Tiga minggu dari Darwin

Tiga minggu dari Darwin

Dari Darwin, mengembara merentasi Australia dalam satu garisan lurus ke Alice Springs dan Adelaide.  Atau mengembara dalam satu garisan melengkung melalui hujung barat laut Australia sambil memandu di Savannah Way menuju ke Broome.  Berkanu menyusuri Katherine Gorge dan terbang merentasi Bungle Bungles yang berbentuk sarang lebah di kawasan hutan Kimberly Australia Barat.  Dari Darwin, memandu kereta di Nature’s Way ke Kakadu National Park yang tersenarai dalam Warisan Dunia kerana kepentingan budaya dan keadaan semula jadinya.  Lihat Uluru, Kings Canyon dan tarikan lain di Red Centre dari pusat pedalaman di Alice Springs.   Adelaide yang elegan adalah tempat asas bagi anda untuk menjelajah Barossa Valley, Flinders Range, Fleurieu Peninsula dan hidupan liar yang menakjubkan di Kangaroo Island.

Darwin, NT
Darwin, NT

Minggu pertama: Darwin dan sekitarnya

Hiruplah udara nyaman di Darwin dan menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan dan mengenali pelbagai budaya melalui festival dan pasar luar bangunan yang banyak di sini.  Kemudian terokai sejarah dramatik kawasan ini – dari serangan udara Perang Dunia II hingga Cyclone Tracy – di muzium dan galeri.  Belayar di sekitar pelabuhan Darwin sewaktu matahari terbenam dan belayar bersebelahan buaya serta meredah belukar melalui hutan monsun.  Naik feri atau naik kapal terbang ke Tiwi Island dan di sini anda dapat mengetahui tentang budaya dan kepercayaan unik orang Tiwi.  Lihatlah seni fesyen, tembikar, arca dan ukiran kayu dengan gaya Tiwi yang tersendiri.   Memandu di Nature’s Way ke Kakadu National Park yang tersenarai dalam Warisan Dunia dan di sini anda boleh berjalan di tubir yang berceracak, belayar di tanah lembap dan membongkar seni batu Orang Asli yang tidak ternilai.  Pemanduan ini berterusan ke Litchfield National Park.  Berjalan melepasi busut anai-anai yang tinggi, belayar menyusuri Reynolds River atau berenang dalam mata air di Florence, air terjun Tolmer dan Wangi.

Savannah Way, NT
Savannah Way, NT

Minggu kedua: Darwin ke Red Centre atau Broome

Naik kapal terbang dari Darwin ke Alice Springs atau pandu kereta menyusuri Stuart Highway dalam dua hingga tiga hari.  Sertai lawatan atau pandu kereta di Red Centre Way ke Uluru yang ikonik.  Dalam perjalanan berkunjung ke West MacDonnell Range dan di sini anda dapat berenang di Glen Helen Gorge dan lihat Standley Chasm bersemarak di bawah sinaran terik matahari  Bersiar-siar di oasis gurun di Palm Valley di Finke Gorge National Park dan berjalan hingga ke lereng Kings Canyon di Watarrka National Park.  Lihat Uluru dari atas belakang unta, helikopter atau motosikal, kemudian berjalan di sekitar kaki bukit bersama-sama pemandu pelancong Anangu.  Lihat kubah curam berwarna coklat kemerah-merahan di Kata Tjuta yang berdekatan, di Valley of the Winds Walk.  Selain itu, pandu kereta di Savannah Way dari Darwin ke Broome di Western Australia untuk pengembaraan pedalaman lain.  Belayar melalui Katherine Gorge di Nitmiluk National Park, terbang merentasi Bungle Bungle Range di Purnululu National Park dan lihat ombak yang tinggi di Derby.  Akhir sekali, beristirehat di Broome’s Cable Beach.

The Ghan, NT
The Ghan, NT

Minggu ketiga: Darwin ke Adelaide

Naik kapal terbang dari Darwin ke Adelaide atau naik kereta api Ghan untuk pengalaman klasik dari Darwin ke Adelaide melalui Red Centre.  Di Adelaide, terokai muzium di North Terrace, berenang dengan dolfin di Glenelg atau berkelah di taman yang terbentang luas dan merangkumi hampir separuh bandaraya ini.  Memandu ke Adelaide Hill yang indah dan ladang anggur di Barossa Valley.  Rasalah wain kudus yang disediakan oleh paderi Jesuit di Clare Valley dan daki hingga ke lereng Wilpena Pound di Flinders Ranges purba.  Atau pandu kereta ke selatan Adelaide untuk berkunjung ke ladang anggur dan harungi perjalanan tepi pantai yang berceracak serta menyelam dengan naga laut berbentuk daun di Fleurieu Peninsula yang luas.  Naik feri ke Kangaroo Island di mana semua jenis haiwan asli bermain-main di pantai yang cantik dan di hutan, gumuk gurun dan tanah ladang.  Lihat penguin dari jarak dekat di Penneshaw dan lihat kumpulan singa laut di Seal Rock dan nikmati hasil keluaran kawasan ini di pulau unik ini.

Tiga minggu dari Darwin

Tiga minggu dari Darwin

 

Idea Australia selanjutnya