Dari Melbourne ke Adelaide melalui Great Ocean Road

Dari Melbourne ke Adelaide melalui Great Ocean Road

Melbourne – Lorne – Port Fairy – Robe – Victor Harbor - Adelaide
5 hari/1,000km

Mengembara dari Melbourne ke Adelaide di sepanjang pesisir pantai tenggara negara ini.  Memandu sepanjang Great Ocean Road melewati tempat luncur air yang menjadi legenda di Torquay dan Pantai Bells, kemudian teruskan perjalanan ke syurga percutian di Lorne dan Twelve Apostles yang amat mengagumkan.  Berjalan melalui air terjun dan hutan rimba di Taman Negara Otway dan lihat ikan paus dari Warrnambool yang bersejarah.  Hayati sejarah para pelaut di Port Fairy dan Portland, berhampiran cenuram laut yang menjulang tinggi di Cape Bridgewater.  Rasai wain di Coonawarra dan lihat fosil marsupial gergasi di Naracoorte Caves (Gua Naracoorte) yang disenaraikan sebagai warisan Dunia.  Dalam perjalanan ke Adelaide, selusuri Coorong dalam kapal persiaran dan jelajahi pantai dan kilang wain yang mengimbau kehadiran anda di Semenanjung Fleurieu.

Great Ocean Road, VIC
Great Ocean Road, VIC

Hari 1 - Melbourne ke Lorne

Memandu ke Geelong di Semenanjung Bellarine, dan di sana anda boleh berjalan kaki di sepanjang kawasan dermaga, kunjungi ladang anggur atau berenang di pantainya.  Teruskan perjalanan ke Torquay, tempat bermulanya, lebuh raya Great Ocean Road yang menakjubkan, yang seolah-olah mendakap cenuram.  Torquay juga merupakan gerbang masuk ke Pantai Luncur Air Victoria.  Kunjungi muzium luncur air dan tunggangi ombak Jan Juc yang begitu popular atau di Pantai Bells yang menjadi ikon.  Bermain luncur air di Point Addis dan Anglesea, tempat pemain golf berkongsi balapan golf yang berlatarkan pemandangan cukup menakjubkan dan kangaroo yang memakan rumput.  Ombak besar terus menghempas pantai di Fairhaven dan Eastern View, sepanjang perjalanan ke syurga percutian tepi pantai Lorne.  Berenang dari pantai keemasan Loutit Bay dan berjalan kaki ke air terjun di Erskine Falls yang tersembunyi di sebalik Banjaran Otway.  Terokai galeri, butik dan restoran di jalan raya utama dan hirup kopi di salah sebuah kafe sulung di Victoria.  Menginap di perkhidmatan menginap dan sarapan, tapak perkhemahan atau hotel mewah yang mengunjur ke dalam rimba yang mengelilingi.

Port Fairy, VIC
Port Fairy, VIC

Hari 2 - Lorne ke Port Fairy

Sambil anda memandu ke Apollo Bay, lihat bagaimana di satu belah, cenuram berceranggah menjunam secara mendadak ke dalam lautan, manakala sebelah yang satu lagi pula menjadi lokasi sebuah taman negara.  Terokai hutan hujan purba, kawasan semak heath, gua cacing kalimantang dan air terjun di Taman Negara Great Otway.  Kunjungi rumah api Cape Otway yang berusia 150 tahun dan berkelah di Paradise atau Pantai Shelly.  Lihat menara batu kapur berceranggah yang menjulang tinggi daripada Southern Ocean (Lautan Selatan).  Ambil gambar dari boardwalk atau tangga Gibson dan merayau-rayau denai di London Bridge, Bay of Islands dan Loch Ard Gorge.  Teruskan berjalan kaki hingga ke Shipwreck Coast (Pantai Nahas Kapal), yang mendapat namanya daripada laut yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 700 kapal terhempas pada batu batan di perairan ini.  Terokai Warrnambool, yang menjadi tempat Paus Southern Right melahirkan anak dari Mei hingga Oktober di Pantai Logan.  Hayati sejarah para pelaut di Port Fairy, dengan kotej putihnya dan kediaman gaya Georgian.  Tinjau koloni anjing laut berbulu terbesar di Australia dan hampiri ikan lumba-lumba, paus dan jerung dari dalam bot.

