Sydney's Great Coastal Walk - Barrenjoey to Royal National Park

Great Coastal Walk Sydney - Barrenjoey ke Royal National Park

94km/8 hari/perjalanan kaki singkat dan sepanjang hari

Susuri keseluruhan jalur pantai Sydney yang amat indah - dari Barrenjoey di utara ke Cronulla di selatan – dalam pengembaraan seminggu yang unik ini. Anda boleh berjalan mengikut salah satu arah dan meninggalkan laluan ini bila sahaja anda sukai. Lakukan perjalanan pada waktu siang, dalam bahagian yang singkat dan indah pemandangannya atau mana-mana laluan jalan kaki yang melencong keluar daripada laluan utama. Pelbagaikan perjalanan anda dengan pengangkutan awam atau jalan kaki keseluruhan perjalanan dari hujung ke hujung. Laluan jalan kaki ini menonjolkan tanjung tinggi yang dramatik, cenuram batu pasir, pantai keemasan, gua rahsia terpencil, lagun yang subur dan belukar asli yang lebat, dipinggiri pinggir bandar tepi pantai Sydney. Ia juga merupakan laluan yang membawa anda meredah sejarah Sydney, dengan pelbagai monumen masa lampau Orang Asli dan penjajah. Terdapat sambungan perjalanan dengan feri ke Bouddi dan Taman Negara Air Brisbane di utara sertaTaman Negara Royal di selatan.

Hari 1 - Barrenjoey ke Avalon
Hari 1 - Barrenjoey ke Avalon

Hari 1 - Barrenjoey ke Avalon

Bermula dari Pantai Barrenjoey, perjalanan sejauh 13km ini melingkari tanjung tinggi berceranggah dan pantai terlindung yang terbentang luas. Daki Barrenjoey Headland ke rumah api yang dibina pada tahun 1881, berhenti seketika untuk melihat pemandangan yang begitu indah di atas Pittwater dan Lautan Pasifik. Di belakang anda, terbentang Broken Bay dan hutan belantara Taman Negara Ku-ring-gai Chase yang subur menghijau, manakala pantai utara Sydney berkilauan di hadapan anda. Tujulah ke Pantai Palm, tempat istirahat yang amat digemari oleh warga Sydney. Singgah di ‘Summer Bay Surf Club’ yang dipopularkan oleh siri TV popular ‘Home and Away’ yang mengisahkan penyelamat nyawa yang muda di Pantai North Palm. Berendam di dalam kolam batu, kemudian berjalan kaki ke tanjung tinggi, melalui belukar Rizab McKay, ke Pantai Whale. Teruskan perjalanan melewati Bangalley Head, ke Pantai Avalon yang merupakan puncak tertinggi di jalur pantai utara Sydney. Menginap semalam di Perkhidmatan Menginap dan Sarapan, apartmen mewah atau kabin pantai di sini atau naiki bas ekspres untuk ke bandar.

Hari 2 - Avalon ke Tasik Narrabeen
Hari 2 - Avalon ke Tasik Narrabeen

Hari 2 - Avalon ke Tasik Narrabeen

Bahagian yang meliputi 13km ini bercirikan pantai terpencil hampir seperti rahsia dan panorama lautan yang dramatik. Bermula dari Avalon Beach Surf Lifesaving Club dan berjalan kaki melepasi Bilgola Head ke Pantai Bilgola yang kecil, di mana anda mungkin satu-satunya orang di sini! Pemecah ombak di sini hebat untuk berenang dan meluncur air tanpa papan luncur dan anda boleh meluncur air di hujung utara pantai ini. Berjalan mengelilingi tanjung tinggi selatan ke Pantai Newport, di mana terletaknya menara Bungan Castle gaya zaman pertengahan yang menjulang tinggi di pinggir lautan. Cuma warga setempat sebenar yang akan mengetahui mengenai Pantai Bungan yang terlindung oleh lereng bukit yang curam dan anda hanya boleh tiba di sana melalui laluan jalan kaki. Merayau-rayau di atas Mona Vale Headland, satu tempat tinjauan dengan pemandangan yang amat menakjubkan, serta kunjungi pantai Bongin Bongin, Mona Vale dan Warriewood. Dari Turimetta Head, anda boleh melihat sehingga saujana mata memandang ke Central Coast. Laluan ini melingkar melalui Narrabeen Head dan sepanjang lagun Narrabeen ke pusatnya, di mana anda akan mendapati restoran, pengangkutan dan penginapan.

