Melewati tahun 2000 di Canberra

Menyaksikan batu bulan di Deep Space Communications Complex Canberra dan menyaksikan panahan petir dari jarak dekat di Questacon.

Lihat seketul batu bulan di Kompleks Komunikasi Angkasa Lepas Canberra, lihat panahan petir dari jarak dekat di Questacon serta lihat bintang di Canberra Space Dome and Observatory.
Soalan: Di bandaraya Australia yang manakah anda dapat mengalami gempa bumi yang tidak memusnahkan apa-apa, menyentuh serangga ranting kayu gergasi dan lihat ketulan batu bulan yang berusia 3.8 bilion tahun?

Jawapan: Canberra. Ibu negara kami ini juga merupakan pusat sains dan teknologi yang berkembang maju!

Mulakan lawatan anda di tempat tarikan terkini di Canberra dengan menyertai rombongan ke angkasa lepas di Kompleks Komunikasi Angkasa Lepas Canberra yang terletak dalam jarak 40 minit berkereta dari pusat Canberra. Anda tidak akan terlepas pandang bangunan ini – ia mempunyai empat sesungut gergasi termasuk yang paling besar di Hemisfera Selatan. Anda boleh melihat ketulan batu bulan yang agak besar, menonton filem angkasa lepas, lihat pakaian angkasawan dan dapatkan berita terkini dari angkasa lepas.

Ketahui lebih lanjut tentang inovasi sains di bumi di Pusat Penemuan CSIRO dan di sini anda dapat mengalami komputer peka sentuhan 3D, melawat teater realiti maya, temui penemuan baru dalam dunia perubatan hanya dengan menyentuh badan manusia dan lihat bebiri era baru.

Apabila anda sudah bersedia untuk melakukan lebih banyak penyelidikan sendiri, pergi ke satu-satunya lokasi di Australia tempat anda boleh mengalami jatuh bebas dari ketinggian enam meter dan bawa seluruh keluarga menaiki roller coaster maya. Questacon – Pusat Sains dan Teknologi Negara – mempunyai tujuh galeri pameran interaktif yang direka bentuk untuk menguja kanak-kanak dan rasa ingin tahu semua pengunjung dari semua peringkat umur. Alami goncangan kuat gempa bumi, lihat kilat dibuat di hadapan mata anda sendiri dan fahami sains puting beliung, membaling bola dan bunyi dari segi fizik.

Menjawab soalan sains dan teknologi menjadi mudah apabila anda melawat Canberra.

 

 

Idea Australia selanjutnya