New South Wales

New South Wales

New South Wales mempunyai pantai tanpa penghujung yang tidak tercemar, khazanah semula jadi yang mengagumkan dan merupakan salah satu bandaraya di dunia yang ceria dan terkenal. Naik Sydney Harbour Bridge atau naik feri melepasi Opera House menuju ke Manly. Melawat seharian di ladang anggur Hunter Valley atau Blue Mountains yang romantik. Pulihkan zen anda di atas pantai di Byron Bay dan lihat dolfin bermain di dalam air jernih di Jervis Bay. Berbasikal dan menyelam di Lord Howe Island dan kunjungi tapak kubur istiadat tertua di dunia di Mungo National Park. Menunggang kuda, berjalan atau pergi ke padang salji di Snowy Mountains atau pergi ke barat untuk menikmati muzik country di Tamworth dan ke spa artisian semula jadi di Moree. Apa pun yang anda lakukan di New South Wales merupakan pelaburan masa anda yang nescaya tidak dikesali.

Lihatlah pelabuhan cantik bandaraya ini, gaya hidup luar yang menggoda dan keindahan alam semula jadi yang hebat. Berkayak di bawah Sydney Harbour Bridge atau melambai ke arah Opera House semasa anda menaiki feri merentasi pelabuhan menuju ke Manly. Belajar meluncur air di Bondi Beach atau berenang di dalam air tenang di Coogee. Lihatlah dengan penuh keasyikan jalan mati batu buntar di The Rocks atau pasar, butik, kafe dan pub di Paddington. Selain pelabuhan yang terkenal di dunia dan lebih daripada 70 pantai yang indah, Sydney juga menawarkan makanan yang lazat, festival dan keseronokan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Anda akan bersetuju nanti bahawa tiada tempat lain yang sama dengan Sydney di dunia ini.

Dengar jaz di antara ladang anggur di Hunter Valley dan meredah belukar di Blue Mountains atau terapung menyusuri Hawkesbury River dengan bot rumah. Lihat dolfin dari Port Stephens dan Forster serta selami diri anda dalam hutan belantara yang tersenarai dalam Warisan Dunia di Barrington Top. Pergi ke bukit-bukau, hutan, lembah dan perkampungan warisan di Southern Highlands. Meluncur air di Central Coast atau di South Coast dan di sini anda juga boleh melihat lubang hembus terkenal di Kiama. Anda perlu memandu sebentar sahaja dari Sydney untuk sampai ke semua gunung, sungai, pantai, taman dan dataran tinggi ini.

Byron Bay, NSW
Byron Bay, NSW

North Coast

Terbang meluncur dan lihat ikan paus kelasa di syurga pantai era baru di Byron Bay. Lihat Big Prawn di pekan percutian yang sibuk di Ballina dan menyelam skuba di Coffs Coast. Di Tweed Valley, anda boleh menangkap ikan di Tweed River dan lihat kawah gunung berapi terhakis terbesar di hemisfera selatan. Di North Coast yang dikelilingi hutan hujan, budaya klasik meluncur air orang Australia bercampur dengan taman negara yang tersenarai dalam Warisan Dunia, perkampungan pedalaman serta makanan dan wain yang enak.

Jervis Bay, NSW
Jervis Bay, NSW

South Coast

Berjalan di pantai yang putih bak mutiara dan lihat dolfin bermain-main di dalam air yang berkilauan di Jervis Bay. Temui kanggaru kelabu dan belayar di Clyde River yang jernih di Batemans Bay. Cuba keju yang terbaik di Bega dan lihat ikan paus di Eden di Sapphire Coast, berdekatan sempadan Victoria. South Coast mempunyai 30 buah taman negara, taman marin dan kawasan simpanan serta pantai yang indah dan juga sejarah Orang asli untuk anda terokai.

