Laluan Bibbulmun, Australia Barat

Laluan Bibbulmun, Australia Barat

965km / sehingga 60 hari / perjalanan seharian dan pelbagai hari

Ketahui hutan yang menjulang, tanah ladang yang aman dan pantai liar di sepanjang laluan jarak jauh ini merentasi kawasan barat daya Australia. Tanda ular emas yang menandakan laluan ini menjangkau hampir 1,000 kilometer, dari bukit di Perth ke Albany di pantai selatan. Daki Mt Cooke di Darling Range dan lupakan diri anda di dalam hutan subur sepanjang pinggir Darling River. Lawati ladang wain di Blackwood Valley, berjalan di tepi air terjun dan bunga liar di Taman Negara Beedelup dan daki di atas tongkol granit di Pingerup Plains. Berjalan melalui pokok karri yang menyentuh langit di Valley of the Giants, berenang dari Peaceful Bat dan lihat penghijrahan ikan paus dari Albany. Lakukan perjalanan dalam beberapa bahagian, atau adun dan padan trek harian dan pelbagai hari mengikut masa anda, pemandangan yang anda ingin lihat dan tenaga anda. Ingat ia akan mengambil masa dua bulan untuk mengikut tanda ular hingga ke akhir! Laluan ini dilengkapi dengan baik, dengan pondok pengembara atau kawasan perkhemahan terletak pada jarak satu hari perjalanan antara satu sama lain.

Dwellingup, WA
Dwellingup, WA

Bahagian 1: Kalamunda ke Dwellingup

Bergerak menuruni bukit keluar dari Kalamunda melalui Taman Negara Kalamunda. Hutan pokok marri, wandoo dan jarrah adalah kediaman kanggaru, echidna, tikus wirok dan burung tempatan yang pelbagai warna. Berjalan melalui Mann’s Gully dan daki rim selatan Helena River Valley. Lalu Mundaring Weir, di mana saluran paip air tawar yang terpanjang di dunia bermula. Dari sini, laluan turun melepasi Pusat Penemuan Hills Forest. Kelilingi Helena Reservoir dan berjalan sepanjang Darking River ke Mt Dale. Berhenti untuk berkelah atau mendaki melalui hutan pokok jarrah dan wandoo ke puncak gunung. Teruskan merentasi Brookton Highway yang terletak berhampiran kawasan perkhemahan Brookton yang mudah dicapai. Mencelah melalui paya dengan pokok banksia dan paperbark ke Abyssinia Rock dan ke Monadnocks Conservation Park. Dari sini anda boleh mendaki Mt Cuthbert, Mt Vincent dan Mt Cooke, puncak tertinggi di Darling Range. Jalan melalui kawasan datar pokok wandoo dan merentasi Albany Highway dekat North Bannister Roadhouse. Daki acuan granit gergasi Boonering Hill dan puncak granit rendah di White Horse Hills. Daki Mt Wells dan nikmati pemandangan dari pondok pemerhati api. Dari sini laluan mengikut landasan kereta api lama melalui hutan jarrah dan marri menuju ke bandar perlombongan Dwellingup.

Balingup, WA
Balingup, WA

Bahagian 2: Dwellingup ke Balingup

Keluar dari arah selatan Dwellingup menuju ke Lane Poole Reserve yang melindungi hutan tebal pokok jarrah dan Murray River yang panjang dan meliku-liku. Susur sepanjang tebing timur, melepasi kolam-kolam yang dikelilingi batu, semak melaleuca dan kawasan berkayu yang ditenggelami air. Berjalan melintasi Long Gully Bridge yang dibuat dari kayu dan menuju ke Harvey-Quindanning Road yang merupakan titik permulaan yang popular untuk perjalanan seharian atau semalaman. Kemudian merayau-rayau melalui hutan jarrah, marri dan wandoo ke Harris River Dam yang sesuai untuk berkelah. Dari sini laluan bergerak melalui bandar perlombongan yang aneh tetapi menarik dan merentasi Glen Mervyn Dam sebelum menurun ke penempatan kecil Mumballup. Lakukan pendakian yang memeritkan melalui kawasan perladangan ke Noggerup Conservation Park yang menempatkan antara hutan dara pokok jarrah yang menakjubkan di Australia Barat. Kemudiannya satu laluan menurun dengan pemandangan indah kepada tempat perlindungan Balingup Brook yang redup dan hijau. Sampai di Balingup, terletak di Blackwood Vallet di antara hutan, sungai, bukit-bukit beralun, ladang anggur dan kebun yang subur. Pilih dari pelbagai jenis penginapan atau berjalan terus ke kawasan perkhemahan Blackwood, terletak tinggi di atas bandar.