Robe
Robe

Hari 3 - Port Fairy ke Coonawarra atau Robe

Teruskan di sepanjang jalan pantai ke  Portland, petempatan Eropah pertama di Victoria.  Tinjau beratus-ratus bangunan warisan dan tonton bot nelayan memunggah muatan tangkapan mereka di kawasan dermaga.  Memandu sepanjang laluan pantai yang berlatarkan pemandangan indah ke Taman Negara Cape Nelson dam Cape Bridgewater dengan cenuram tepi laut yang menjulang tinggi.  Jenguk ke dalam air dalam yang biru di Bridgewater Bay, terokai rimba yang telah menjadi fosil dan berjalan sekeliling tanjung untuk melihat koloni anjing laut berbulu yang besar.  Sekembalinya ke lebuh raya, pandu melalui Nelson dan merentas sempadan Australia Selatan.   Kunjungi  Gunung Gambier, yang terletak di kawasan gunung berapi yang telah mati dan dikelilingi tasik kawah seperti Blue Lake (Tasik Biru), yang dinamakan bersempena warnanya yang terang dari November hingga Februari.  Pandu ke sebelah utara ke Penola dan Coonawarra, di mana anda boleh merasa cabernet sauvignon dalam 20 pintu simpanan wain.  Sebaliknya, anda juga boleh memandu melalui pekan nelayan di Limestone Coast (Pantai Batu Kapur) ke Robe yang cukup indah pemandangannya.  Nikmati rasa udang galah tempatan dan berenang atau berjalan sepanjang pantai Long.

Coorong National Park
Coorong National Park

Hari 4 - Coonawarra atau Robe ke Pelabuhan Victor

Memandu ke utara dari Coonawarra, kunjungi Taman Negara Gua Naracoorte yang disenaraikan sebagai warisan Dunia, di mana terdapat  26 gua batu kapur yang menempatkan rangka marsupial gergasi yang telah bertukar menjadi fosil.  Rentasi Sungai Murray di Tailem Bend dan menuju ke pusat barang antik di Strathalbyn yang terletak di Semenanjung Fleurieu.  Dari Robe, pandu ke utara melalui Tenggara Kingston, tempat anda boleh menikmati makanan laut yang segar dan kunjungi rumah api Cape Jaffa yang penuh sejarah.  Berkanu atau berkayak sepanjang lagun yang cetek dan berair payau di Coorong, sambil menyaksikan kepelbagaian hidupan mergastua di kawasan tanah lembap ini.  Pelajari mengenai budaya golongan Aborigine di kawasan ini melalui seorang pemandu Ngarrindjeri tempatan.  Lintasi Sungai Murray di Wellington dan menghala ke wilayah wain Langhorne Creek melalui Strathalbyn serta kunjungi pelabuhan sungai Goolwa.  Luncur air, bermain layang-layang dan tinjau ikan paus southern right di antara bulan Jun dengan September di Middleton.  Berenang di Horseshoe Bay dan meluncur air dari Pantai Boomer di Port Elliot, sebelum memandu ke Victor Harbor (Pelabuhan Victor).

Semenanjung Fleurieu
Semenanjung Fleurieu

Hari 5 - Victor Harbor ke Adelaide

Dalam perjalanan anda memandu ke Adelaide, temui pelbagai tempat menarik di Semenanjung Fleurieu.  Tunggangi Trem berkuda ke Pulai Granite untuk melihat penguin atau saksikan penghijrahan ikan paus di antara bulan Jun dan Oktober di Encounter Bay.  Alami perjalanan di atas cenuram ke Port Elliot, kemudian merayau-rayau di jalan-jalan di Encounter Bikeway.  Memancing dari jeti di Cape Jervis atau mengembara berjalan kaki pada sebahagian laluan Heysen Trail di sepanjang pesisir pantai Taman Pemuliharaan Deep Creek.  Memandu sepanjang pantai Gulf St Vincent, berhenti sejenak untuk berenang di pantai Sellicks dan Aldinga.  Atau mengembara melalui bukit bukau beralun yang menghijau di Mount Compass dan Yankalilla ke wilayah wine McLaren Vale.  Kunjungi galeri dan rasai wain di sekitar 45 pintu simpanan wain.  Membeli belah buah zaitun, minyaknya, keju, badam dan beri dari gerai dan dusun di tepi jalan sebelum terus memandu ke Adelaide.  Merayau-rayau di lebuh hias kebudayaan Adelaide di North Terrace, berjalan kaki atau naiki basikal melalui taman-taman yang luas dan nikmati suasana pantai di Glenelg dan Henley.

Dari Melbourne ke Adelaide melalui Great Ocean Road

Dari Melbourne ke Adelaide melalui Great Ocean Road

 

Idea Australia selanjutnya