Tiga minggu dari Perth

Tiga minggu dari Perth

Jelajahi Margaret River, Ningaloo Reef, Broome dan malah Darwin serta Sydney dalam satu pengembaraan yang penuh aksi dari ibu kota yang terletak paling ke barat Australia.   Dari Perth anda boleh pergi ke selatan menuju ke ladang anggur, ombak, hutan dan gua di Margaret River.  Menyelam sambil melihat bangkai kapal karam dan lihat ikan paus di sepanjang perjalanan.  Dari utara Perth, anda tiba di Ningaloo Reef yang merupakan terumbu pinggir terbesar di dunia serta Broome, dan di sini anda boleh menunggang unta ketika matahari terbenam di sepanjang Cable Beach.  Terbang ke Darwin supaya senang ke Kakadu National Park yang tersenarai dalam Warisan Dunia dan kaya dengan hidupan liar, tanah lembap serta galeri seni batu Orang Asli.  Selain itu, seberangi negeri ini dari Perth ke Sydney dengan menaiki kereta api Indian-Pacific yang epik.

Swan River, Perth, WA
Swan River, Perth, WA

Minggu pertama : Perth & sekitarnya

Belayar menyusuri Swan River melepasi taman dan pencakar langit menuju ke ladang anggur di Swan Valley atau Perth Zoo.  Terokai tempat peninjau, taman berlandskap dan warisan Orang Asli di Kings Park yang luas.  Kunjungi Rottnest Island dan anda boleh berbasikal ke pantai rahsia serta berkayak ke teluk terpencil.  Temui quokka dan ketahui sejarah menarik pulau ini.  Menjamu selera dengan makanan laut dan sertailah suasana karnival di Fremantle yang bersejarah.  Berenang, meluncur air, memancing, meluncur angin dan belayar di pantai Cottlesloe atau Scarborough yang menandakan bermulanya Sunset Coast yang panjang dan lengang.  Di pedalaman Darling Range, anda boleh meredah belukar di taman negara dan menginap di bilik inap dan sarapan yang selesa.   Berakit menyusuri Avon River yang berdekatan atau terbang merentasi Avon Valley dengan melakukan terjunan udara atau menaiki belon udara panas.  Jelajahi galeri, kedai kraf, kafe dan muzium di Toodyay iaitu bandar yang tersenarai dalam Badan Warisan dan York yang merupakan bandar pedalaman pertama negeri ini.  Kunjungi New Norcia iaitu satu-satunya bandar biarawan di Australia.

Boranup Forest, WA
Boranup Forest, WA

Minggu kedua: Margaret River dan barat daya atau utara ke Ningaloo

Memandu melalui South-West, Goldfields dan Beaches ke Margaret River.  Berhenti untuk berenang bersama-sama dolfin di Mandurah atau menyelam dan melihat kapal lanun yang dilubangtenggelamkan di Bunbury.   Bermalam di bandar tempat melihat ikan paus di Dunsborough di Geographe Bay yang bergemerlapan.  Memandu melalui tepi laut Yallingup menuju ke Margaret River dan di sini 60 buah ladang anggurnya dikelilingi hutan berpokok tinggi, gua bawah tanah dan pantai dengan ombak yang tinggi sesuai untuk meluncur air.   Berbekalkan keluaran gourmet berkanu melalui kawasan hutan jarang yang disinari matahari serta meluncur ombak di Surfers Point.  Jauh ke selatan, snorkel dengan ikan pari di Hamelin Bay atau lihatlah merentasi dua lautan dari Augusta.  Selain itu, pandu ke utara dari Perth menuju ke Ningaloo Reef dan di sini anda boleh berenang dengan ikan yu paus iaitu ikan terbesar di dunia antara bulan April dan Jun.  Menyelam atau snorkel dengan pelbagai jenis ikan tropika dan terumbu.  Menginap di bandar peluncuran Exmouth atau Coral Bay yang indah.  Memandu kenderaan pacuan empat roda di  Cape Range National Park. Di sini, gaung batu merah bertemu pantai putih dan lautan biru Ningaloo.

Cable Beach, WA
Cable Beach, WA

Minggu ketiga : Perth ke Broome, Darwin atau Sydney

Naik kapal terbang dari Perth ke Broome atau pergi ke sana dengan memandu kereta ke utara dari Ningaloo.  Di sini di pintu masuk ke Kimberley, anda boleh membeli mutiara di Chinatown atau tunggang unta sambil menyaksikan matahari terbenam di sepanjang Cable Beach.  Lihat tapak kaki dinosaur yang diawet pada batu di Gantheaume Point dan antara bulan Mac dan Oktober lihatlah ilusi bulan dari Roebuck Bay  Memandu kenderaan pacuan empat roda menuju ke komuniti Orang Asli di Dampier Peninsula sambil membelok-belok di antara pantai yang putih bersih dan cenuram merah berceracak.   Naik kapal terbang ke Darwin dari Perth atau Broome jika anda hendak menjelajah Top End Australia yang beriklim tropika.  Berkunjung ke Tiwi Island dan di sini anda boleh melihat-lihat seni Tiwi yang unik dan melihat demonstrasi cara menenun, melukis dan menari.   Berenang di bawah air terjun di Litchfield National Park yang subur. Kemudian terus memandu ke Nature’s Way menuju ke Kakadu National Park yang tersenarai dalam Warisan Dunia.   Selain itu, mengembara dari Perth ke Sydney dengan menaiki kereta api Indian-Pacific epik.  Anda akan merentasi benua ini dalam masa tiga hari sambil berhenti di Kalgoorlie, Adelaide dan Broken Hill dengan lawatan menaiki kereta api yang berhenti sekejap di setiap pekan ini.

Tiga minggu dari Perth

Tiga minggu dari Perth

 

Idea Australia selanjutnya