Hari 3 - Tasik Lakes ke Manly
Hari 3 - Tasik Lakes ke Manly

Hari 3 - Tasik Lakes ke Manly

Laluan jalan kaki 12km yang melalui tanjung tinggi, melalui pantai yang panjang seolah-olah tiada penghujungnya serta empat lagun. Lalui jalan berliku-liku melepasi pantai Narrabeen dan Collaroy, yang seiringan membentuk unjuran pasir yang paling panjang di sebelah sini pelabuhan. Dari tanjung tinggi Long Reef, gunakan laluan pantai di sepanjang pantai Long Reef dan Dee Why atau lalui gomok pasir berhampiran Lagun Dee Why. Anda boleh bertegur sapa dengan peluncur air tempatan atau berenang di dalam kolam renang air masin saiz Olimpik di Pantai Dee Why yang agak lengang. Susuri laluan jalan kaki di atas cenuram di sepanjang Dee Why Head, sebelum mendaki turun ke Pantai Curl Curl dan Freshwater. Perjalanan ini membawa anda melalui tanjung tinggi ke North Steyne dan Manly. Dari sini, anda boleh menaiki feri ke Circular Quay atau tinggal di sini dan nikmati suasana percutian tepi pantai. Laluan jalan kaki tambahan berliku-liku melalui pantai hadapan Tasik Narrabeen, Lagun Curl Curl dan Manly dan melalui belukar dengan pemandangan indah Rizab Empangan Manly.

Hari 4 - Manly ke North Head
Hari 4 - Manly ke North Head

Hari 4 - Manly ke North Head

Laluan jalan kaki sejauh 11km yang menakjubkan ini melewati pantai Manly ke North Head di gerbang masuk batu pasir ke Sydney Harbour yang dramatik. Bersiar-siar menyusuri Corso ke pantai Manly, Fairy Bower dan Pantai Shelley, kemudian menuju ke utara melalui Taman Negara Sydney Harbour. Lepasi Pusat Perlindungan North Head yang pada satu ketika dulu menempatkan Institut Artileri, dan satu masa dahulu Stesen Quarantine yang tersenarai sebagai warisan. Lebih jauh ke hadapan terdapat Muzium Artileri North Fort yang mempamerkan kuasa senjata api berusia dua abad dan menawarkan pelancongan melalui terowong bawah tanah. Laluan ini menuju ke North Head, semenanjung yang masih murni yang dahulunya diduduki oleh Orang Asli Gayamaygal. Cari longgokan buangan dan ukiran mereka dan nikmati pemandangan di atas pelabuhan dan pantai utara yang mampu membuat anda terpegun. Mendaki turun ke Manly Cove dan berjalan melalui Pantai Collins ke Manly Wharf, tempat feri berangkat ke Circular Quay. Jika anda masih bertenaga, laluan jalan kaki yang berliku-liku sejauh 10km melalui pantai Clontarf dan Fisher Bay ke Jambatan Spit.

Hari 5 - Circular Quay ke South Head
Hari 5 - Circular Quay ke South Head

Hari 5 - Circular Quay ke South Head

Lihat beberapa tarikan paling terkemuka di Sydney dalam lingkaran 17km yang sangat hebat mengelilingi pesisir pantai selatan.
Berjalan kaki dari Circular Quay, tapak penjajah pertama pada tahun 1788, ke Sydney Opera House yang terkemuka. Berjalan mengelilingi gigi air, melalui Botanic Gardens yang subur menghijau ke Mrs Macquarie Point dan Woolloomooloo. Atau melencong melalui tapak bersejarah Macquarie Street dan Domain.  Lawatipangkalan tentera laut Pulau Pass Garden dan berjalan kaki ke arah pusat pasca perang untuk mengalami persekitaran bohemia Sydney. Kunjungi rumah Elizabeth Bay, tinjau kapal layar besar di Rushcutters Bay dan  tinjaui rumah agam tepi pelabuhan di Darling Point. Lakukan perjalanan melalui Double Bay dan Rose Bay dan menuju ke Vaucluse dengan pemandangan pelabuhannya yang indah. Berkelah dan berenang di Nielsen Park atau Parsley Bay, makan fish and chips di Watsons Bay dan berjalan-jalan melalui Camp Cove, yang terkenal sebagai tempat mendaratnya Fleet Pertama, menuju ke South Head. Anda boleh memendekkan perjalanan anda dengan melencong ke Dover Heights atau Bondi. Dari Rushcutters Bay, laluan ini juga memintas melalui Centennial Park ke Clovelly.

