Tiga minggu dari Sydney

Tiga minggu dari Sydney

Mulakan pengembaraan Australia anda di Sydney dan di sini anda boleh menyusuri Harbour Bridge dan berkunjung ke Opera House.  Berhampiran pinggir Sydney, jelajahi Blue Mountain yang tersenarai dalam Warisan Dunia atau Hunter Valley dengan barisan ladang anggurnya.  Berenang bersama-sama dolfin di Port Stephens atau Jervis Bay yang bergemerlapan.  Naik kapal terbang atau memandu ke Melbourne tempat untuk menikmati budaya di galeri dan minum, makan serta membeli-belah di laluan lorong rahsia.  Memandu ke Phillip Island di Mornington Peninsula atau di sepanjang Great Ocean Road yang indah pemandangannya menuju ke Bells Beach dan The Twelve Apostles.  Anda juga boleh menaiki kapal terbang ke Australia’s Red Centre untuk menjelajah Uluru, Kata Tjuta, MacDonnell Range, Kings Canyon dan bandar pedalaman di Alice Springs.

Sydney, NSW
Sydney, NSW

Minggu pertama: Sydney dan sekitarnya

Bermula di jalan berbatu buntar di The Rocks di kawasan sebelah pelabuhan dan di sinilah Sydney bermula.  Naik Sydney Harbour Bridge dan naik feri melepasi Opera House menuju ke Manly.  Berkunjung ke muzium dan tapak bersejarah di sepanjang Macquarie Street, kemudian bersiar-siar di Botanic Garden yang subur.  Naik feri ke Watsons Bay atau nikmati pemandangan panorama sambil belayar di pelabuhan.  Belajar meluncur air di Bondi Beach dan berenang di dalam air yang tenang di Coogee atau pergi ke utara menuju ke Palm Beach.  Minum wain, nikmati makanan dan membeli-belah di kawasan beli-belah bandar raya seperti Darling Harbour, Paddington, Surry Hills, Potts Point, Glebe dan Newtown.   Melepasi pinggir Sydney, anda boleh meredah belukar di Blue Mountain yang tersenarai dalam Warisan Dunia dan bermalam di perkampungan pergunungan yang kelihatan aneh tetapi menarik.  Ke utara Sydney, terokai Hawkesbury River dan meluncur air di pantai Central Coast.  Melawat ladang anggur Hunter Valley dan berenang dengan dolfin di Port Stephens.   Ke selatan Sydney, berkhemahlah di Royal National Park atau snorkel di Jervis Bay dengan pasir pantainya yang putih bersih.

Redbrow Garden, Canberra, ACT
Redbrow Garden, Canberra, ACT

Minggu kedua: Sydney – Melbourne

Singkatkan perjalanan dari Sydney ke Melbourne Coastal Drive dalam masa tiga hari termasuklah melawat Canberra, iaitu ibu negeri kami, atau naik kapal terbang untuk memaksimumkan masa perjalanan anda.  Berkunjung ke Federation Square iaitu tanda tempat ruang budaya Melbourne dan bersiar-siar di Southbank yang berdekatan.  Jelajahi laluan lorong bandar ini untuk makan di luar, jaz dan bar wain, kafe dan butik.  Naik trem ke St Kilda untuk makan kek di Ackland St atau ambil angin di kawasan indah di situ.  Pergi membeli-belah di Brunswick Street dengan gaya bohemia atau ke Chapel Street untuk membeli pakaian yang bergaya.  Berjalan melalui Royal Botanic Garden atau tonton pertandingan kriket AFL di Melbourne Cricket Ground.  Pergi ke Phillip Island untuk melihat penguin pari-pari berjalan pulang terkedek-kedek beramai-ramai.  Di Mornington Peninsula yang berdekatan, anda boleh berenang dengan dolfin dan berkunjung ke spa atau ladang anggur,  Memandu di sepanjang Great Ocean Road yang indah pemandangannya menuju ke Bells Beach yang ikonik, Otway National Park dan Twelve Apostles yang menakjubkan.  Menginap di bandar tepi laut yang indah pemandangannya seperti Apollo Bay, Lorne dan Port Fairy di sepanjang perjalanan.

Desert Mob Exhibition, Alice Springs, NT
Alice Springs, NT

Minggu ketiga: Sydney – Red Centre

Naik kapal terbang ke Alice Springs iaitu pusat pedalaman Red Centre, Australia.  Melihat-lihat seni Orang Asli di sepanjang Todd Mall dan ketahui tentang peneroka bandar ini di tapak bersejarah.  Berbasikal ke Simpsons Gap atau tunggang unta merentasi Simpson Desert. Di West MacDonnell Ranges, berenang di Glen Helen Gorge dan lihat Standley Chasm bersemarak di bawah sinaran terik matahari.  Bersiar-siar di oasis gurun di Palm Valley di Finke Gorge National Park.   Berjalan hingga ke lereng Kings Canyon dan lihat kubah yang dimamah cuaca di Lost City di Watarrka National Park.  Lihat Uluru dari atas belakang unta, helikopter atau motosikal.  Ketahui tentang asal usul Dreamtime sambil berjalan di sekitar kaki bukit bersama-sama pemandu pelancong Anangu.  Lihat kubah curam berwarna coklat kemerah-merahan di Kata Tjuta yang berdekatan, di Valley of the Winds Walk.  Kemudian, pulang semula ke Alice Springs untuk menaiki penerbangan balik ke Sydney.

Tiga minggu dari Sydney

Tiga minggu dari Sydney

 

Idea Australia selanjutnya