Kanangra ke Katoomba Walk, New South Wales

Kanangra ke Katoomba Walk, New South Wales

45km / 4 hari / perjalanan kaki singkat dan sepanjang hari

Daki empat puncak gunung dan turuni secara dramatik dalam pengembaraan jalan kaki melalui Kanangra-Boyd dan taman negara Blue Mountains.  Di pedalaman yang liar, dan bergunung-ganang ini, rasa yang dialami adalah takjub dengan pemandangan dari puncak yang tinggi, lemah dari lembah yang dalam dan rendah diri melihat keindahan alam.  Nikmati pemandangan yang menakjubkan dari kemuncak Tembok Kanangra, randuk melintasi Sungai Cox dan daki permukaan cenuram Narrow Neck.  Menginap semalam di Hundred Man Cave (Gua Seratus Orang), di tapak perkhemahan di Dex Creek dan Mobbs Swamp, atau pasangkan khemah anda di ruang kosong berumput yang anda temui.  Kebanyakan pengunjung melakukan pengembaraan ini selama empat hari, anda boleh memendekkannya ke tiga hari, bahkan juga dua jika anda cukup cergas dan berkhemah di Sungai Cox.  Ini perjalanan yang mencabar bagi pejalan kaki yang cergas dan berpengalaman, dan anda akan perlu seseorang mengambil anda atau letak kereta anda di Katoomba.

Kanangra Walls, NSW
Kanangra Walls, NSW

Hari 1: Kanangra Walls (Tembok Kanagra) ke Gunung Stormbreaker

Berjalan dari tempat letak kereta Kanangra Wall ke Plateau Track (Laluan Plateau), yang berpecah dan bersambung semula seperti sungai merentas beberapa kawasan lapang berbatu batan.  Berjalan merentas Murdering Gulley yang mengeluarkan bunyi mengerikan dan tembus ke dataran kawasan semak heath yang dihiasi bunga-bunga berwarna lembut.  Dari sini, anda boleh melihat Air Terjun Kanangra dan Kalang, Thurat Spires (puncak menara gereja Thurat) yang berceracak, Gunung Cloudmaker, mengunjur ke selatan hingga ke Gunung Colong.  Mendaki turun dan naik ke Kilpatrick Causeway (Tambak Kilpatrick).  Berjalan di bawah lindungan bayang Crafts Wall (Tembok Crafts) dan daki Gunung Berry melintasi burung lyre dan bunga lili biru.  Pendakian turun yang amat curam ke Gabes Gap, di mana anda boleh mengisytiharkan ‘Saya telah menyentuh titik terendah bumi’ dan berasa amat berpuas hati.  Lakukan pendakian mencabar ke kemuncak Gunung High and Mighty, di mana pemandangan yang amat mengagumkan di sana akan membuat anda terlupa keletihan dan kesakitan pada kaki anda.  Mendaki melepasi puncak Gunung Stormbreaker yang diliputi pepohon ke tempat berlindung Hundred Man Cave (Gua Seratus Orang) yang menunggu anda di balik sana.

Mt Stormbreaker, NSW
Mt Stormbreaker, NSW

Hari 2: Gunung Stormbreaker ke Kanangra Creek

Berjalan merentasi rabung yang merentas sebarisan anak bukit yang ditiup badai dipanggil Rip, Rack, Roar dan Rumble.  Berhenti di kemuncak Gunung Cloudmaker untuk bergambar di dalam hutan belantara ini dan tandatangan nama anda dalam buku log di sana.   Kemudian ikuti laluan utara, yang menurun curam melalui hutan sklerofil ke Dex Creek.  Jejaki jalan dengan berhati-hati melalui kawasan belukar heath yang tebal ke  Carra Top dan sepanjang puncak rabung.  Rentasi hutan terbuka, pohon rumput dan fungi berwarna warni menghala ke Gunung Moorilla Maloo.  Di kemuncaknya anda akan mendapati platform berbatu batan dengan pemandangan ke utara, timur dan barat.  Turuni cerunnya melalui Strongleg Ridge dan Kullieatha Peak, yang didereti pepohon rumput ganjil yang bertukar warna mengikut cahaya.  Ikuti rabung ke persimpangan Kanangra Creek dan Sungai Cox di mana anda boleh menambah air dan membuat khemah untuk bermalam di sana.

Kanangra Falls, NSW
Kanangra Falls, NSW

Hari 3: Kanangra Creek ke Mobbs Swamp (Paya Mobbs)

Berjalan mengikut linkaran Sungai Cox, dilindungi bayang pepohon besar, ke suatu tempat yang anda boleh melintas sungai.  Anda akan mendapati kolam-kolam tenang di hulu sungai yang membentuk jeram-jeram kecil di sebelah barat Yellow Pup Ridge.  Di sini sungainya seharusnya hanya sedalam lutut, jika ia lebih dalam, anda perlu menunggu atau kembali ke Kanangra Walls.  Terokai hutan terbuka Yellow Pup Point sebelum menghala ke Yellow Pup Ridge, melintasi wombat, lili flaks biru dan orkid jemari putih.  Pendakian ke kemuncaknya sejauh 4km, di mana anda boleh meninjau Kanangra Walls di celah-celah pohon eucalypts yang tinggi.  Berjalan melalui hutan terbuka dan merentasi singkapan granit berbatu batan ke dataran suatu dataran di bawah Gunung Dingo.  Dari sini, satu denai yang jelas akan membawa anda ke puncak dan ke peninjau Splendour Rock.  Izinkan diri anda merasa takjup apabila melihat gunung-ganang, sungai dan langit terbentang luas dan lihat plak yang didedikasikan kepada pengembara jalan kaki hutan bush yang tumpas semasa Perang Dunia Kedua.  Berkhemah di sini atau menghala turun cerun gunung ke tapak perkhemahan di Mobbs Swamp, di Gunung Yellow Dog Track.

Narrowneck, NSW
Narrowneck, NSW

Hari 4: Splendour Rock ke Katoomba

Gunakan jalan tanah tinggi untuk melintasi Pergunungan Wild Dog dari Splendour Rock, atau jalan lurah dari Mobbs Swamp.  Lihat dan alami bagaimana rabung dan gaung menjadi hidup dan bersemangat di Splendour Rock, kemudian menghala ke arah utara ke Gunung Dingo yang diliputi pepohon.  Nikmati pemandangan permai dari Dingo Gap dan dataran gondol di Gunung Merrimerrigal, sebelum ia menjunam ke bawah cenuram sebelah barat ke Warrigal Gap.  Dari sini, anda boleh menghala ke cerun barat ke Mobbs Soak, kembali ke Gunung Yellow Dog Track.  Berjalan ke Medlow Gap, melepasi Gunung Debert dan turun ke Little Cedar Gap.  Berjalan ke Semenanjung Narrow Neck melalui hutan terbuka yang dihiasi dengan taburan orkid greenhood dan batu batan berlumut.  Gunakan pancang pendaki Tarro's Ladders untuk mengheret diri anda mendaki barisan cenuram ini.  Anda akan perlu merangkah di atas rekahan, belebas dan tangga ke Clear Hill,  Dari sini, ikuti jalan kebakaran sepanjang Narrow Neck, kemudian menaiki dan menuruni Bukit Bushwalkers dan akhirnya pintu pagar berkunci di hujung laluan ini.

Kanangra ke Katoomba Walk

Kanangra ke Katoomba Walk

 

Idea Australia selanjutnya