Murray River, NSW
Murray River, NSW

Negara NSW

Di selatan sempadan Queensland anda akan temui ibu kota muzik country Australia di Tamworth dan spa artisian semula jadi di Moree. Lihat menara gunung berapi di Warrumbungle National Park dan taman negara Glen Innes yang tersenarai dalam warisan dunia. Ke barat kawasan pedalaman, daki gumuk merah di Perry Sandhill berprasejarah dan terokai ladang anggur dan dusun sitrus di Griffith. Ke arah selatan, susuri Murray River dengan menaiki bot stim dari pekan kembar di sempadan Victoria - Echuca-Moama dan Albury-Wodonga. Ikut Poacher’s Trail melalui Yass Valley dan lihat galeri seni yang menawan hati di Wagga Wagga.

Mungo National Park, NSW
Mungo National Park, NSW

Pedalaman

Melawat tapak kubur istiadat tertua di dunia di Mungo National Park di Willandra Lakes World Heritage Area. Tinggal di bawah tanah dalam pekan perlombongan baiduri yang aneh di White Cliffs atau lihat tempat baiduri hitam yang cantik dilombong dan berjumpa penduduk tempatan yang eksentrik di Lightning Ridge. Temui cahaya tersendiri, lanskap gurun dan tasik di sekitar Broken Hill yang dahulunya sebuah pekan perlombongan yang dikenali sebagai Silver City. Jangan ketinggalan melihat ciri-ciri tersendiri, sejarah dan horizon di pedalaman New South Wales.

Jejaki hingga ke puncak Mount Gower dan berjalan di tanah belukar melalui hutan asli dan pantai berpasir putih. Snorkel dan menyelam di perairan yang beriklim sederhana dan dilindungi di kawasan terumbu karang paling selatan di dunia. Anda akan temui lebih daripada 50 tempat yang penuh dengan ikan, terumbu yang berwarna-warni dan penyu hijau. Di Lord Howe Island yang tersenarai dalam Warisan Dunia, berbasikal merupakan cara terbaik untuk menjelajah kawasan ini dan tiada isyarat telefon bimbit di sini. Lebih baik lagi, keindahannya yang tidak tercemar terletak kurang daripada 2 jam penerbangan dari Sydney.

Berkunjung ke cerun ski tertinggi di Australia di Charlotte Pass dan daki Mt Kosciuszko iaitu puncak tertinggi di Australia. Di puncaknya anda akan temui kawasan Simpanan Biosfera UNESCO dengan 20 spesies tumbuhan yang tidak dapat ditemui di tempat lain di dunia ini. Pada musim sejuk, bermain salji di padang seperti Thredbo dan Perisher Blue. Pada musim bunga, pergi memancing di anak sungai yang penuh dengan ikan trout dan pergi ke dataran yang dipenuhi bunga liar untuk berbasikal, memasuki gua, berakit, berkayak, memandu kenderaan pacuan empat roda, menunggang kuda dan mengembara berjalan kaki. Apa pun musimnya, Snowy Mountain mempunyai peluang tanpa had untuk pengembaraan luar bangunan.

Dengan pasir halus dan laut biru firus, pantai-pantai Jervis Bay di pinggir laut selatan New South Wales adalah antara yang paling selamat dan indah di dunia. Di hujung selatannya, Jervis Bay dilingkari belantara asli Booderee National Park. Dari desa Wreck Bay di selatan taman ini, laluan pejalan kaki melingkari semenanjung ini sehingga ke St Georges Head, dengan melepasi sebilangan pantai, cenuram dan hutan. Pantai Hyams secara rasminya mempunyai pasir yang terputih di dunia. Pantai, lagun, gua rahsia dan anak sungai tersembunyi yang banyak di Jervis Bay amat sesuai bagi semua jenis aktiviti akuatik.

Terletak di antara Sydney dan Brisbane, dengan iklim subtropika, hutan hujan yang tenang serta pantai Coffs Harbour bersih yang lengang menjadikannya antara destinasi percutian keluarga yang paling popular di pantai utara New South Wales.

Pemilik asal kawasan Coffs Harbour adalah kaum Gumbaynggirr. Bangsa mereka tinggal di sepanjang Nambucca River di sebelah selatan ke kawasan Clarence River di sebelah utara dan ke arah Great Dividing Range di sebelah barat.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan berkunjung ke laman web Tourism New South Wales.