini, anda akan mendapati pantai pinggir lautan yang indah dan tempat memancing paling popular, iaitu Sungai Myall. Bermalam di Anna atau Fingal Bay yang damai atau nikmati santai gaya pusat peranginan yang terletak hanya beberapa minit dari Nelson Bay Marina.

Port Stephen ke Pelabuhan Coffs
Port Stephen ke Pelabuhan Coffs

Hari 4 – Port Stephen ke Pelabuhan Coffs

Dari Port Stephens, ia merupakan lencongan yang jauh ke pedalaman, namun berbaloi untuk menuju ke Taman Negara Barrington Tops – belantara hutan hujan tropika dan puncak gunung berapi mati yang tersenarai sebagai Warisan Dunia. Berkanu di sungai yang masih murni, tunggang kuda melalui laluan pergunungan, kaji unggas dan meredah belukar. Bahkan anda boleh melanjutkan percutian anda dengan bermalam di rumah persinggahan spa atau kabin terpencil. Ataupun, teruskan perjalanan di  lebuh raya dan nikmati beberapa lencongan jalur pantai yang indah. Memancing atau menyelam skuba dari Seal Rocks, nikmati pantai di Forster dan kunjungi Air Terjun Ellenborough yang dramatik dekat Taree. Lihat Kapak Besar atau Big Axe yang kelihatan garang di Kew dan tunggang unta di sepanjang Pantai Lighthouse di Port Macquarie. Menyelam, snokel atau memancing di laut dalam dari South West Rocks dan bersantai di pantai-pantai putih Nambucca Heads yang tenang. Memandu ke Pelabuhan Coffs dan anda pasti akan nampak The Big Banana – yang mampu menghentikan lalu lintas sejak 1964. Bandar tepi pantai yang indah ini juga menempatkan Big Slurpee (minuman berais).

Pelabuhan Coffs ke Teluk Byron
Pelabuhan Coffs ke Teluk Byron

Hari 5 – Pelabuhan Coffs ke Teluk Byron

Bersarapan di pantai sebelum meneroka taman pelbagai aktiviti penuh cabaran yang terdapat di Pantai Coffs. Berkayak melalui Taman Negara Bongil Bongil atau berakit air tawar di Taman Negara Nymboida. Memancing atau menyelam skuba di Taman Marin Pulau Solitary. Ataupun melencong ke barat daya menuju ke ke kampung hipi yang subur menghijau yang dipanggil Bellingen, dan berjalan melalui air terjun dan hutan hujan Gondwanan di Taman Negara Dorrigo. Jauh sedikit ke utara, singgah di pekan luar bandar Grafton yang menawan untuk minum kopi , belayar bersebelahan ikan  lumba-lumbadi Sungai Clarence dan naiki kereta api wap warisan merentasi gunung di Glenreagh. Kemudian, sertai semula Lebuh Raya Pasifik dan menghala melalui pekan Ballina yang sibuk, yang mempunyai arca Big Prawn untuk mempromosi makanan lautnya yang segar.  Alamiombak besar di Lennox Head atau belayar menyusuri Sungai Richmond sebelum menghala ke Byron Bay menjelang senja.

Teluk Byron ke Gold Coast
Teluk Byron ke Gold Coast

Hari 6 – Teluk Byron ke Gold Coast

Jangan ketinggalan untuk bersiar-siar di sepanjang Cape Byron ke rumah api Byron Bay di tempat paling timur di Australia. Menyaksikan mentari terbit merupakan sesuatu yang ajaib jika anda mampu bangun cukup awal. Tinjau paus kelasa meluncur pergi antara bulan Mei dengan November. Syurga tepi pantai bohemia ini adalah tempat untuk berenang dengan ikan lumba-lumba, belajar meluncur air, beryoga di pantai atau luncur gantung di atas rumah api. Beli pelbagai hasil daripada pasar organik, saksikan suasana makan dengan kesedaran ekologi atau cari ketenangan jiwa di tempat istirehat hutan hujan. Memandu berlatarkan pemandangan indah selama 90minit dari sini ke Gold Coast, di mana benda yang besar-besar bukan hanya terdapat di pantai, bangunan dan taman tema sahaja. Lihat Bola Golf Besar di Broadbeach, gitar Hard Rock Café besar di Surfers Paradise dan Pai Besar di Yatala. Bermalam di bangunan tinggi di pantai Surfers Paradise atau tempat istirehat pedalaman.

