Tiga hari yang hebat di Cairns

Tiga hari yang hebat di Cairns

Segala-galanya hebat di Cairns yang cerah disinari mentari dan sofistikated, gerbang masuk kepada Terumbu Sawar Besar (Great Barrier Reef) yang tersenarai sebagai Warisan Dunia dan hab antarabangsa bagi para pelancong yang bermandikan sinar matahari. Terlalu banyak untuk dilakukan di sini, dan anda mungkin perlu melakukannya dengan perlahan-lahan. Berjalan-jalan melewati lagun dan tempat berkelah di Cairns Esplanade, lakukan pelancongan berjalan kaki Orang Asli atau bersantai penuh nikmat di pasir putih gebu Pantai Mission. Ataupun, selami aksi terjun udara atau melakukan terjun lelabah. Bersnorkel atau selam skuba bersama-sama ikan dan karang berwarna-warni atau belayar melewati pulau-pulau yang masih asli di Terumbu Sawar Besar (Great Barrier Reef). Lakukan lawatan sehari ke desa Kuranda yang permai dan penuh dengan rama-rama berterbangan dan jelajahi suasana restoran dan bar di Cairns.

Cairns, QLD
Cairns, QLD

Hari 1: Pemandangan di Cairns

Mula nikmati rasa percutian tropika dengan bersiar-siar di sepanjang jalur pantai Cairns Esplanade,  pusat (remove dash) sosial dan rekreasi bandar raya ini. Berhenti seketika untuk menikmati sarapan gaya alfresko di kafe bergaya moden dan lihat penduduk tempatan bergegas ke sana sini dengan penuh bertenaga menggunakan basikal dan kasut roda. Selepas itu dinginkan diri di lagun air masin yang besar atau bersantai di atas padang bersama-sama pengembara dari seluruh dunia. Bersantai dengan berjalan kaki dengan tenang melalui Taman Botani Cairns dan lalui tengah hari yang santai di Pantai Mission yang dipinggiri hutan hujan, di selatan Cairns. Layari jalan air Trinity Inlet yang dipinggiri bakau atau terokai kawasan ini dengan pelancongan berjalan kaki Orang Asli sambil belajar mengenai ikan, ketam dan tumbuhan ubat-ubatan. Atau, uji keberanian anda dengan melakukan terjun lelabah atau terjun udara. Pada waktu petang, jamu mata dengan hasil seni Orang Asli di pasar malam, saksikan mentari melabuhkan tirai di kaki langit dan kembali ke Cairns Esplanade untuk menjamu selera dengan makanan laut yang segar.

Terumbu Sawar Besar, QLD
Terumbu Sawar Besar, QLD

Hari 2: Terumbu Sawar Besar (Great Barrier Reef)

Terdapat pelbagai aktiviti pelancongan di kawasan karang yang sesuai dengan setiap tahap keberanian dan pengalaman. Pergi bersnorkel, belajar menyelam atau lihat karang di dalam bot dengan buritan kaca tanpa perlu membasahkan diri. Lakukan lawatan sehari ke kai karang berusia 6000 tahun di Pulau Green. Bersnorkel bersama-sama ikan tropika berwarna terang, dan terokai pantai putih bersih dan hutan hujan yang subur menghijau di pulau ini. Kunjungi Michaelmas Cay, habitat bagi ribuan unggas laut yang bersarang, pelbagai terumbu, kepah gergasi dan karang yang berwarna-warni. Belayar melewati pulau-pulau yang dihiasi pepohon nyiur untuk ke Upolu Cay – sebuah pulau berpasir kecil di atas rangka terumbu karang. Berkunjung ke Karang Luar di atas pontun berbilang tingkat atau terokainya dalam lawatan menyelam pengenalan. Temui taman terumbu, hidupan marin dan tempat perlindungan penyu bersama-sama tenaga pengajar yang berpengalaman. Lanjutkan kunjungan anda dan pastikan anda ditauliahkan dalam kursus lima hari PADI. Bagi penyelam yang berpengalaman, terdapat lawatan menginap di atas kapal selama beberapa hari.

Hutan Hujan Kuranda, QLD
Hutan Hujan Kuranda, QLD

Hari 3: Hutan Hujan Kuranda

Naiki kereta api Kuranda yang bersejarah dengan pemandangan indah merentasi gunung, hutan hujan tropika, air terjun dan taman negara hingga ke desa hutan hujan Kuranda yang permai. Nikmati sarapan atau makan lewat pagi di tengah-tengah hutan hujan yang tersenarai sebagai Warisan Dunia, sambil menyaksikan unggas dan rama-rama terbang ke sana ke mari. Kemudian ikuti laluan berjalan kaki melalui tumbuhan subur menghijau. Berjalan kaki secara santai dan singkat ke Jum Rum Creek dan Air Terjun Davies Creek atau kembara berjalan kaki selama empat jam ke Air Terjun Barron yang amat menakjubkan. Belayar menyusuri sungai melewati platipus, penyu, sang katak berwarna hijau, nuri yang semarak warnanya serta buaya air tawar. Selepas itu, jamu mata di pasar yang meriah untuk membeli batu baiduri, seni Orang Asli dan barang kemas buatan tangan. Jadilah model untuk potret, saksikan persembahan jalanan dan rasai madu, makadamia dan jus tempatan yang eksotik.  Berbagai-bagai galeri terdapat di sini, sebahagian besarnya khusus ditumpukan kepada seni dan artifak budaya Orang Asli. Belajar bermain didgeridoo dan pelajari sejarah serbaneka suku Orang Asli yang mendalam di hutan hujan ini. Sekembalinya ke Cairns, hayati semula suasana malam yang bertenaga di sepanjang Spence dan Lake Street.

Cairns

Cairns

Waktu terbaik untuk pergi :
Cairns ialah destinasi yang boleh dikunjungi sepanjang tahun tetapi bulan yang optimum ialah dari Jun hingga September kerana waktu petangnya berudara segar dan kebolehlihatan air sangat baik pada waktu ini.

 

Idea Australia selanjutnya