Barat Daya, Pantai dan Lapangan Emas

Barat Daya, Pantai dan Lapangan Emas

Perth – Bunbury – Augusta – Pemberton – Albany – Esperance – Kalgoorlie – Merredin – Perth
Perjalanan 8 hari dengan kenderaan

Ketahui landskap barat daya Australia yang pelbagai jenis serta memukau. Memandu dari Perth melalui pelabuhan bersejarah Fremantle yang penuh aktiviti dan berenang dengan dolfin di Mandurah dan Bunbury. Jelajahi tempat membuat wain, pantai luncur air, gua batu kapur purba dan hutan pokok karri yang menjulang tinggi di kawasan Margaret River. Berjalan melalui kanopi pokok yang mencakar langit di Valley of the Giants berdekatan Walpole. Berenang dan bermain luncur air dari pantai Esperance yang bersih, kosong dan putih dan berlayar ke pulau Recherche Archipelago yang belum diganggu. Rasai demam mencari emas di Kalgoorie-Boulder dan jejak laluan emas bersejarah yang diambil oleh peneroka. Lihat pasir emas berubah ke lembah yang hijau sambil anda memandu balik ke Perth.

Rottnest Island, WA
Rottnest Island, WA

Hari 1 – Perth ke Dunsborough

Pergi ke jalan-jalan Fremantle yang disenaraikan sebagai warisan dan penuh dengan aktiviti. Melihat-lihat di pasar hujung minggu, kenali sejarah dengan mengikut laluan berjalan dan jamu selera dengan makanan laut yang segar di Pelabuhan Fishing Boat. Kunjungi Rottnest Island dan anda boleh berbasikal ke pantai rahsia serta berkayak ke teluk terpencil. Berbalik ke tanah besar, teruskan ke selatan ke Mandurah yang bertenaga. Berenang dan bersnorkel bersama dolfin dan merayau-rayau di pesisir bawah Mandjar Bay yang penuh aktiviti. Lagi selatan di Bunbury, anda boleh menyelam untuk melihat bangkai bot persendirian yang karam dan tangkap ketam serta ikan dari laut. Hentian seterusnya ialah Busselton, di mana anda boleh berjalan di sepanjang jeti kayu terpanjang di Australia dan lihatlah batu karang dan ikan dalam balai cerap. Destinasi hari anda ialah Dunsborough, dari mana anda boleh menikmati laut yang berkilauan di Geographe Bay. Menyelam ke HMAS Swan atau memandu ke rumah api Cape Naturaliste untuk pemandangan panoramik lautan. Di antara Jun dan September anda akan nampak ikan paus southern right meluncur sepanjang pantai mengikut migrasi tahunan mereka.

Margaret River, WA
Margaret River, WA

Hari 2 – Dunsborough ke Augusta

Memandu melalui Yallingup, di mana anda boleh berenang, meluncur air atau memancing dari pantai sunyi atau bersantai berdekatan lagun yang terlindung. Dari sini, anda boleh menjejak pinggir laut di Leeuwin-Naturaliste National Park. Menuju ke kawasan Margaret River di mana langkah anda bertukar menjadi santai di antara tempat membuat wain dan pintu bilik wain bawah tanah. Beli wain dan makanan gourmet, kemudian jelajahi gua batu kapur yang menakjubkan. Lihat fosil di Mammoth Cave, tasik bawah air bercermin di Lake Cave dan straw stalaktit di Jewel Cave. Buat pemanduan melalui hutan karri yang mencuar tinggi ke Hamelin Bay, di mana anda boleh bersnorkel dengan ikan pari dan berjalan di pasir yang mempesonakan di Boranup Beach. Perhentian seterusnya ialah Augusta yang romantik, di mana Cape Leeuwin yang berdekatan dengan rumah api menjadi sebahagian daripada Lautan Hindi dan Selatan. Lihat ikan paus dari sini atau Flinders Bay di antara Jun dan September. Pergi meluncur air, memancing atau belayar di Blackwood River, atau belayar sepanjangnya melepasi burung yang berkicauan dan gua-gua bersejarah.

Nannup, WA
Nannup, WA

Hari 3 – Augusta ke Pemberton

Menuju ke pedalaman untuk Nannup, dipinggiri Blackwood River dan petak-petak ladang dan bukit menghijau. Melihat-lihat kedai antik, bangunan lama dan taman awam. Pada bulan Ogos ianya penuh dengan bunga tulip dan daffodil. Kemudian memandu selatan ke Pemberton yang terletak di tengah hutan pokok karri yang hebat. Anda juga boleh menaiki salah satu pencakar langit ini - seperti Gloucester Tree setinggi 61 meter - dengan pancang besi. Berjalan, pandu kenderaan pacuan empat roda atau menunggang kuda melalui taman nasional berhutan Warren, Brockman atau Beedelup. Berkelah di sebelah Beedelup Falls. Di antara bulan September ke pertengahan November, hutan ini mengadakan pameran bunga liar musim bunga yang berwarna-warni. Memandu ke cenuram gondol dan gumuk pasir yang bergerak di Taman Negara D’Entrecasteaux. Kembali ke bandar, berkanu atau memancing di sungai, tasik dan muara Pemberton. Habiskan hari anda di chalet tepi tasik atau kawasan peranginan luar bandar di mana ketenangan anda diganggu hanya oleh burung kokabura.

