Laluan Savannah, Queensland

Laluan Savannah, Queensland

Cairns – Ravenshoe – Georgetown – Normanton – Katherine
Perjalanan 6 hari dengan kenderaan

Memandu dari Cairns, melalui Tropical Tablelands Queensland yang subur ke Gulf Savannah yang terpencil dan sempadan Northern Territory. Berjalan melalui hutan hujan yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia di Kuranda dan jelajahi kawasan desa Mareeba yang kaya dengan hasilnya. Jelajah kawasan desa yang subur di sekitar Mareeba dan kunjungi kuil China yang berusia seabad di Atherton dan bermalam di Ravenshoe iaitu bandar tertinggi di Queensland. Kagumi Air Terjun Millstream, air terjun yang paling lebar di Australia dan terokai gua-gua di Taman Negara Gunung Berapi Undara, sistem lahar yang terpanjang di dunia. Gali emas di Croydon dan Georgetown yang bersejarah dan memancing ikan barramundi di Normantown. Ketahui gaung tersembunyi dan seni batu Orang Asli di Taman Negara Boodjamulla sebelum melintas Central Gulf ke dalam Northern Territory. Dari sini, Savannah Way meneruskan pengembaraan kawasan pedalaman yang mencabar ke Katherine dan terus ke bandar perusahaan mutiara Broome.

Kuranda, Savannah Way
Kuranda

Hari 1 - Cairns ke Atherton

Dari Cairns, pulau, hutan hujan dan terumbu di North Queensland yang beriklim tropika berada dekat dengan anda. Berjalan melalui semak, lawati Barron Falls dan merayau-rayau di pasar di bandar hutan hujan Kuranda yang dipinggiri rama-rama. Teruskan perjalanan ke selatan menuju ke Mareeba yang dikelilingi dusun, ladang kopi, ladang anggur dan ladang tebu di Tropical Tablelands. Berjalan melalui semak dan lihat burung tempatan yang jarang di Mareeba Wetlands dan jelajahi bentukan batu gunung berapi di Granite Gorge. Jauh ke timur, lihat galeri seni batu Orang Asli di Davies Creek National Park atau berenang di bawah Emerald Creek Falls. Untuk pengembaraan aktiviti lasak, pandu kereta 140 km ke barat menuju ke Chillagoe Caves yang berbatu kapur. Atau teruskan melalui Tolga Scrub yang kaya dengan kehidupan liar ke Atherton di tengah-tengah Tropical Tablelands yang indah. Berjalan meredah hutan hujan dan melepasi air terjun kecil untuk melihat pemandangan puncak dataran tinggi dari gunung berapi yang mati di Halloran Hill. Naik kereta api stim menuju ke bandar lama perlombongan timah di Herberton atau pandu kereta ke sana di sepanjang Kennedy Highway. Berkelah di Platypus Park, berkunjung ke kuil Cina yang seabad usianya dan mendengar bunyi burung yang sumbang tapi merdu di Hasties Swamp.

Millaa Millaa Falls, Savannah Way
Millaa Millaa Falls

Hari 2 – Atherton ke Georgetown

Ketahui lebih tarikan cantik di keliling Atherton. Mendaki melalui hutan hujan, pain dan ladang eucalypt di Danbulla State Forest atau memancing untuk barramundi dari Barron River. Memandu ke Malanda yang kaya dengan ladang tenusu untuk melihat Broomfield Swamp yang purba dan berjalan ke Malanda Falls. Atau ambil lencongan ke selatan ke Taman Negara Hypipamee untuk melihat kawah dalam yang dipenuhi air. Dari Ravenshoe, bandar tertinggi Queensland, ianya hanya satu perjalanan pendek melalui semak ke Tully Falls, yang cukup deras selepas hujan di musim hujan. Berkhemah, meluncur air dan memancing di Koombooloomba Dam yang terletak berdekatan. Pandu Waterfall Circuit melepasi air terjun yang cukup cantik ke Millaa Millaa yang aneh dan menarik. Memandu di sepanjang lebuh raya menuju ke Millstream Falls iaitu air terjun terluas di Australia dan Innot Hot Springs. Bawa diri anda melalui belukar menjalar dan pokok fig gergasi di Wurruma Swamp. Dari sini, menuju ke barat ke sistem lava terpanjang di dunia di Taman Negara Undara Volcanic. Cari batu permata di Mt Surprise sebelum menuju ke pusat emas lampau Georgetown.

