Tiga hari yang hebat di Alice Springs

Tiga hari yang hebat di Alice Springs

Galeri Albert Namatjira, NT
Galeri Albert Namatjira, NT

Hari 1: Tempat menarik di Alice

Pagi: Mendaki ke puncak Anzac Hill untuk menyaksikan pemandangan yang luas terbentang merentas pekan. Kemudian, lawati Rizab Sejarah Stesen Telegraf dan sertai bilik darjah maya di School of Air.

Tengah hari: Terokai Kawasan Kebudayaan Alice Springs yang menempatkan beberapa tarikan kebudayaan dan sejarah bandar yang paling menarik. Bersiar-siar melalui tujuh tapak suci yang berdaftar di Laluan Two Woman Dreaming dan melihat-lihat Galeri Albert Namatjira sebelum makan tengah hari lewat.

Petang/malam: Menghala ke pertunjukan Sounds and Starlight di Pusat Beli-belah Todd, yang menggabungkan imejan yang berkeupayaan tinggi dengan getaran didjeridu yang dalam.

Todd River, NT
Todd River, NT

Hari 2: Pengembaraan luar

Pagi: Mulakan hari anda dengan perjalanan menaiki unta pada waktu matahari terbit atau perjalanan belon udara panas merentasi Banjaran McDonnell.

Tengah hari: Sewa motor dan tunggang ke Taman Padang Pasir Alice Springs yang pernah memenangi anugerah. Pelajari tentang tumbuh-tumbuhan, haiwan dan habitat Red Centre yang unik. Jika anda seorang yang mungkin kurang aktif, lawati Perkhidmatan Doktor Terbang Royal dan Pusat Reptilia Alice Springs, kedua-duanya di Stuart Terrace.

Petang/malam: Akhiri hari anda dengan jamuan daerah pedalaman Australia di pekan, di mana emu, buaya, unta, barramundi, daging lembu dan kanggaru terdapat dalam menu.

Taman Negara Finke Gorge, NT
Taman Negara Finke Gorge, NT

Hari 3: Taman Negara Finke Gorge

Sertai pengembaraan pemanduan kenderaan pacuan empat roda sehari penuh ke Taman Negara Finke Gorge. Pandu di sepanjang Finke River yang kering ke Palm Valley dengan koleksi pokok palma kubis merah prasejarah. Selepas makan tengah hari, terokai Kawasan Bersejarah Hermannsburg, yang kaya dengan sejarah dan rumah kepada artis lukisan cat air Orang Asli yang terkenal, Albert Namatjira. Singgah di ladang ternak lembu dalam perjalanan pulang anda ke Alice.

Alice Springs

Alice Springs

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 2 hari.

Waktu terbaik untuk pergi :
Semasa musim sejuk (Mei – Oktober) ketika cuacanya kurang panas. Sila ingat bahawa tempat ini boleh mencecah suhu yang sangat rendah pada waktu malam di musim sejuk.

 

Idea Australia selanjutnya