Tiga hari hebat di Melbourne

Tiga hari hebat di Melbourne

Tidak sempat tidur di Melbourne, bandar raya yang mampu memenuhi cita rasa semua, baik pencinta kebudayaan, peminat sukan, penggemar fesyen, mahupun mereka yang meminati pelbagai makanan.  Temui kafe, bar, dan butik di lorong-lorong bandar yang tersorok daripada jalan raya yang begitu teratur.  Nikmati sepenuhnya ambien tepi sungai dari Southbank dan kunjungi Federation Square, titik pertemuan budaya kreatif dan kafe bertemu.  Layari sepanjang Yarra dan merayau santai padang menghijau dan tasik-tasik di Royal Botanic Gardens (Taman Botani Diraja).  Serap sepenuhnya tenaga unik bandar raya pelbagai presint berbeza, dari South Yarra yang berkelas tinggi hinggalah ke pesisir pantai St Kilda dan pinggir bandar Fitzroy.  Kemudian luangkan sehari untuk berjalan ke pantai, kilang wain, galeri dan balapan golf di Semenanjung Mornington.

Melbourne, VIC
Melbourne, VIC

Hari 1: Tarikan dan budaya tepi jalan CBD

Mulakan pengembaraan Melbourne anda di tengah-tengah bandar raya sibuk ini.  Naiki bas shutle percuma atau Trem City Circle.  Izinkan diri anda untuk lupa diri sebentar di tengah-tengah kesibukan Pasar Queen Victoria.  Intai kompleks kasino tersergam Southbank dan rantaian restoran, bistro dan bar yang membarisi tepi sungai di sini.  Kemudian kunjungi galeri dan muzium yang unik-unik belaka Federation Square, pusat kebudayaan di sini.  Kunjungi kedai-kedai di Pejabat Pos Besar Melbourne, lorong-lorong QV dan arked di tepi jalan serta yang diperbuat daripada besi tempa.  Berkayak atau naiki kapal persiaran sepanjang Sungai Yarra River, berjalan kaki merentas Royal Botanic Gardens (Taman Botani Diraja) atau kelilinginya menaiki lingkaran yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai ‘The Tan’.  Lawati Melbourne Cricket Ground, balapan sukan paling terkemuka di Australia dan tonton permainan kriket atau AFL.  Menjelang senja, nikmati jamuan makanan Cina di sepanjang Little Bourke Street atau cuba rasai makanan Itali di trattoria atau restoran santai yang terletak di tepi jalan.  Berhenti sejenak untuk mendengar irama jazz langsung atau nikmati minuman sebelum tidur di bar tepi jalan, atau cari kafe yang menyajikan kopi atau kek pada lewat malam.

Melbourne, VIC
Melbourne, VIC

Hari 2: Sungai Yarra ke Pantai St Kilda

Tinjau pengunjung yang anggun berulang alik dari kafe di Chapel Street, Yarra Selatan.  Terpegun dengan fesyen rekaan khas, dan terokai pelbagai gedung yang membarisi Greville Street dan Toorak Road di Prahran.  Intai sejenak sejarah golongan kelas atasan presin ini di Como House, rumah agam era Victoria dengan taman-taman yang dirias dan rawat teratur.  Selepas itu, naiki tram ke pantai St Kilda di mana anda boleh bersiar-siar di esplanadnya atau bermain layar, meluncur angin atau menaiki papan selaju layang-layang.  Menjamu mata di butik-butik dan nikmati makan tengah hari di salah sebuah kafe yang berderetan di kaki lima Fitzroy Street atau Acland Streets, yang menawarkan patisseri yang menambat selera.   Makan di luar di enklaf makanan yang paling pelbagai di bandar raya ini – cuba makanan Vietnam di Richmond, Itali sepanjang  Lygon Street di Carlton atau Sepanyol atau India di sepanjang Johnston Street di Fitzroy.  Di Brunswick Street yang terletak berhampiran, terdapat pub gourmet, kedai makan etnik yang moden dan terkini serta lokasi yang ceria dan bersemangat untuk anda menari sepanjang malam.  Tontoni  persembahan komedi, teater, balet atau tarian moden di Pusat Seni di Sungai Yarra.

Semenanjung Mornington, VIC
Semenanjung Mornington, VIC

Hari 3: Semenanjung Mornington

Sewa kereta dan pandu ke Semenanjung Mornington, di mana ladang anggur dan dusun zaitun bergabung dengan pemandangan indah lautan terbentang.   Berhenti seketika di perkampungan tepi pantai Sorrento.  Nikmati pemandangan yang menakjubkan di laluan jalan kaki tepi pantai dari Pantai Lautan Sorrento hingga ke Pantai Portsea Back, kemudian bersiar-siar di galeri, hotel mewah dan kafe yang menarik.  Berenang bersama-sama ikan lelumba muncung botol atau tinjau mereka dari kapal persiaran yang anda naiki.  Di hujung semenanjung ini anda akan menemui Portsea, tempat orang kaya dan terkenal Melbourne bersantai dan berehat.   Lihat rumah agam yang tersergam mewah di tepi pantai sambil anda berjalan di puncak cenuram, dan kemudian memandu ke Red Hill di pedalaman.  Makan luar di restoran romantik, kunjungi kilang wain dan kutip beri anda sendiri di ladang beri.  Anda boleh meluncur ombak dan berenang di pantai Flinders atau mencuba handicap anda di balapan golf dengan pemandangan lautan yang indah.  Cari barang antik atau ikuti laluan jalan kaki melalui Semenanjung Mornington National Park (Taman Negara Semenanjung Mornington).

Melbourne

Melbourne

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 2hari.

Waktu terbaik untuk pergi :
Melbourne ialah tempat yang boleh dilawati sepanjang tahun walaupun musim sejuk dari bulan Jun hingga bulan Ogos agak sejuk cuacanya.

 

Idea Australia selanjutnya