Tiga hari hebat di Hobart

Tiga hari yang hebat di Hobart

Sedut sedalam-dalamnya udara laut, hayati budaya kreatif dan sejarah kolonial Hobart, yang menunggu anda di Sungai Derwent yang luas, dibayangi lereng berceracak Gunung Wellington.  Berjalan kaki dari Pasar Salamanca ke limbungan ikan adalah cara terbaik untuk melihat batu pasir dan laluan air di bandar raya ini.  Henti seketika untuk menikmati makanan dan wain Hobart yang lazat di jalan-jalan batu buntar Salamanca Place atau di sepanjang jalur restoran Hobart Utara.  Terokai Gunung Wellington menggunakan basikal lasak atau dengan berjalan kaki atau berkayak melalui dermaga di bandar raya menjelang senja.  Sedikit ke selatan terletak Kettering dan Pulau Bruny yang kecil namun berceragah.  Luangkan sehari untuk bersiar-siar di pantai menikmati tiupan angin, kawasan perkampungan yang sehijau zamrud serta di puncak cenuram yang dramatik. 

Hobart, TAS
Hobart, TAS

Hari 1: Hobart Bersejarah

Mulakan percutian Hobart anda di Salamanca Place, yang menempatkan barisan gudang batu pasir Georgia yang dipinda menjadi galeri, teater, restoran, kedai buku bawah tanah dan butik moden teknologi terkini.  Pada pagi Sabtu nan indah, anda boleh menjamu mata di Pasar Salamanca untuk hasil tempatan dan seni serta pertukangan tangan halus Tasmania.  Makan sarapan lewat di bawah payung citra warna atau lakukan perjalanan merentas masa beberapa abad ke hadapan di kafe ultra-moden Salamanca Square.  Tinjau rumah agam tua yang tersergam dan kotej nelayan yang tak seberapa yang membarisi sub bandar tertua Hobar di Battery Point.  Lihat Kelly's Steps (Tangga Kelly), yang dibina pada tahun 1839 dan jelajahi sejarah skandal masa lampau dalam pelancongan hantu.  Lihat pepohon berusia berabad lamanya dan satu-satunya bangunan yang menempatkan tumbuhan subantartika di dunia di Royal Tasmanian Botanical Gardens (Taman Botanikal Tasmania Diraja).  Menghala ke pelabuhan untuk hidangan makanan laut pada waktu malam, tontoni Orkestra Simfoni Tasmania, teater tertua di Australia atau nikmati muzik jazz live di salah sebuah bar di Salamanca Place.

Gunung Wellington, TAS
Gunung Wellington, TAS

Hari 2: Gunung Wellington

Tuntut tempat anda sebagai raja Gunung Wellington setelah memandu selama 30-minit ke puncaknya yang setinggi 1,270 meter.  Anda pasti terpegun dengan pemandangan menakjubkan Hobart, Pulau Bruny, South Arm dan Tasman Peninsula.  Mengembara berjalan kaki melalui galur berbelantara Pipeline Track (Laluan Pipeline) atau ikuti Lenah Valley Track (Laluan Lenah Valley) ke Sphinx Rock.  Tinjau Pohon Octopus, pokok hutan tertinggi atau panjat pokok ini ke pucuknya dalam perjalanan yang mengambil masa separuh hari.  Berjalan ke Air Terjun Wellington Falls dan menakik turun atau daki menara berbatu batan Organ Pies.  Rentas pergunungan menggunakan basikal lasak atau meluncur turun cerunnya dengan basikal anda cerunnya sepanjang 21km, melalui formasi batu batan glasier, flora sub-alp dan hutan hujan iklim sederhana.  Kembali di Hobart, kayak sepanjang Sungai Derwent menjelang senja kala atau belayar menaiki kapal persiaran ke pelabuhan.  Dari perairan ini, tinjau mercu tanda Hobart, seperti Regatta Grounds, Government House, Jambatan Tasman dan Royal Tasmanian Botanical Gardens.  Nikmati sajian makan malam di gudang yang telah diubah suai indah di sepanjang Hunter Street.

Pulau Bruny, TAS
Pulau Bruny, TAS

Hari 3: Kettering dan Pulau Bruny

Memandu ke selatan dari Hobart Kettering ke perkampungan tepi pantai nan damai, yang terletak di tepi Selat D'Entrecasteaux.  Tinjau perahu layar dan nelayan terapung tenang di pelabuhan terlindung ini, kemudian naiki feri kereta ke Pulau Bruny.  Terokai pinggir pantai yang masih asli, hutan dengan pepohon tinggi melangit, dan kehijauan bukit bukau dengan mengembara berjalan kaki, atau naiki kapal persiaran hidupan liar melalui bentuk muka bumi terjal, gua dan cenuram tepi laut.  Semasa musim membiak, anda boleh melihat burung shearwater ekor pendek dan penguin berjalan terkedek-kedek pulang pada waktu senja ke Rizab Mergastua Neck.   Daki tangga kayu ke Neck untuk meninjau pemandangan panorama indah dari sana.  Kemudian merentas ke Selatan Pulau Bruny, untuk mengalami perjalanan di atas puncak cenuram yang amat dramatik dari Adventure Bay ke Penguin Island dan Fluted Cape.  Intai pademelon, ecidna dan wombat, kunjungi rumah api Cape Bruny yang dibina oleh para banduan dan mengembara melalui laluan jalan kaki sepanjang Cloudy Bay, pantai terpencil putih bersih.  Menginap semalam di kemudahan penginapan dan sarapan atau kotej di tengah-tengah hutan.

Hobart

Hobart

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 1 hari.

Waktu terbaik untuk pergi :
November hingga Mac.

 

Idea Australia selanjutnya