Peaceful Bay, WA
Peaceful Bay, WA

Hari 4 – Pemberton ke Albany

Bergerak 48km melalui hutan pokok karri yang purba di Taman Negara Shannon. Great Forest Trees Drive memaparkan siaran radio mengenai hutan dan menemankan anda sepanjang jalan ke Walpole yang tenang. Di sini anda boleh berjalan melalui puncak pokok di Valley of the Giants dan terapung di sekitar Walpole dan Normalup Inlets di atas rumah kapal atau pelayaran mesra alam. Berjalan di sebahagian Bibbulmun Track, atau menunggal basikal sepanjang sebahagian Munda Biddi Trail. Memandu sepanjang pantai yang dipinggiri hutan, berhenti untuk berenang di Peaceful Bay dan Greens Pool di Taman Negara William Bay. Bergerak melalui kampung Denmark dan berhenti di Taman Negara West Cape Howe untuk berenang. Perhentian terakhir anda ialah di Albany, terletak di pinggir King George Sound yang luas. Belajar mengenai sejarah banduan bandar ini dengan mengikut Amity Trail, lihat bentukan batu yang diukir oleh cuaca di Taman Negara Torndirrup dan lihat ikan paus antara Julai dan Oktober.

Taman Negara Cape Le Grand, WA
Taman Negara Cape Le Grand, WA

Hari 5 – Albany ke Esperance

Teruskan mengikut pantai, berhenti untuk merayau melalui kawasan perlindungan hidupan liar dan pantai di Two Peoples Bay. Atau menuju pedalaman ke tempat membuat wain di sekitar Mount Barker dan laluan pejalan kaki di Taman Negara Stirling Range. Trek ke Bluff Knoll untuk pemandangan panoramik dan bunga liar bermusim yang terang. Anda juga boleh berkhemah atau tidur semalaman di kabin yang terletak di kaki Stirling Range yang berceranggah. Lalui Jerramungup yang kecil untuk ke Fitzgerald River National Park, Biosphere Reserve yang mengandungi lebih dari 1,800 spesies pokok berbunga dan kira-kira satu per lima semua pokok di negeri ini. Kemudian terus ke Esperance, di mana anda boleh berenang, meluncur air dan memancing ikan laut dari pantai yang bersih, kosong dan putih. Lawati Taman Negara Cape Le Grand, di mana anda boleh berkhemah, berjalan di kawasan semak, bertemu kanggaru yang peramah dan berenang di Lucky Bay. Belayar ke pulau-pulau Recherche Archipelago yang tidak terusik, melepasi helang laut serta koloni singa laut dan anjing laut.

Kalgoorlie, WA
Kalgoorlie, WA

Hari 6 – Esperance ke Kalgoorlie

Bergerak utara ke Norseman, kediaman kepada monumen bersaiz sebenar deretan unta terawal. Nikmati pemandangan dari Beacon Hill dan matahari terbenam yang membara di Lake Cowan yang masin. Melintas melalui Kambalda untuk bandar kawasan emas yang bersejarah Kalgoorlie-Boulder. Minum di Hannan Street, dinamakan sempena orang Irish Paddy Hannan yang menjumpai emas pada tahun 1893. Lihat hasil seni Orang Asli dan lapangan emas di Pusat Pelawat Flying Doctor dan dan jelajahi tempat perkhemahan pencari gali di Australian Prospectors and Miners Hall of Fame. Lawati Super Pit Mine yang luas, yang sedalam ketinggian Uluru dan dengan jangka lilit yang lebih kurang sama. Lihat peninggalan impian lombong emas di kotej terabai, pondok dan kedai-kedai di bandar Gwalia yang berdebu dan telah diabaikan. Jika anda hendak tinggal untuk satu hari lagi, lakukan perjalanan ke utara ke pameran Inside Australia di Lake Ballard. 51 bentuk hitam manusia kayu di atas lanskap putih terang ini adalah mengagumkan untuk dipandang.

Cummins Theatre, WA
Cummins Theatre, WA

Hari 7 – Kalgoorlie ke Merredin

Merentasi dataran pasir – diselubungi bunga liar berwarna-warni di antara September dan November – ke pusat emas dahulu Coolgardie. Di sini anda boleh melawat Muzium Pameran Goldfields atau menjejaki padang pasir di atas unta. Memandu kenderaan pacuan empat roda di atas laluan bersejarah Holland Track atau ikuti jejak pencarian emas melalui Taman Negara Goldfields dalam perjalanan ke Merredin. Lawati Cummins Theatre yang bersejarah dan ikuti Jejak Warisan Merredin Peak untuk pemandangan cantik dan pemahaman mengenai perlombongan emas era 1890an. Jejalahi sejarah Perang Dunia kedua kawasan ini di Army Hospital dan lihat sebahagian Rabbit Proof Fence. Ikuti sejarah Orang Asli di Totadgin Conservation Park dan di gua Mulka, jauh sedikit di Hyden.

Avon Valley, WA
Avon Valley, WA

Hari 8 – Merredin ke Perth

Dari Merredin, anda akan mengikuti Jejak Warisan Golden Pipeline sepanjang 560 kilometer. Dibina pada awal kurun ke 20, ia merupakan rancangan bekalan air yang paling bercita-cita yang pernah dibina dan kekal sebagai talian paip air tawar yang terpanjang di dunia. Anda boleh berdiri di Peninjau Golden Pipeline yang terletak di atas bukit di Kellerberrin, sebelum merayau-rayau galeri seni termaju. Lalui Northam dan bukit hijau Avon Valley sebelum sampai di Mundaring. Di sini anda boleh berjalan di atas perairan empangan Mundaring Weir di mana Golden Pipeline bermula. Jelajahi Toodyay dan York berdekatan, iaitu bandar yang tersenarai dalam Badan Warisan dan merupakan bandar pedalaman pertama negeri ini. Lakukan penerjunan udara di atas lembah, ambil penerbangan belon semasa matahari muncul dan berjalan di dalam semak di taman negara John Forrest.

Barat Daya, Pantai dan Lapangan Emas

Barat Daya, Pantai dan Lapangan Emas

 

Idea Australia selanjutnya