Tiga hari hebat di Darwin

Tiga hari hebat di Darwin

Nikmati pengalaman terindah di Darwin yang nyaman udaranya dan terletak di pelabuhan besar di Timor Sea.  Tukar baju sut bandar anda kepada pakaian seragam tropika – baju-T dan seluar pendek – dan pergi menjelajah bandar yang meriah dan mempunyai pelbagai budaya ini.  Berjalan atau berbasikal melalui taman tropika dan lihat seni Orang asli di muzium dan alamilah kepelbagaian budaya di Mindil Beach Sunset Market.  Kunjungi Cullen Bay Marina yang bergaya dan berjalan bersama warisan di dermaga yang bersejarah.  Di sebelah sana CBD padat Darwin, anda boleh belayar bersebelahan buaya akrobatik di Sungai Adelaide dan berenang di bawah air terjun dalam hutan hijau di Litchfield National Park.

Cullen Bay Marina, Darwin, NT
Cullen Bay Marina, Darwin, NT

Hari 1: Marina ke pasar ke Mitchell Street

Bersarapan dan bermalas-malas sambil melihat rumah mewah dan perahu layar yang bergoyang di Cullen Bay Marina.  Kemudian berkunjung ke Myilly Point Historical Precinct yang berdekatan. Kotej yang diubahsuai untuk cuaca tropika ini direka bentuk oleh arkitek B.C.G. Burnett pada tahun 1930-an.  Melihat-lihat seni Orang Asli dan ketahui cara  Cyclone Tracey memusnahkan Darwin pada tahun 1974 di Museum and Art Gallery di Northern Territory.  Berhenti untuk berkelah makan tengah hari di East Point Reserve, yang penuh dengan pokok bakau, hutan monsun pokok menjalar dan tempat untuk berenang yang popular di Lake Alexander.   Tonton filem tentang serangan udara Perang Dunia II di Darwin di East Point Military Museum.  Kemudian bersiar-siar sambil melihat orkid, bromeliad, sikad dan palma di George Brown Botanic Garden.  Pergi ke Mindil Beach Sunset Market yang dibuka dari bulan Mei hingga Oktober tepat pada masanya untuk melihat barisan burung flamingo berlatar belakang matahari terbenam di Timor Sea.  Duduk dan nikmati sepinggan makanan Asia di bawah pokok palma, kemudian pergi ke bar, pub dan tempat persembahan muzik secara langsung yang meriah di sepanjang Mitchell Street.

Darwin, NT
Darwin, NT

Hari 2: Sejarah, buaya dan pelayaran

Mulakan hari anda di kawasan dermaga bersejarah tempat bom Jepun mula-mula sekali gugur semasa Perang Dunia II.  Kunjungi Parliament House dan sertai Historical Walk ke pelbagai mercu tanda.  Lihat pemandangan indah dari Survivors Lookout, kemudian berjalan ke terowong minyak Perang Dunia II melalui rangkaian denai.  Kunjungi pameran mutiara dan lihat paparan kehidupan marin yang mengetengahkan terumbu karang di Northern Territory.  Bersarapan lewat pagi di luar dan anda dapat melihat jeti, kemudian memandu di sebahagian Way Nature ke Adelaide River.  Berkunjung ke Adelaide River Railway Station dan lihat kubur askar yang terkorban dalam Perang Dunia II di Adelaide River War Cemetery.  Ikuti pelayaran untuk melihat buaya melompat dan lihat rahang sentapan buaya prasejarah.  Pandu balik ke bandar Darwin dan saksikan mentari merah tenggelam ke dalam laut dari kapal yang mengelilingi Darwin Harbour.

Litchfield National Park, NT
Litchfield National Park, NT

Hari 3: Litchfield National Park

Pandu melalui Way Nature ke Litchfield National Park. Di sini terdapat hutan hujan monsun yang subur yang dipenuhi lubang renang dengan airnya yang jernih, air terjun yang turun menjunam dan busut anai-anai yang tinggi.  Bersiar-siar di sekitar Wangi Fall dan berkelah bersama-sama kelawar buah yang bergayut di situ.  Atau berjalan lebih jauh lagi ke Tolmer Fall dan lihatlah pemandangan lembah yang luas terbentang.  Berenang di  Buley Rockhole atau di dalam kolam junam di bawah Florence Fall.  Pandu kenderaan pacuan empat roda ke Tjaynera Fall, Blythe Homestead Ruin yang bersejarah dan kubah batu pasir yang ditelan masa di The Lost City.   Sertai pelayaran melihat haiwan liar atau pergi memancing di Sungai Reynold yang bersempadan dengan ladang lembu yang diusahakan.  Atau dapatkan pemandangan dari udara dari atas helikopter.  Kembali semula ke lebuh raya dan berhenti di Territory Wildlife Park untuk berjumpa ikan, burung pemangsa, haiwan nokturnal dan reptilia.  Apabila sampai semula di Darwin, tontonlah wayang sambil duduk di atas kerusi di luar dan beristirehat bertemankan bintang di langit di Deckchair Cinema.

Darwin

Darwin

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 2 hari.

Waktu terbaik untuk pergi :
Semasa musim kering (Mei – Oktober) apabila kelembapan berkurangan dan festival luar bangunan diadakan di Darwin.

 

Idea Australia selanjutnya