Lingkaran Australia Selatan

Lingkaran Australia Selatan

Adelaide – Flinders Ranges – Adelaide - Kangaroo Island
Perjalanan 8-14 hari dengan kenderaan

Nikmati makanan dan wain yang baik di Lembah Barossa dan Lembah Clare, jelajahi Banjaran Flinders yang berceranggah dan temui banyak hidupan liar di Kanggaru Island. Rasai wain yang dibuat oleh paderi Jesuit di Sevenhill, daki amfiteater semula jadi Wilpena Pound yang besar dan lawati pekan perlombongan tembaga Burra yang bersejarah. Berenang, meluncur ombok, bersnorkel dan meredah belukar sepanjang Semenanjung Fleurieu sebelum melihat sendiri penguin secara dekat di Penneshaw dan koloni singa laut di Seal Rocks di Kanggaru Island. Perjalanan yang indah ini memaparkan tempat tarikan yang paling terkenal di Australia di dua lingkaran yang lebih kecil melalui ibu kota Adelaide yang anggun.

Barossa Valley, SA
Barossa Valley, SA

Hari 1 – Adelaide ke Barossa Valley

Mengembara ke utara keluar dari kawasan Adelaide ke bukit-bukau yang menghijau dan 60 buahtempat simpanan wain di Barossa Valley. Lawati tempat penghasilan wain yang terkenal di dunia seperti Yalumba, Seppelts, Penfolds dan Creek Visitor Centre di Jacob serta rasai sampel hasil tempatan yang berkualiti di Butcher, Baker dan WineMaker Trail. Sertai kelas kemahiran wain atau menyaksikan artisan-artisan yang sedang bekerja di salah sebuah studio. Di bandar warisan Gawler yang berhampirananda boleh dapati gereja batu, galeri dan muzium serta ladang anggur yang dijaga rapi. Rasai strudel dari kilang roti Jerman Lyndoch. Lawati Pusat Wain Barossa di Tanunda dan jelajahi Kapunda iaitu pekan perlombongan tembaga yang pertama di Australia Selatan.

Clare Valley, SA
Clare Valley, SA

Hari 2 – Barossa Valley ke Quorn

Ikut Jalan Utara Utama ke Clare Valley untuk melihat lagi gourmet yang digemari. Rasai wain kudus yang dibuat oleh paderi Jesuit di sebalik pintu tempat simpanan wain di Sevenhill, kemudian jelajahi restoran, kafe dan pub di Auburn. Beli keluaran negara dari pasar yang berwarna-warni di Sevenhill atau ambil kursus memasak di Thorn Park. Jika anda mahu membakar sedikit kalori, berjalan atau berbasikal sepanjang 25 kilometer di Riesling Trail antara ladang anggur dan restoran, bukit yang hijau, gereja dan bangunan batu. Luangkan masa melawati pekan Mintaro yang bersejarah dan rumah agam Zaman George yang tersergam indah di Martindale Hall. Teruskan perjalanan di Jalan Utara Utama ke Melrose, di kaki Mount Remarkable di Banjaran Flinder selatan. Daki gunung, bersiar-siar melewati bangunan bersejarah pekan tersebut atau teruskan perjalanan ke Taman Negara Mount Remarkable berdekatan Wilmington. Dari sini, tidak jauh perjalanan berkereta ke Quoran, tempat di mana terdapatnya galeri dan landasan kereta api Pichi Richi yang bersejarah. Bermalam di situ sebelum anda meneruskan pengembaraan Banjaran Flinders anda.

Wilpena Pound, SA
Wilpena Pound, SA

Hari 3 – Quorn ke Wilpena Pound

Mengembara ke Hawker melintasi tinggalan rumah ladang Kanyaka dan seni batu Orang Asli Australia di Gua Yourambulla. Dari Hawker, cuma perjalanan singkat ke amfiteater semula jadi Wilpena Pound yang besar, di tengah-tengah Taman Negara Banjaran Flinders. Anda boleh mengikuti beberapa laluan pejalan kaki ke pinggir perani, dari mendaki ke Mt Ohlssen Bagge ke perjalanan singkat ke Rumah Ladang Hill. Untuk benar-benar menghargai keluasan Wilpena dan keagungannya, anda harus terbang melintasinya untuk menyaksikan pemandangan indah yang terbentang di bawah. Kunjungi Arkaroo Rock dan baca kisah orang Adnyamathana tentang bagaimana paun tercipta dalam seni purba pada dinding batu. Lihat pemandangan waktu fajar menyingsing yang menakjubkan dari Bunyeroo Valley dan fosil-fosil di dasar laut purba dan kemungkinan walabi batu berkaki kuning yang jarang ditemui di Gaung Brachina. Tinggal semalaman di Hawker, pusat pelancongan Banjaran Flinders.

