Wilayah Utara

Wilayah Utara

Asyikkan diri anda dalam budaya Orang Asli purba dan landskap berceranggah di Wilayah Utara. Tropical Darwin ialah pintu masuk anda ke Warisan Dunia Kakadu National Park, Litchfield National Park, Katherine Gorge serta komuniti Tiwi Islands dan Arnhem Land. Dari Alice Springs, terokai tarikan Red Centre di Uluṟu-Kata Tjuṯa, Kings Canyon, Devils Marbles, Denai Larapinta dan Tennant Creek yang bersejarah.

Nikmati udara nyaman di Darwin dan rasalah pelbagai hidangan dan budaya di festival dan pasar luar bangunan di bandaraya ini. Kemudian jelajahi sejarah dramatik kawasan ini – daripada serangan udara Perang Dunia II hingga ke Cyclone Tracey – di muzium dan galeri. Belayar di pelabuhan Darwin ketika matahari terbenam, belayar di sebelah buaya dan meredah belukar melalui hutan monsun. Pergi melawat seharian ke Litchfield National Park di mana anda boleh berenang di dalam lubang air yang jernih dan lihat beribu-ribu busut anai-anai yang tinggi. Atau kunjungi Tiwi Islands dan di sini anda boleh melihat cara menenun dan melukis tradisional atau turut serta dalam suasana bising dan menyeronokkan melalui permainan bola sepak tempatan.

Menginap di bandar pedalaman terkenal di Alice Springs yang terletak di pusat merah Australia dan hanya 200 kilometer selatan dari pusat geografi. Dari sini anda boleh meredah belukar, memandu kenderaan pacuan empat roda atau menyertai tunggangan unta merentasi gumuk pasir di Simpson Desert. Berjalan melalui Ormiston Gorge dan Pound, melawat Glen Helen Gorge yang menakjubkan dan lihat walabi batu di Simpsons Gap, kesemuanya terdapat di Timur dan Barat McDonnell Ranges timur dan barat yang berdekatan. Berbasikal ke Simpsons Gap semasa fajar menyinsing dan terokai gaya seni Orang asli yang berbeza-beza di sepanjang Tanami Track dan terokai seni batu, artifak dan tapak istiadat berdekatan komuniti kecil Orang asli di St Teresa.

Jelajah bandar penerokaan bersejarah di Katherine dan lihat Katherine Gorge purba di Nitmiluk National Park. Mandi-manda dalam kolam air panas Daly River dan memancing ikan di laluan air pedalaman di Gulf of Carpentaria. Lihat hidupan liar yang jarang ditemui dan bersiar-siar di gaung di Gregory National Park di kawasan Victoria River dan beristirehat di kolam air panas yang berpasir di dasarnya di Mataranka. Landskap Katherine yang berceranggah dan purba – yang terbentang dari Gulf of Carpentaria hingga ke sempadan West Australia – juga mengundang anda untuk berkanu, meredah belukar, memerhati burung, berkhemah dan memandu kenderaan pacuan empat roda.

Tennant Creek, NT
Tennant Creek, NT

Tennant Creek dan sekitarnya

Mendulang untuk emas dan menjelajah lombong bawah tanah di Battery Hill Mining Centre. Berkunjung ke Telegraph Station yang dibina pada tahun 1872 untuk menghubungkan Australia dengan dunia luar. Lihat batu tongkol yang besar dan tidak begitu stabil yang dikenali sebagai Devils Marbles di dataran selatan dari Tennant Creek. Anda boleh belajar tentang kepentingan budayanya kepada pemilik tradisi iaitu orang Warumungu di Nyinkka Nyunyu Culture Centre. Beli seni Orang asli di bandar kecil Ti Tree dan kunjungi ibu kota UFO Australia di Wycliffe Well. Menginap di ladang lembu yang besar ke utara bandar ini dan di Barkly Tableland yang luas di sebelah timur.

Lihat hidupan liar, air terjun dan antara kawasan seni batu yang terbesar di dunia yang mudah didatangi di Kakadu National Park yang tersenarai dalam Warisan Dunia. Meredah belukar, melihat hidupan liar yang menakjubkan dan jarang ditemui dan terjun ke dalam lubang air yang berkilauan. Lihat galeri seni batu Orang asli yang kaya dan penuh terperinci. Lihat Namarrgon iaitu Lightning Man di Nourlangie Rock dan contoh terbaik seni X-ray di Ubirr Rock di timur laut Kakadu. Di utara di Arnhem Land yang dimiliki oleh Orang asli, anda boleh memancing di pantai yang indah di Gove Peninsula dan di caruk, terumbu dan laut di Cobourg Peninsula. Terokai ekosistem Mt Borrodaile dengan pemandu pelancong Orang asli dan lihat pelukis Orang asli beraksi di komuniti tradisional di Oenpelli.

Bersempadan dengan Kakadu National Park, Arafura Sea dan Gulf of Carpentaria, Arnhem Land adalah hutan belantara belum tercemar yang luas dan kaya dengan budaya Orang Asli. Kaum Yolngu adalah penduduk Arnhem Land dan telah mendiami wilayah ini selama sekurang-kurangnya 60,000 tahun. Kaum Yolngu mengekalkan hubungan budaya dan spiritual yang kuat kepada tanah dan anda akan mengalami pengalaman peribumi yang tulen. Inilah tempatnya di mana alat muzik yang terkenal di Australia, didgeridoo, berasal.

Kagumi keindahan Uluru, yang naik setinggi 348 meter dari gurun dan bertanding dengan iklim dan sinaran sunia dengan begitu hebat sehingga menyaingi senja yang melabuh.
Ketahui tentang kepentingan budaya orang Uluru semasa anda berjalan di sekitar perkampungan mereka dengan pemandu pelancong Orang asli. Lihat dari jarak dekat, Kata Tjuta yang berdekatan dan tersergam indah – kubah kemerah-merahan yang terbentuk akibat hakisan selama berjuta tahun - di Valley of the Winds Walk.
Di Watarrka National Park, anda boleh berjalan hingga ke lereng Kings Canyon dan berenang di dalam lubang air di lembah yang subur di Garden of Eden. Berjalan ke Kathleen Springs dan memandu di Mereenie Loop atau terbang merentasi ngarai dengan menaiki helikopter.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapat maklumat lanjut tentang wilayah ini dengan mengunjungi laman web Tourism Northern Territory.