Pemberton, WA
Pemberton, WA

Bahagian 3: Balingup ke Pemberton

Ke selatan Balingup, laluan mendaki melalui Golden Valley Tree Park, kediaman kepada lima ribu pokok dari seluruh dunia. Berjalan ke pinggir Blackwood Valley untuk pemandangan panoramik petak-petak hutan dan ladang. Anda akan melihat pokok karri pertama di Karri Gully, sedikit ke utara Brockman Highway di antara Bridgetown dan Nannup. Menyeberang lebuh raya dan merayau melalui hutan rendah pokok jarrah dan pokok karri sebelum menemui titik pertengahan laluan – bandar kilang lama Donnelly River Village. Berjalan perlahan sepanjang Donnelly River sebelum mengubah haluan ke timur untuk air terjun dan bunga liar Taman Negara Beedelup. Menyusur mengelilingi Big Brook Dam dalam perjalanan ke Pemberton, di tengah hutan pokok karri yang hebat. Anda juga boleh menaiki salah satu pencakar langit ini - seperti Gloucester Tree setinggi 61 meter - dengan pancang besi.

Walpole, WA
Walpole, WA

Bahagian 4: Pemberton ke Walpole

Hayati rupa bumi yang subur dan cepat berubah dan tumbuh-tumbuhan semasa menghampiri North Cliffe. Di sini hutan pokok karri menghilang menjadi bukit berpasir, kawasan rata pokok teh dan kawasan semak renek. Jelajahi Northcliffe Forest Park, di mana tumbuhan memanjat menjalar di bawah himpunan warna pada pengakhiran musim bunga. Tinggal semalaman di Northcliffe, sebelum mengikut Gardner River ke puncanya di Lake Maringup. Laluan ini melalui sebahagian Taman Negara D'Entrecasteaux yang asli, yang boleh ditenggelami air banjir sehingga paras lutut antara Julai dan November. Melintas Shannon River ke Dog Pool, di mana anda boleh mendirikan khemah di bawah kanopi pokok karri yang tinggi. Dari sini anda akan nampak beberapa perubahan pada latar: kecantikan gondol dan asing Woolbales Hills atas Pingerup Plains; kemudian Mandalay Beach yang liar, di mana laluan bertemu pantai selatan untuk kali pertama. Trek melepasi cerun granit Long Point dan Point Nuyt yang menggerunkan dan sepanjang Nuyts Wilderness. Di Mount Clare, pokok gergasi tingle merah menandakan bermulanya penurunan anda ke Walpole. Bandar yang indah ini terletak di atas Nornalup Inlet, di mana pokok karri dan air bertemu.

Albany, WA
Albany, WA

Bahagian 5: Walpole ke Albany

Nikmati pemandangan Frankland River dan Nornalup Inlet dari Hilltop, kemudian ikuti laluan menerusi hutan purba pokok karri dan pokok tingle ke Valley of the Giants. Di sini, Tree Top Walk akan membawa anda ke paras mata dengan burung, 40 meter di atas lantai hutan. Lihat bawah ke himpunan pokok tingle yang tua dikenali sebagai Ancient Empire. Merayau melepasi kawasan semak heath, kawasan berkayu yang rendah dan pokok gum merah yang berbunga dengan dramatik. Kemudian bertemu semula dengan pantai yang terdedah kepada angin di Conspicuous Beach. Mendaki ke Conspicuous Beach dan nikmati pandangan yang menyegarkan dan udara garam dari Rame Head. Berjalan melepasi kawasan semak heath dan kanggaru yang sedang meragut ke Gap Beach dan Peaceful Bay yang seiras namanya. Merayau melalui alam ajaib kehidupan liar Quarram Nature Reserve dalam perjalanan ke suak terlindung dan berbatu Pelabuhan Boat. Berjalan merentasi Parry Inlet dan sepanjang pantai putih yang panjang dan kosong di Taman Negara William Bay. Panjat ke Monkey Rock dan Mt Hallowell untuk pemandangan luas merentasi pantai dan kawasan pedalaman. Berhenti di Denmark atau Wilson Inlet yang berhampiran di mana anda boleh meluncur angin, memancing ikan dan bermain ski air di serokan terbesar di pantai selatan. Kemudian melalui Semenanjung Nullaki ke Lowlands dan bayu pantai melalui landskap berceranggah West Cape Howe National Park, singgah di pantai di Cosy Corner dan berjalan-jalan melalui cenuran berceranggah melepasi Muttonbird Island. Anda akan ternampak Albany, destinasi paling selatan pada jejak ini – di seberang Pelabuhan Princess Royal.

Bibbulmun Track

Bibbulmun Track

Masa terbaik untuk berjalan :
Pada musim Luruh (Mac ke Mei) dan musim Bunga (September ke November)

Bandar raya utama terdekat :
Perth dan Albany

Ketahui lebih lanjut :
Untuk bersedia untuk perjalanan ini, lawati
Jabatan Alam Sekitar dan Pemuliharaan Australia Barat

 

Idea Australia selanjutnya