Tiga hari hebat di Adelaide

Tiga hari hebat di Adelaide

Beralih dari tarikan kebudayaan ke pantai di Adelaide, yang menempatkan restoran, taman-taman dan wilayah wain yang mudah untuk ke sana.  Terokai masa silam bandar ini dalam bangunan batu pasir yang tersergam megah sepanjang North Terrace.  Kembalikan semangat zaman remaja anda dalam lingkungan permukaan luar bangunan yang anggun sepanjang jalur medan selera popular Rundle Street dan Gouger Street.  Lupakan diri anda di taman-taman yang luas yang meliputi hampir separuh daripada bandar raya ini.  Berenang bersama lelumba di Glenelg dan bergembira menyambut pesta musim panas di tepi pantai Henley  Lakukan perjalanan sehari ke Semenanjung Fleurieu, berhenti untuk meninjau kilang wain, bermain-main di pantai putih bersih, mengembara berjalan kaki sepanjang pantai yang lasak dan mendekati hidupan liar.

Pasar Pusat Adelaide, SA
Pasar Pusat Adelaide, SA

Hari 1: Gabungkan budaya dengan udara segar

Saksikan aksi dan warna warni Adelaide Central Market (Pasar Pusat Adelaide) – pusat makanan segar bandar ini – dari salah sebuah kafe gourmet di situ.  Kemudian meninjau-ninjau galeri, muzium dan bangunan kolonial di lebuh hias kebudayaan Adelaide, di North Terrace.  Bersiar-siar melalui Stesen Kereta Api untuk melihat Bangunan Parlimen dan  Government House (Bangunan Kerajaan).  Tinjau bar wain, butik, panggung seni dan restoran anggun di Rundle Street yang berkaitan.  Tinjau pelbagai tempat membeli belah di Rundle Mall, singkap rahsia fesyen di Ebenezer Place dan terokai pasar Minggu di sini.  Makan tengah hari di anjung besi tempa atau pergi ke taman yang mengelilingi bandar ini untuk berkelah.  Sewa perahu dayung atau kunjungi taman mawar yang semerbak harum di Rymill Park, lihat art-deco Palm House di Taman Botani atau kayuh basikal menyusuri pinggir Sungai Torrens di Taman Linear. Menjelang senja, makan malam di sepanjang  Gouger, O’Connell dan Melbourne Streets yang terkini.  Atau menonton persembahan teater, opera, tarian, kabaret atau komedi di Adelaide Festival Centre di North Terrace.

Glenelg, SA
Glenelg, SA

Hari 2: Jom ke pantai

Naik trem pergi ke Glenelg di Holdfast Bay dan di situ anda boleh menyaksikan perarakan dari kafe di Jetty Road.   Meninjau kedai-kedai, menyelam di bawah ombak atau beristirehat di pantai yang putih bersih.   Dari sini anda berenang bersama-sama dolfin atau tunggang bot jet yang memacu adrenalin di sepanjang pantai.  Ketahui tentang sejarah kawasan ini di pusat penemuan di Glenelg Town Hall atau berjalan di Federation and Proclamation Trail.  Berkelah di tepi pantai yang terbentang luas, berjalan mengikut Aboriginal Tjilbruke Trail dan berkunjung ke Kingston House yang bersejarah di Kingston Park Coastal Reserve.  Bersiar-siar sepanjang esplanad hingga ke perkampungan tepi pantai Brighton, kemudian naik bas ke Port Adelaide.  Pada waktu tengah hari, jelajah muzium, gudang yang digentrifikasi dan landskap jalanan bersejarah pusat maritim bandar ini.  Lengkapkan hari anda dengan bersiar-siar di tepi pantai di Henley.  Makan malam di luar di salah sebuah kedai makan pelbagai budaya yang terletak di sepanjang Henley Road dan tonton pancaragam yang membuat persembahan secara langsung di Henley Square pada musim panas.

McLaren Vale, SA
McLaren Vale, SA

Hari 3: Fleurieu Peninsula

Sewa kereta dan pandu ke selatan menuju ke kawasan wain McLaren Vale dan anda boleh berkunjung ke galeri dan bilik simpanan wain serta membeli buah zaitun, minyak, keju, badam dan buah beri dari gerai di tepi jalan dan dusun.  Jika anda rasa bertenaga, sewa basikal dan berbasikal sepanjang landasan kereta api lama ke Willunga yang mempunyai keindahan seni.  Memandu di sepanjang pantai Gulf St Vincent dan berhenti untuk berenang di Port Willunga dan Christies serta pantai Maslin.    Atau berjalan melalui bukit hijau yang beralun di  Mount Compass (satu-satunya tempat lumba lembu diadakan pada setiap bulan Februari) dan Yankalilla ke Cape Jervis.  Memancing dari jeti di sini atau berjalan di pinggir laut Deep Creek Conservation Park yang berceranggah dan hebat pemandangannya.  Pandu pulang sepanjang pinggir laut timur semenanjung.  Lihat penguin kecil dari jarak dekat dan lihat ikan paus berhijrah antara bulan Jun dan Oktober di Victor Harbor.  Berhenti di Goolwa untuk belayar di The Coorong atau kunjungi ladang anggur dan tanah lembap Currency Creek.  Balik semula ke Adelaide melalui Strathalbyn iaitu pusat barangan antik dan bandar bersejarah.

Adelaide

Adelaide

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 1 hari.

Waktu terbaik untuk pergi :
Masa terbaik untuk berkunjung ke sini ialah pada musim panas apabila cuacanya panas dan agak kering. Musim bunga dan musim luruh juga nyaman dengan hujan yang sedikit walaupun suhunya agak sejuk.

 

Idea Australia selanjutnya