Tiga hari yang hebat di Gold Coast

Tiga hari yang hebat di Gold Coast

Gold Coast, QLD
Gold Coast, QLD

Hari 1: Berjemur di bawah sinaran matahari dan alami keseronokan

Pagi: Bersarapan di Pantai Main yang penuh glamor sebelum berenang untuk menyegarkan badan. Di pesisir pantai, anda boleh bersnorkel atau menyelam dengan hidupan laut yang berwarna terang dalam bangkai kapal Scottish Prince.

Tengah hari: Belajar meluncur di Surfers Paradise atau Broadbeach. Jika anda lebih suka bunyi mesin daftar tunai dari bunyi ombak menghempas, terokai kedai berjenama sepanjang lebuh Orchid dan Elkhorn atau hala ke kompleks beli-belah bertaraf tinggi Marina Mirage.

Petang/malam: Bersiar-siar pada waktu petang di pasar seni dan pertukangan di Lebuh Cavill. Makan luar di restoran sepanjang Lebuh Orchid atau tuju ke Burleigh Heads untuk hidangan di tepi pantai.

Seaworld, QLD
Seaworld, QLD

Hari 2: Dapatkan keseronokan taman tema

Pagi: Beli pas taman tema dan tuju ke Dreamworld, di mana anda boleh menaiki helikopter untuk penerbangan menyaksikan pemandangan indah atau bertahan daripada dari ombak paling besar di Wipeout. Meredah jeram dengan menaiki balak berongga atau cuba roller coaster motosikal yang pertama di Australia. 

Tengah hari: Lawati Sea World, tempat untuk menyaksikan dolfin berpusing di udara dan dihiburkan oleh beruang kutub. Sebagai alternatif, dapatkan keseronokan dalam permainan bertemakan filem di Movie World atau pergi ke kolam ombak besar di Taman Air Wet 'n' Wild.

Petang/malam: Sertai pelayaran kabaret dari Main Beach Marina atau nikmati hidangan yang mendamaikan di Coolongatta.

Gold Coast Hinterland, QLD
Gold Coast Hinterland, QLD

Hari 3: Menuju ke daerah pedalaman

Sertai ekopelancongan menaiki kenderaan pacuan empat roda ke hutan hujan subtropika yang subur di Banjaran McPherson. Lihat koloni cacing bercahaya yang terbesar di Australia dalam gua di bawah air terjun Natural Arch yang mengagumkan di Taman Negara Springbrook. Berjalan di sepanjang kanopi puncak pokok dan melewati gaung, pokok purba, air terjun, serta hidupan liar dalam tempat perlindungan ekologi Taman Negara Lamington. Bergegas keluar untuk melihat lata Mount Tamborine di sepanjang perjalanan.

Gold Coast

Gold Coast

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 2 hari.

Waktu terbaik untuk pergi :
Sepanjang tahun - Gold Coast mengalami musim panas yang agak panas dan musim sejuk yang sederhana sejuk dengan purata cahaya matahari 300 hari setahun.

 

Idea Australia selanjutnya