Hari 6 - South Head ke Clovelly
Hari 6 - South Head ke Clovelly

Hari 6 - South Head ke Clovelly

Navigasi cenuram batu pasir yang menjulang tinggi dipukul ombak laut, bangunan tentera laut bersejarah dan teluk serta pantai timur yang popular di Sydney dalam bahagian yang sejauh 8km ini.
Bermula di South Head dan melingkar ke selatan melalui rizab ketenteraan HMAS Watson dan Gap Bluff yang terkenal dengan peristiwa buruknya. Pemandangan mengunjur sehingga ke barisan cenuram selatan Sydney yang berceranggah. Tinjau kapal yang belayar di pesisir pantai di luar pelabuan dan paus yang berhijrah di antara bulan Mei dengan Oktober.  Lihatkotej nelayan dengan dinding papan tindih, intai meriam lusuh yang bertaburan di sepanjang tanjung tinggi dan berjalan di atas laluan jalan kaki berpapan melalui Diamond Bay yang dramatik. Laluan ini meninggalkan pantai di Dover Heights dan bersambung semula di North Bondi. Bersiar-siar di atas sesiaran Pantai Bondi yang terkemuka, kemudian ikuti runut jalan kaki popular ke Tamarama dan Bronte yang mesra keluarga. Susuri jalan berliku-liku di sepanjang lautan di sebelah Makam Waverley tempat persemadian Henry Lawson dan Dorothea Mackellar serta juruterbang Lawrence Hargrave. Laluan jalan kaki ini berakhir di serokan Clovelly yang permai. Bersnorkel atau menyelam di sini atau teruskan perjalanan ke kawasan Gordons Bay yang berbatu dan santai.

Hari 7 Clovelly ke La Perouse
Hari 7 Clovelly ke La Perouse

Hari 7 Clovelly ke La Perouse

Anda boleh melakukan kembara berjalan kaki sejauh 17km ini dalam tempoh enam atau tujuh jam. Tetapi jika anda ingin meluangkan lebih masa untuk menikmati pemandangan yang cantik, anda dinasihatkan menaiki kenderaan awam untuk pergi ke kawasan-kawasan yang berdekatan.
Dari Clovelly menghala ke Coogee yang aman damai, inilah syurga tepi pantai untuk keluarga dan mereka yang berkelana. Merayu-rayau melewati tompokan tepi pantai yang terpencil dari Lurline Bay ke Mistral Point, tempat yang amat baik untuk menyaksikan ikan paus atau menikmati pemandangan lautan biru yang luas terbentang. Susuri jalan berliku-liku melewati Pantai Maroubra, di mana ombaknya sentiasa besar dan berhenti untuk makan tengah hari sambil berkelah di Cromwell Park, dengan pemandangan Pantai Malabar. Kunjungi bangkai kapal SS Malabar, sebelum meneruskan perjalanan melalui Little Bay dan Fort Banks, sebuah pangkalan pertahanan Perang Dunia II. Menghala ke Henry Head ke La Perouse, yang diselimuti berbagai-bagai kisah penduduk Orang Asli serta pendatang Perancis dan Inggeris. Ketahui lebih lanjut di muzium tempatan atau terokai kota bersejarah di Pulau Bare. Anda  dinasihatkan mengambil teksi dari sini ke Kurnell untuk memulakan perjalanan ke bahagian berikutnya.

Hari 8 Kurnell ke Cronulla
Hari 8 Kurnell ke Cronulla

Hari 8 Kurnell ke Cronulla

Berjalan kaki balik melalui sejarah Sydney – dari ketibaan Kapten Cook hingga ke pendudukan Orang Asli – dalam laluan jalan kaki sejauh 13km yang amat menakjubkan ini. Bermula di Tempat Pendaratan Cook, tempat lahirnya zaman kolonial Australia dan teruskan perjalanan melalui Taman Negara Botany Bay,   di mana anda boleh mendapati lebih 30 kawasan Orang Asli. Lihat ukiran pada batu, tapak pengkebumian dan alur pengasah kapak yang ditinggalkan oleh orang Gweagal dan Goorawal atau sertai pelancongan Orang Asli secara khusus. Pusat Penemuan taman ini menghidupkan semula hubungan pertama antara suku Orang Asli dengan krew Kapten Cook. Ikuti beberapa laluan jalan kaki berbeza di sekitar Inscription Point atau teruskan di sekitar Kurnell Peninsula ke Rumah Api Cape Bailey, tempat  makan tengah hari yang amat indahpemandangannya. Berjalan kaki melalui gomok pasir, lagun bertenggek dan tanah belukar yang dihidupkan semula menuju ke Pantai Cronulla yang keemasan. Dari sini, laluan tersebut melingkar ke Gunnamatta Bay Wharf, di mana anda dihubungkan dengan laluan tepi pantai melalui Taman Negara Royal dan Federation Track ke Melbourne.

Idea Australia selanjutnya