Jalan Great Sunshine, Queensland

Jalan Great Sunshine, Queensland

Gold Coast – Brisbane – Noosa – Fraser Island – Bundaberg
Perjalanan 3 hari dengan kenderaan

Memandu dari pantai luncur ombak, taman tema yang menyeronokkan dan daerah pedalaman Gold Coast yang subur ke ibu kota Brisbane yang meriah. Susuri Brisbane River, daki Jambatan Story dan hayati budaya tempatan di South Bank. Nikmati kecanggihan Jalan Hasting Noosa yang cerah atau lihat koala di hutan hujan tepi pantai Taman Negara Noosa. Saksikan paus dari Hervey Bay dan jelajahi tempat tarikan berpasir Fraser Island menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Tamatkan perjalanan anda di Bundaberg, bandar gula dan rum bersejarah di mana anda boleh berjalan di pantai tanpa penghujungnya dan menyelam di pulau batu karang paling selatan Terumbu Sawar Besar.

Gold Coast, QLD
Gold Coast, QLD

Hari 1 – Gold Coast ke Brisbane

Habiskan masa sepanjang hari dengan bersantai di pantai, membeli-belah dan menikmati kemeriahan tanpa henti Gold Coast. Luncuri gelombang hebat di Pantai Broadbeach, Kirra dan Main. Atau berjemur di atas pasir keemasan Surfers Paradise, di mana selepas itu anda boleh keluar masuk kedai, kafe dan restoran Cavill Avenue yang sibuk. Bersnorkel atau menyelam di celah-celah Scottish Prince yang ranap di luar Main Beach atau jelajahi terumbu tiruan tidak jauh dari Narrow Neck. Di kawasan pedalaman, anda boleh dapati air terjun, kolam batu dan hutan hujan sub-tropika Tamborine Mountain, Taman Negara Lamington dan Springbrook. Untuk merasai keseronokan taman tema, berenang bersama dolfin dan peluk anjing laut di Warner Bros Movie World dan bertahan mengharungi gelombang pasang surut yang besar di Dreamworld. Sebaik sahaja anda selesai menikmati kesemua itu, buat perjalanan sejam berkereta ke ibu kota sub-tropika Brisbane yang canggih.

Noosa, QLD
Noosa, QLD

Hari 2 – Brisbane ke Noosa

Nikmati gaya hidup luar yang santai di Brisbane dengan berbasikal di City Botanic Garden, menyusuri Brisbane River atau bermalas-malas di lagun South Bank. Lawati Pusat Budaya Queensland atau jelajahi kafe dan butik Lembah Fortitude. Untuk melihat keindahan bandar dan kawasan sekitarnya yang menguja, anda boleh mendaki jambatan, menapak turun Cenuram Kangaroo Point atau menaiki belon udara panas. Kemudian, menuju ke utara untuk menyertai keglamoran Noosa. Jelajahi butik, bistro dan pangsapuri tepi pantai Jalan Hastings dan bersiar-siar meniti titian sambil menikmati pemandangan yang cantik di sekitarnya. Ikut liku-liku denai pejalan kaki antara pantai dan belukar di Taman Negara Noosa, berhenti sebentar di stesen peninjau untuk menyaksikan keindahan alam. Noosa juga mempunyai tempat yang hebat untuk memancing, bermain jet ski, luncur air, luncur ombak dan belayar. Tidur sambil dibuai bunyi ombak yang memecah di pantai dan bangun di waktu pagi untuk menyaksikan koala dan burung-burung eksotik bertenggek di pohon yang berdekatan dengan tempat penginapan anda.

Lady Elliot, QLD
Lady Elliot, QLD

Hari 3 – Noosa ke Bundaberg melalui Fraser Island

Kembali meneruskan perjalanan, anda akan melalui pekan kerubut emas Gympie dan Maryborough, bandar wilayah tertua Queensland. Saksikan ikan paus dari Hervey Bay atau naiki bot ke Fraser Bay yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia yang terletak cuma di utara Pantai Rainbow. Anda boleh melanjutkan percutian anda di pulau pasir terbesar di dunia ini selama beberapa malam lagi di resort atau kabin atau berkhemah di pantai. Sewa kenderaan pacuan empat roda atau sertai lawatan untuk melihat tempat tarikan pulau, dari McKenzie Lake yang cantik hingga ke hutan hujan berdekatan Central Station dan cenuram Cathedrals yang berwarna-warni.
Menyeberang pulang ke tanah besar dan teruskan perjalanan ke Bundaberg, sebuah bandar tebu bersejarah dan pintu masuk ke Terumbu Sawar Besar selatan. Bersiar-siar melewati bangunan kolonial mewah dan belayar menyusuri Burnett River. Lihat penyu bertelur di Mon Repos, bersnorkel dan menyelam di terumbu karang dan kai Pulau-Pulau Lady Musgrage dan Lady Elliot dan bermain-main pasir di Pantai Bargara. Berenang atau memancing di Elliot Heads, menyelam dari Suak Coral dan Taman Innes atau melihat kanggaru di Pantai Woodgate, antara beberapa tarikan di sepanjang pinggir pantai Bundaberg yang bersih, sepanjang 140 kilometer.

Sepintas lalu

 

Idea Australia selanjutnya