Tiga minggu dari Melbourne

Tiga minggu dari Melbourne

Gabungkan Melbourne, Hobart dan Adelaide dengan pantai, ladang anggur dan hutan belantara yang tersenarai dalam Warisan Dunia dalam pengembaraan melalui tenggara Australia.  Dari Melbourne, anda boleh bertemu dengan hidupan liar di Phillip Island dan melawat ladang anggur di Yarra Valley serta menjelajah padang golf dan makanan serta wain di Mornington Peninsula.  Dari Hobart, taman negara yang segar di Tasmania semuanya senang dilawati.  Kelilingi pulau ini dan berhenti di Freycinet National Park, Bay of Fires Walk atau Cradle Mountain - Lake St. Clair National Park.  Dari Melbourne, pandu kereta ke Adelaide di sepanjang Great Ocean Road yang terletak di pinggir cenuram.   Lihat Twelve Apostles atau berkanu di Coorong dalam perjalanan anda sebelum menjelajah bandaraya yang elegan ini.

St. Kilda, VIC
St. Kilda, VIC

Minggu pertama: Melbourne & sekitarnya

Lawati Federation Square dan belayar menyusuri Yarra River dari Southbank yang berdekatan.  Jelajah laluan lorong bandar ini – cuba ke Hardware Lane untuk makan di luar bangunan dan lorong di Flinders Lane untuk menikmati muzik jaz dan bar wain, kafe serta butik.  Pergi ke St Kilda untuk makan kek di Ackland St atau melihat matahari terbenam di sepanjang pantai.  Pergi membeli-belah di Brunswick Street dengan gaya bohemia atau ke Chapel Street untuk membeli pakaian yang bergaya.  Berjalan melalui Royal Botanic Garden atau tonton pertandingan kriket AFL di Melbourne Cricket Ground.  Pergi ke Phillip Island dan lihat penguin pari-pari berjalan pulang terkedek-kedek berdua-duaan dan berpasangan pada waktu senja di Summerland Beach.  Di Mornington Peninsula yang indah anda boleh berenang dengan dolfin di Sorrento dan lihat rumah agam di tepi pantai di Portsea.  Meluncur air atau bermain golf di Flinders dan bersiar-siar melalui ladang anggur dan kebun dengan pemandangan laut di Red Hill.  Kunjungi ladang anggur yang terkenal di Yarra Valley, kemudian naik kereta api melalui Dandenong Range yang berkabus.

Hobart, TAS
Hobart, TAS

Minggu kedua: Tasmania

Naik kapal terbang dari Melbourne ke Hobart atau Launceston.  Selain itu, naik feri semalaman dari Melbourne ke Devonport.   Di Hobart, melangkah kembali ke masa lampau di Salamanca Place, tempat bermulanya barisan panjang gudang batu pasir Georgian dan Salamanca Market yang sibuk pada hari Sabtu.  Berkayak menyusuri Derwent River yang luas pada waktu senja atau mendaki Mount Wellington yang berceracak untuk melihat pemandangan yang terbentang luas.  Selepas itu, anda boleh menyewa sebuah kereta untuk menjelajah Tasmania dari selatan ke utara.  Lihat Wineglass Bay yang begitu indah di Freycinet National Park.  Berenang di St Helen dan sertai perjalanan Bay of Fires Walk di Mount William National Park.  Lihat merentasi Launceston dari Cataract Gorge dan berbasikal sepanjang kawasan dermaga Devonport.  Tenangkan jiwa anda di hutan belantara Cradle Mountain yang tersenarai dalam warisan dunia di Lake St. Clair National Park.  Menginap di Strahan dan belayar menyusuri Gordon River atau berakit meredah arus deras Franklin.  Berjalan menuju air terjun dan hutan pakis di Mount Field National Park.  Tidak kira sama ada anda tiba di sebelah utara atau selatan– anda boleh mengelilingi Tasmania dari mana-mana arah.

Great Ocean Road
Great Ocean Road

Minggu ketiga: Melbourne ke Adelaide

Dari Melbourne, memandu di Great Ocean Road yang indah pemandangannya ke Adelaide dalam masa lima hari atau jangan berhenti melihat pemandangan ini dan anda akan tiba dalam masa dua hari.  Berkunjung ke Bells Beach tempat meluncur yang ikonik dan meredah belukar menuju ke air terjun di Otway National Park atau bersiar-siar di Twelve Apostles dengan susunan batu kapurnya yang menakjubkan.  Menginap di pekan di tepi laut seperti Lorne, Apollo Bay atau Port Fairy dan di sini anda boleh belok ke pedalaman menuju ke Grampians.  Bermalam di Halls Gap yang mempunyai pintu masuk yang senang untuk melihat hidupan liar, denai dan seni batu Orang Asli di Grampians National Park.  Pergi mendaki batuan di Mt Arapiles, jauh sedikit dari sini.  Di South Australia, anda boleh melencong ke pedalaman menuju ke kawasan anggur Coonawarra atau melihat fosil di Naracoorte Caves yang tersenarai dalam Warisan Dunia.   Makan udang galah di Kingston atau berkanu melalui Coorong iaitu laluan air yang tenang dan bersambung antara satu sama lain.  Teruskan ke Adelaide yang elegan dan dikelilingi pantai, bukit serta ladang anggur Barossa Valley.  Lawati muzium dan perpustakaan di North Terrace, makan malam di ‘jalan makan’ yang ada di situ atau berkelah di taman yang merangkumi hampir separuh daripada bandaraya ini.   Berbasikal di Botanic Park atau berdayung melepasi taman bunga ros di Rymill Park.  Berenang bersama dolfin atau belajar untuk belayar di Glenelg atau memancing ikan dari jeti di Henley.

Tiga minggu dari Melbourne

Tiga minggu dari Melbourne

 

Idea Australia selanjutnya