Normanton, Savannah Way
Normanton

Hari 3 –Georgetown ke Normanton

Cari emas di Georgetown, dulunya dipanggil ‘poor man’s goldfield’ untuk ketul emas yang boleh diambil terus dari permukaan. Hari ini, dengan pertolongan permit dan peralatan moden, anda masih boleh mendapat kuantiti emas dan permata separa bernilai yang boleh dibanggakan. Lihat thunder eggs dan batu agat di Forsyth, kemudian menuju ke Agate Creek Mineral Reserve untuk mencari batu agat anda dengan lingkaran dan warnanya yang menakjuban. Lintasi Cumberland Chimney, tinggalan kilang memecah batuan gergasi yang dibina oleh tukang batu Cornish semasa kerubut emas Savannah. Berhenti di Croydon, di mana bangunan National Trust berdiri sebagai peringatan kepada sejarah bandar ini sebagai pusat perlombongan emas yang hebat. Lawati Croydon Cemetry dan lihat ukiran Cina yang elegan diukir di atas kubur Cina. Berhenti untuk berenang dan melihat burung di Lake Belmore, tasik air tawar terbesar di Savannah. Lawati Golden Gate Mine yang bersejarah, sebelum menuju ke Normanton di pinggir Gulf of Carpenteria.

Karumba, Savannah Way
Karumba

Hari 4 – Normantown ke Burketown

Lepaskan tali pancing anda untuk barramundi dan lihat burung tempatan di Normanton, yang terletak di atas rabung pasir yang tinggi, melihat keluar ke padang rumput di sebelah barat dan kawasan tanah lembap di utara. Tangkap gambar dengan Krys, Raja Savannah. Berukuran hampir 9 meter, ia replika saiz sebenar buaya terbesar yang pernah ditangkap. Lawati penjara bersejarah dan berpusing melalui kawasan desa di atas keretapi Gulflander balik ke Croydon. Jelajahi kawasan tanah lembab di antara Normantown dan Karumba, kediaman buaya air masin dan satu pertiga burung meranduk yang berhijrah di Australia. Berhenti di Karumba untuk udang dan ikan yang ditangkap segar dari Norman River. Dari sini, kebanyakan masa anda akan memandu di atas jalan lumpur di tepi keretapi jalan yang bergemuruh. Berhenti di Burke and Wills Cairn, titik paling utara dicapai oleh peneroka-peneroka malang dalam ekspedisi 1861 – atau untuk berkelah di bawah Leichhardt Falls. Destinasi hari anda ialah Burketown, bandar tertua di Gulf di sepanjang tebing Albert River.

Taman Negara Lawn Hill, Savannah Way
Taman Negara Lawn Hill

Hari 5 – Burketown ke Borroloola

Cabar reputasi bandar ini sebagai ibu negeri ikan barramundi dengan melabuhkan tali pancing anda di Albert River. Kemudian menuju selatan ke syurga mengkaji burung Bluebush Swamp, dan Gregory Downs sepanjang Gregory River yang aman. Berkanu dan berjalan melalui semak di sini atau di Taman Negara Boodjamulla (Lawn Hill) – oasis cenuram batu pasir, tumbuh-tumbuhan tropikal, caruk berwarna hijau dan seni batu Waanyi. Ikuti laluan Wild Dog Dreaming, nikmati pandangan panoramik merentasi Constance Range dan lihat buaya air tawar berjemur di bawah matahari. Menuju ke barat melalui komuniti Orang Asli di Doomadgee, di mana anda boleh tinggal semalaman jika mendapat kelulusan terdahulu. Jika tidak, beli makanan dan minyak yang secukupnya di kedai serbaneka dan teruskan perjalanan. Berhenti di Hells Gate, pintu gerbang ke Macassan Coast di Northern Territory, untuk pemandangan hebat merentasi dataran banjir dan tubir Barkly Tableland. Tangkap ikan di lopak berair Kingfisher Camp dan kemudian memandu merentasi sempadan Northern Territory ke komuniti memancing terpencil di Borroloola.

Mataranka, Savannah Way
Mataranka

Hari 6- Borroloola ke Katherine

Anda boleh tinggal untuk sehari lebih dan sewa rumah bot dari King Ash Bay. Atau ambil lencongan ke selatan untuk menjelajahi kawasan pemuliharaan simpanan Caranbirini, kediaman kepada puncak menara batu pasir yang menjulang tinggi, kawasan seni Orang Asli, lopak berair dan banyak spesies terancam. Lebih ke selatan anda akan melintasi Cape Crawford dan pencakar langit batu pasir The Lost City, salah satu antara tiga di Northern Territory. Untuk sampai ke Katherine dalam sehari, menuju utara dari Borroloola. Tangkap ikan barramundi pada awal pagi di McAthur River, kemudian memandu ke Roper Bar di atas Roper River yang disisiri pandan. Berhenti di sini untuk memancing, mengisi minyak atau menghentikan perjalanan seketika dengan berkhemah semalaman. Kemudian teruskan perjalanan ke Mataranka, di mana anda boleh bersantai dan menyegarkan diri di kolam air panas di Rainbow and Bitter Springs di Taman Negara Elsey. Dari sini, Stuart Highway yang diturap membawa anda utara ke Katherine yang sibuk, berdekatan air terjun yang dramatik dan lurah subuh Taman Negara Nitmiluk. Dari Katherine, anda boleh memandu sepanjang Savannah Way terus ke Broome di Australia Barat.

Laluan Savannah, Queensland

Laluan Savannah, Queensland

 

Idea Australia selanjutnya