Gold Coast ke Brisbane
Gold Coast ke Brisbane

Hari 7 - Gold Coast ke Brisbane

Habiskan masa sepanjang hari dengan bersantai di pantai, membeli-belah dan nikmati tenaga yang tidak mampu disekat di Gold Coast. Luncuri gelombang hebat di Pantai Broadbeach, Kirra dan Main. Atau berbaring di atas pasir keemasan di Surfers Paradise dan kemudian anda boleh melawat kedai, kafe dan restoran di Cavill Avenue yang ceria. Bersnorkel atau menyelam di celah-celah bangkai kapal Scottish Prince di luar pesisir Pantai Main atau jelajahi terumbu tiruan yang tidak jauh dari Narrow Neck. Di kawasan pedalaman terdapat taman-taman negara yang tersenarai sebagai Warisan Dunia: Gunung Tamborine, Springbrook dan Lamington. Untuk merasai keseronokan taman tema, berenang bersama  ikan lumba-lumba di Sea World, tonton wayang yang dibuat di Movie World dan bertahan mengharungi gelombang pasang surut yang besar di Dreamworld. Sebaik sahaja anda selesai menikmati kesemua itu, lakukan perjalanan sejam berkereta ke Brisbane yang berhawa sub tropika. Lihat Klip Kertas Besar di West End Brisbane atau pandu ke barat untuk ke Lockyear Valley untuk bergambar dengan Gajah Merah Besar.

Brisbane ke Pulau Fraser
Brisbane ke Pulau Fraser

Hari 8 – Brisbane ke Pulau Fraser

Menuju ke lebuh raya dan menghala ke utara ke Sunshine Coast, tempat yang popular untuk Benda yang Besar-besar. Lihat Mesin Potong Rumput Besar Beerwah dan Nanas Besar setinggi 16 meter di ladang nanas Woombye. Berhenti seketika untuk melihat kacang Makadamia Besar atau tunduk hormat melihat Lembu Besar di Yandina. Lalui Noosaville, di mana Burung Undan Besar duduk dengan tenang di sebelah Sungai Noosa. Bandingkan Sosej Besar Mooloolaba dengan Si Kontot Besar di Noosa, sebuah pekan peranginan yang terkenal dengan butik, bistro dan  pangsapuripinggir pantainya yang bergaya. Lihat Ned Kelly gergasi di Maryborough, bandar wilayah Queensland tertua sebelum tiba ke pekan menonton paus Hervey Bay. Ke utara Pantai Rainbow, bot menuju ke Pulau Fraser yang tersenarai sebagai Warisan Dunia, yang merupakan pulau pasir terbesar di dunia. Sewa kenderaan  pacuan empat roda atau sertai pelancongan untuk melihat tasik pedalaman, hutan hujan yang subur dan pembentukan pasir berwarna-warni. Lanjutkan kunjungan anda beberapa malam lagi di tempat peranginan, kabin atau berkhemah di tepi pantai.

Pulau Fraser ke Bundaberg
Pulau Fraser ke Bundaberg

Hari 9 – Pulau Fraser ke Bundaberg

Menyeberang balik ke tanah besar dan teruskan perjalanan anda ke Bundaberg, kota bandar tebu bersejarah dan pintu masuk ke bahagian selatan Terumbu Sawar Besar (Great Barrier Reef). Botol Rum besar berdiri megah di luar bandar kilang penyulingan terkenal, manakala Tong Besar atau Big Barrel, di samping menjadi tarikan umum, turut menjadi pusat pengunjung interpretatif. Bersiar-siar melewati bangunan kolonial mewah dan belayar menyusuri Sungai Burnett. Cuma 15 minit dari sini, terletak Pantai Mon Repos, yang menempatkan populasi besar penyu laut loggerhead di Pasifik Selatan. Anda boleh melihat haiwan ini bersarang dan menetas antara bulan November dan Februari. Di luar pesisir, pulau Lady Musgrave dan Lady Elliot merupakan lokasi yang hebat untuk bersnorkel dan menyelam. Terumbu karang dan kai melindungi ikan berwarna-warni, penyu, kepah gergasi, tapak sulaiman, karang, anemone, belut, span,  ikan lumba-lumbadan populasi besar pari kola. Berenang atau memancing di Elliot Heads, menyelam di Coral Cove dan Innes Park atau tinjau kanggaru di Woodgate Beach.

Bundaberg ke Rockhampton
Bundaberg ke Rockhampton

Hari 10 – Bundaberg ke Rockhampton

Pandu kereta melalui Miriam Vale, di mana anda boleh melihat Ketam Lumpur Queensland Besar bertenggek di atas stesen petrol. Menuju ke pekan pinggir pantai 1770, yang dinamakan sempena tahun ia ditemui oleh Kapten Cook ketika melencong ke kawasan pedalaman, anda boleh meredah belukar hutan hujan Taman Negara Cania Gorge yang subur dan mengagumi Mystery Craters di Taman Negara Eurimbula. Perhentian yang seterusnya ialah bandar hijau Gladstone, yang dikelilingi oleh gaung hutan hujan, tasik dan pantai yang menjangkau ke Terumbu Sawar Besar (Great Barrier Reef). Tiba di Rockhampton, di mana Lembu Jantan Besar mewakili reputasi Rockhampto sebagai ibu negeri daging lembu Australia. Terdapat juga Dugong Besar yang tidak begitu terkenal di bandar ini. Setelah melihat Benda Besar-besar ini, bersnorkel di Pantai Shelving, Monkey Point atau Clam Bay atau bersiar-siar di Taman Botani. Naiki kapal persiaran karang ke Pulau Great Keppel atau tinggal beberapa malam untuk menikmati pemandangan tropika yang amat menakjubkan.

