Tiga hari yang hebat di Broome

Tiga hari yang hebat di Broome

Mutiara Luggers, Chinatown, Broome, WA
Mutiara Luggers, Chinatown, Broome, WA

Hari 1: Mutiara, unta dan matahari terbenam

Pagi: Bersiar-siar di jalan Chinatown, melewati bilik pameran mutiara, papan tanda pelbagai bahasa dan dewan biliard lama.

Tengah hari: Lawati muzium mutiara dan tanah perkuburan Jepun. Belayar di teluk dengan kapal penarik mutiara lama atau pergi berendam di Town atau Cable Beach.

Petang/malam: Menunggang unta pada masa matahari terbenam di sepanjang Pantai Cable, diikuti dengan makan malam dan minum-minum.

Roebuck Bay, Broome, WA
Roebuck Bay, Broome, WA

Hari 2: Dinosaur, unggas dan tangga ke bulan

Pagi: Pandu ke Gantheaume Point dan lihat jejak dinosaur yang berusia lebih dari 130 juta tahun.

Tengah hari: Lawati Balai Cerap Burung Broome di Roebuck Bay, yang menjadi rumah untuk 40 peratus daripada jumlah spesies burung di Australia. Atau menghala ke pusat akuakultur di Manaba, di mana anda boleh meneroka kaitan di antara pemilik kawasan Orang Asli tradisional dan laut.

Petang/malam: Sekiranya anda berada di sini antara Mac dan Oktober, tuju ke arah Pantai Town untuk menyaksikan ‘Tangga ke Bulan’, ilusi putih berkilau yang tercipta apabila cahaya bulan penuh di pantulkan oleh dataran ombak di Roebuck Bay. Walaupun tanpa visual yang hebat, Pantai Town tetap menjadi tempat yang sibuk sebagai tempat makan.

Tengah Lagoon, Dampier Semenanjung, WA
Tengah Lagoon, Dampier Semenanjung, WA

Hari 3: Semenanjung Dampier

Sertai pelancongan kenderaan pacuan empat roda di sepanjang Semenanjung Dampier. Singgah di komuniti Orang Asli Beagle Bay dan lawati Gereja Sacred Heart yang comel dengan meja upacara di gereja yang diperbuat dari gewang mutiara. Jauh sedikit ke utara, di Cape Leveque yang berhujungkan rumah api, anda boleh berjalan di pantai berpasir putih yang panjang dan lengang, melewati cenuram merah berceracak. Anda boleh berenang, bersnorkel, memancing, menangkap ketam lumpur, malah bermalam di tempat berlindung yang terbuka.

Broome

Broome

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 1 hari.

Waktu terbaik untuk pergi :
Broome ialah bandar yang boleh dilawati sepanjang tahun.

 

Idea Australia selanjutnya