Tiga hari hebat di Brisbane

Tiga hari hebat di Brisbane

Pastikan anda bergembira sepanjang percutian anda di Brisbane – ibu negeri yang canggih dan cerah cuacanya yang terletak di Sungai Brisbane yang berliku-liku.  Di samping tamannya yang subur dan penduduk tempatan yang bersahaja, bandar ini terkenal dengan budayanya yang tinggi dan terkemuka dengan wain, makanan dan tariannya.  Berbelanja sakan di Queen Street, kemudian tinjau bangunan bersejarah bandar ini.  Makan malam di luar sepanjang lagun berpasir di South Bank dan jelajah khazanah tarikan budayanya.  Lihat mercu tanda Brisbane sambil belayar makan angin di sungai atau dari Mt Coot-tha Lookout.  Dengar muzik yang dimainkan secara langsung di Fortitude Valley atau rapatkan diri anda dengan alam semula jadi di taman permainan pengembaraan berpasir di Moreton Island.

Brisbane, QLD
Brisbane, QLD

Hari 1: Budaya dan pelayaran sungai

Mulakan percutian anda di pusat bandar Brisbane iaitu sebuah tempat yang penuh kepelbagaian. Di sini terdapat bangunan mewah lama, pencakar langit moden dan taman yang menghijau.  Tinjau arked warisan dan lebih 500 buah kedai di Queen Street Mall yang merupakan pusat beli-belah bandar ini.   Lihat bekas Treasury Building yang elegan, ketahui tentang sejarah bandar ini di Brisbane City Hall dan dapatkan pandangan dari udara bandar ini dari menara Muzium Brisbane.  Bersiar-siar di City Botanic Garden dengan tumbuhan subtropika dan eksotik.  Kemudian naik feri ke South Bank untuk makan tengah hari di restoran tepi sungai atau berkelah di taman.  Berenang di lagun atau libatkan diri anda dalam budaya di Queensland Cultural Centre.  Tunggu sehingga senja dan naik roda ferris dan dari sini anda akan nampak keindahan bandar yang bergemerlapan.  Atau kenakan pakaian malam yang cantik untuk menyaksikan muzikal blokbuster, lakonan terkini atau persembahan opera, orkestra atau balet di Queensland Performing Arts Centre.

Botanic Gardens, Brisbane, QLD
Botanic Gardens, Brisbane, QLD

Hari 2: Fortitude Valley dan parkland

Pergi ke Fortitude Valley. Dulunya jalan di sini kasar dan berpasir tapi kini telah digentrifikasi namun masih mengekalkan gaya bohemian yang meriah.  Bersarapan di luar di Brunswick Mall yang dikelilingi barisan pokok kemudian tinjau butik funki atau lihat hasil kerja pereka tempatan di pasar hujung minggu.  Di New Farm yang berdekatan, anda boleh beristirehat di halaman yang teduh di New Farm Park atau jelajahi ruang industri yang ditukar menjadi pusat seni Powerhouse.  Belayar ke hulu dan hilir sungai dan berhenti untuk makan tengah hari di Bretts Wharf yang dipenuhi burung undan atau di Bulimba yang bersejarah.   Dari bandar, anda boleh menaiki bas ke Mt Cooot-tha Lookout dan dari sini anda boleh lihat pemandangan Brisbane hingga ke Moreton Bay dan Glasshouse Mountain. Bersiar-siar di hutan belukar simpanan, kemudian pergi ke hutan hujan di Brisbane Botanic Garden di kaki gunung.  Pada sebelah petang, balik semula ke Fortitude Valley dan alamilah kehidupan malamnya yang terkenal.   Makan malam di luar di Chinatown, kemudian berjalan-jalan di antara tempat yang memainkan muzik secara langsung dan bar serta kelab malam yang elegan hingga yang bertrend baru.

Moreton Island, QLD
Moreton Island, QLD

Hari 3: Moreton Island

Naik katamaran laju ke Moreton Island yang merupakan salah satu pulau pasir terbesar di dunia dan pulau ini dipenuhi dengan taman negara.  Jelajah pantai, lagun yang indah dan tanjung berbatu melalui salah satu denai yang banyak.  Berjalan ke Blue Lagoon atau Honeyeater Lake dan di sini anda boleh berenang dan melihat burung air yang tidak terkira banyaknya.   Berjalan ke Cape Moreton dan lihat rumah api pertama di Queensland yang dibina pada tahun 1857menggunakan batu pasir yang terdapat di pulau ini.   Lihat ikan paus berhijrah dari sini antara bulan Jun dan November.  Snorkel bersama-sama lebih daripada seratus spesies batu karang di Flinders Reef atau menyelam untuk melihat Tangalooma Wreck yang sudah berkarat dengan ikan pelangi.  Melunsur dengan tobogan di atas gumuk pasir terbesar di dunia di Mt Tempest atau sertai lawatan sambil menunggang quad bike merentasi pulau ini.  Beri makan dolfin hidung botol dengan tangan anda sendiri apabila dolfin ini berenang ke Tangalooma Beach setiap petang, kemudian tidur bertemankan bintang di salah satu tempat perkhemahan di situ.  Selain itu, pulang ke Brisbane untuk makan malam eksklusif di West End yang pelbagai budayanya.

Brisbane

Brisbane

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 2 hari.

Waktu terbaik untuk pergi :
Walaupun Brisbane merupakan destinasi yang sesuai dilawati sepanjang tahun, namun pada musim sejuk dari bulan Jun hingga Ogos, suhunya sejuk dan nyaman serta hujan turun agak sedikit.

 

Idea Australia selanjutnya