Rockhampton ke Mackay
Rockhampton ke Mackay

Hari 11 – Rockhampton ke Mackay

Hala ke Capricorn Caves, gua yang menakjubkan dalam rabung batu kapur. Pandu ke utara melewati Pantai Kinka dan Paus Besar. Berehat sebentar di perkampungan tropika Yeppon yang permai, pintu masuk ke Capricorn Coast dan Taman Negara Byfieldk. Di sini anda boleh memerhati burung, mengembara berjalan kaki  merentasi hutan dan memancing  dipantai. Berhenti di pekan kecil Sarina untuk melihat  katak besar sebelum meneruskan perjalanan ke Mackay yang santai. Makan tengah hari di marina yang indah pemandangannya, bersiar-siar melewati bangunan warisan di pekan ini. Berehat dan tenangkan fikiran di pantai yang sunyi atau di sepanjang jalur pantai Taman Negara Cape Hillsborough. Anda akan bersua muka dengan possum, kanggaru, ayam belanda belukar dan echidnas, namun tidak ramai manusia di situ.. Jika anda ada sedikit masa, lakukan perjalanan sehari ke Pulau Carlisle di selatan Whitsundays. Atau pakai topeng snorkel dan kaki sirip; dan terokai bangkai kapal Llewellyn dekat Pulau Scawfell yang tidak berpenghuni.

Mackay ke Townsville
Mackay ke Townsville

Hari 12 – Mackay ke Townsville

Melencong ke selatan ke oasis sub tropika Taman Negara Eungella. Kembali ke pantai, anda akan melalui Pantai Prosperine dan Airlie, kedua-duanya pintu masuk dari tanah besar ke Whitsundays. Layari air yang jernih ini dalam kapal besar atau kapal layar yang akan membawa anda menjelajahi 74 pulau dipinggiri pepohon nyiur.. Jangan lepaskan peluang untuk melawat Pulau Whitsundays  dan Pantai Whitehavennya  yang berpasir silika putih bersih. Sertai eko safari jet ski atau naiki kapal terbang atau helikopter untuk melihat pemandangan indah pulau dan terumbu di sini. Berkayak laut di sebelah  ikan lumba-lumba, dugong dan penyu hijau yang sukar ditemui. Menuju ke atas di sepanjang jalur pantai ke Bowen, di mana Mangga Besar mengisyaratkan permulaan kawasan buah-buahan tropika. Pemandangan di sini dipenuhi ladang mangga yang subur dan padang tebu yang menghijau sambil anda memandu ke Townsville. Lihat Brolga Besar – sejenis burung yang berasal dari Australia – di pinggir selatan Townsville. Berjalan-jalan di  pesisiran pantai yang berpemandangan indah, serapi hiburan di malam hari yang menyamankan dan layari katamaran ke pantai-pantai dan taman-taman negara Pulau Magnetic.

Townsville ke Cairns
Townsville ke Cairns

Hari 13 – Townsville ke Cairns

Terkenal sebagai Great Green Way, pengembaraan 350 kilometer ini membawa anda melalui 12 taman negara dan lebih daripada 20 pulau tropika. Pandu lalu muzium hidup Charters Towers, melencong ke Taman Negara Paluma atau terokai Tanah Paya Tyoto berdekatan Ingham. Berhenti sebentar untuk melihat Ketam Besar di Cardwell dan kunjungi Air Terjun Wallaman, sebuah air terjun dengan jarak jatuh tunggal tertinggi di Australia. Saksikan kuil Cina dan dekor seni bangunan-bangunan di Innisfail dan pergi arung jeram di Taman Negara Tully Gorge. But getah emas yang besar di Tully adalah satu usaha untuk mengabadikan status pekan ini sebagai yang paling banyak ditimpa hujan di Australia. Terokai Pulau Hichinbrook, sebuah taman negara pulau yang terbesar di Australia, dan lihat Kasawari Besar yang menjulang tinggi di Pantai Mission. Memandu ke Cairns, di mana Marlin Besar mengalu-alukan anda ke Marlin Coast. Berjalan di Daintree Rainforest yang tersenarai sebagai Warisan Dunia adalah kunjungan sehari yang tidak harus dilepaskan. Di samping pelbagai tumbuhan dan haiwan yang menakjubkan, hutan hujan purba ini menjadi tempat berteduh Barramundi Besar dan Kepala Buaya Besar.

Idea Australia selanjutnya