Acara-acara Hunter Valley Spring

Hunter Valley Spring Events

Musim bunga di Hunter Valley ialah apabila ladang wain dan bukit beralun menjadi tirai belakang opera, jaz, blues dan ukiran di luar bangunan.   Beristirehat dan nikmati hamper perkelahan gourmet di Bimbadgen Blues.   Tonton penyanyi tenor yang masyhur di dunia membuat persembahan di Opera di Vineyards.  Nikmati tiupan saksofon dan wain terbaik di Jazz di Vines.  Ikut jejak seni di Sculpture di Vineyards atau bersiar-siar melihat bunga-bunga yang merimbun di Festival of the Flowers. 
 
Lihat bunga musim bunga memenuhi pemandangan hingga ratusan dan ribuan jumlahnya di Festival of Flowers, bertempat di Hunter Valley Garden pada bulan September dan Oktober.  Bersiar-siar di ruang bertema seperti Storybook Garden untuk kanak-kanak, Rose Garden dan Oriental Garden.  Lihat pameran, ketawa melihat penghibur bergerak dan dapatkan petua perkebunan semasa ucapan dan semasa anda melancong.  Untuk kanak-kanak terdapat taman asuhan harian di antara bunga-bunga yang wangi ini.
 
Anda boleh bermesra dengan musim bunga ini dengan menikmati muzik di Bimbadgen Blues, festival blue dan root yang diadakan di  Bimbadgen Estate pada bulan September.   Cuba wain yang terunggul dan restoran makanan istimewa sambil anda menikmati hiburan di sini.  Antara penghibur yang pernah membuat persembahan di sini ialah Blue King Brown iaitu pancaragam gempak dengan 11 ahlinya dan The Panic yang menghiburkan.
 
Untuk persembahan yang mengasyikkan, jangan ketinggalan menonton Opera in the Vineyard yang diadakan pada setiap bulan Oktober di padang hijau Wyndham Estate.  Pada tahun 1990, dunia telah terpesona menyaksikan tiga orang penyanyi asal tenor membuat sejarah opera di antara puing Roman   Berdekad-dekad kemudian, alamilah kegembiraan ini di acara penghormatan panggung terdedah di Hunter Valley.  Dengar persembahan tiga penyanyi tenor yang disanjung di peringkat antarabangsa membuat persembahan klasik yang hebat seperti O Sole Mio, Nessun Dorma dan La Donna e mobile.  Nikmati makanan gourmet kawasan ini di pesta makanan dan wain, kemudian selesakan diri anda untuk menikmati persembahan yang menakjubkan dari ambal perkelahan anda pada sebelah petang atau duduk di bawah khemah.  

Pencinta seni dan wain akan menyukai Sculpture in the Vineyard, pameran percuma di luar bangunan yang diadakan merentasi lima ladang anggur butik di Wollombi Valley Wine Trail.  Dari bulan Oktober hingga Januari, anda boleh bersiar-siar melalui Wollombi Valley yang indah untuk melihat lebih daripada 60 ukiran dan mencuba wain tempatan di pintu bilik simpanan wain.  Di galeri unik di luar bangunan ini, kerja seni oleh artis tempatan dan antarabangsa dipamerkan di bawah pokok poplar, bersebelahan kotej batu pasir dan di tepi anak sungai yang tenang. 
 
Di Jazz in the Vines yang diadakan pada akhir bulan Oktober, restoran, ladang anggur dan pemuzik jazz akan menghiburkan anda sambil anda beristirehat dan berkelah di musim bunga ini.  Cuba wain dari enam ladang anggur terkenal dan rasa makanan dari restoran tempatan yang banyak.  Menari di atas rumput mengikut ritma jaz Dixieland dan Cuban atau teguklah wain merah lazat agar serasi dengan bunyi saksofon yang menggiurkan.   Festival ini mempersembahkan muzik tanpa henti selama tujuh jam dari dua buah pentas, dengan barisan penghibur yang pernah membuat persembahan di sini ialah ikon jazz Australia seperti James Morrison dan Renee Geyer. 

Apabila pancaragam berhenti memainkan muzik, naik bas ulang-alik untuk pulang ke Sydney atau balik ke bilik inap dan sarapan anda atau penginapan butik anda.  Tukar festival musim bunga anda kepada cuti musim bunga dan jelajahi lebih banyak ladang anggur dan perkampungan bersejarah di kawasan ini.  Buat pengembaraan Hunter Valley anda sendiri dengan menjelajahi hutan belukar, melakukan terjunan udara bersama-sama atau naik belon berudara panas merentasi ladang anggur. 

Musim bunga di Hunter Valley bukan sekadar waktu subur untuk anggurnya sahaja.

Idea Australia selanjutnya