Arkaroola, SA
Arkaroola, SA

Hari 4 – Wilpena Pound ke Arkaroola

Nikmati pemandangan gunung-ganang yang mengagumkan sewaktu anda melalui Blinman, pekan tertinggi Selatan Australia, dan melewati Taman Negara Banjaran Vulkathunha–Gammon. Anda boleh mendirikan khemah atau tidur di penginapan pedalaman bercirikan kampung dan menjelajah tempat tarikan seperti Bunyip Chasm serta gaung Italowie dan Weetootla. Di sebelah utara ialah Kawasan Perlindungan Hutan Arkaroola yang berceranggah dan terpencil, di mana anda boleh meredah belukar, berbasikal lasak, menunggang unta atau menaiki penerbangan untuk menikmati pemandangannya yang indah. Alami penjelajahan Ridgetop merentasi puncak bukit, lihat kilauan tasik garam Frome Lake dan renung ke angkasa dari satu daripada tiga balai cerap.

Parachilna, SA
Parachilna, SA

Hari 5 – Arkaroola ke Parachilna

Lihat kesenian batu, rasai makanan bush tucker dan lawati tempat-tempat suci bersama pemandu pelancong Andnyamathana di Vulkathunha–Gammon Ranges National Park. Selepas itu, keluarlah dari Banjaran Flinders, melepasi Copley dan Leigh Creek ke bandar landasan kereta api yang kecil di Parachilna. Saksikan matahari terbenam di sebalik dataran saltbush dari Hotel Prairie yang terkenal atau pandulah ke Gaung Parachilna untuk melihat matahari menerangi tembok-tembok tinggi.

Semenanjung Fleurieu, SA
Semenanjung Fleurieu, SA

Hari 6 – Parachilna ke Cape Jervis

Pandu balik melalui Hawker dan berhenti di Magnetic Hill, di mana suatu ilusi optik membuatkan kereta anda kelihatan meluncur menaiki bukit. Jelajahi sejarah kereta api wap di Peterborough dan Steamtown dan kagumi rumah petani warisan di pekan perlombongan tembaga lama Burra. Temui fosil mega fauna di denai Red Banks yang memberikan berbagai-bagai makna, berbasikal lasak di Denai Burra atau alami landskap kawasan pedalaman dengan menunggang kuda. Rasai cider epal di Thorogoods sebelum menghala melalui Adelaide ke lebih 60 pusat penghasilan wain, kebun badam dan galeri kawasan wain McLaren Vale di Semenanjung Fleurieu. Jangan lepaskan peluang untuk memancing di jeti atau meredah belukar berhampiran Taman Pemuliharaan Deep Creek. Anda juga boleh melanjutkan perjalanan anda dengan pengembaraan berjalan kaki selama empat hari sepanjang Denai Heysen ke Pelabuhan Victor.

Kangaroo Island, SA
Kangaroo Island, SA

Hari 7 – Cape Jervis ke Kangaroo Island

Nikmati pinggir pantai Semenanjung Fleurieu yang hebat dalam perjalanan 45 minit menaiki feri ke Kangaroo Island. Anda akan tiba di Penneshaw, di mana pada waktu petang anda dapat menyaksikan penguin-penguin kecil berpasang-pasangan berhijrah ke pantai. Dari American Beach yang berdekatan, anda boleh menyelam di celah-celah bangkai kapal dan dengan naga laut berdaun. Kemudian anda boleh menghala ke Kingscote dan beri makan burung undan merah jambu di Beares Point. Memancing dari jeti bersejarah di Emu Bay, kemudian berenang di dalam kolam batu di samping koala dan lorikeet di Stokes Bay. Semasa anda mengelilingi pulau jauh ke barat, anda akan temui Cape Borda terpencil yang terdedah kepada tiupan angin. Perhatikan meriam ditembak dan bacalah diari rungutan penjaga rumah api dari abad yang lalu dalam lawatan ke rumah api tersebut. Teruskan perjalanan ke selatan, ke Remarkable Rocks di Taman Negara Flinders Chase dan saksikan keajaiban gua bawah tanah Kelly Hill. Kembali ke pantai, anda boleh berenang dan bermain luncur air dari pantai Vivonne Bay dan temui anjing laut yang jinak di atas batuan di Seal Bay. Dalam perjalanan menghala balik ke Penneshaw, singgah sebentar untuk membeli sedikit madu Ligurian yang segar dari Ladang Madu Cifford.

Penneshaw, SA
Penneshaw, SA

Hari 8 – Kangaroo Island ke Adelaide

Dari Penneshaw, naik feri SeaLink untuk pulang ke tanah besar, kemudian alami perjalanan indah berkereta sepanjang pinggir pantai selatan semenanjung. Anda boleh meredah belukar di Taman Pemuliharaan Deep Creek dan melihat ikan paus berhijrah serta penguin comel berjalan terkedek-kedek di Pelabuhan Victor. Berenang dan meluncur papan bugi dari Horseshoe bay di Pelabuhan Elliot, di mana anda juga boleh berbasikal atau meniti di puncak cenuram. Singgah seketika di Goolwa dan susuri Murray River atau berkanu melewati unggas tanah paya di lagun cetek Coorong yang bergemerlapan. Hala pulang melalui Strathalbyn dan Mount Barker sebelum tiba di Adelaide.

Lingkaran Australia Selatan

Lingkaran Australia Selatan

 

Idea Australia selanjutnya